Bengkel Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Sabah Fasa 3 & 4: Analisa Cadangan Penambahbaikan Proses Kerja dan Penyediaan Laporan Projek RKB
Bengkel Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Sabah Fasa 3 & 4: Analisa Cadangan Penambahbaikan Proses Kerja dan Penyediaan Laporan Projek RKB
Bengkel ini bertujuan untuk menganalisis cadangan penambahbaikan proses kerja dan memperkukuh penyediaan laporan projek oleh Kementerian, Jabatan dan Agensi Negeri Sabah yang terlibat dalam inisiatif RKB. Antara peserta yang hadir terdiri daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) Sabah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP), Majlis Perbandaran Penampang (MPP), dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah.
Sepanjang bengkel, peserta telah mengikuti sesi perkongsian, bimbingan teknikal, dan perbincangan kumpulan yang memberi tumpuan kepada penyediaan laporan projek dan pembentangan dapatan daripada kumpulan masing-masing. Antara pengisian utama termasuklah pengenalan kepada template pelaporan RKB yang seragam, penyusunan draf laporan mengikut fasa pelaksanaan, dan pembentangan 7 projek RKB terlibat. Menariknya, bengkel ini turut mengetengahkan elemen transformasi digital menerusi pendedahan kepada penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) sebagai alat bantu dalam penghasilan laporan yang merangkumi analisis data, penyusunan naratif dan simulasi cadangan penambahbaikan. Teknologi AI dikenal pasti mampu mempercepatkan proses penyediaan laporan dan meningkatkan tahap ketepatan serta kualiti penyampaian maklumat.
Secara keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya meningkatkan kefahaman, kompetensi dan kesediaan peserta dalam menghasilkan laporan yang lebih komprehensif, sistematik dan selaras dengan objektif reformasi penyampaian perkhidmatan awam. Diharapkan perbincangan dan cadangan yang dikemukakan dapat diinstitusikan secara mampan oleh agensi masing-masing, sekaligus menyumbang kepada penambahbaikan berterusan sistem pentadbiran kerajaan Negeri Sabah yang lebih produktif, efisien, telus dan responsif.
Sila tonton sorotan video dan gambar semasa bengkel ini melalui Akaun Tiktok MPC SBO.
#SabahProduktifSabahMajujaya
Quick Share Links

Sesi perbincangan yang bersifat konstruktif telah diadakan bersama Pharmaceutical Association of Malaysia (PhAMA) bagi mengenal pasti peluang penambahbaikan dalam meningkatkan kecekapan proses pendaftaran produk farmaseutikal bagi kategori produk inovatif seperti Biologik dan New Chemical Entity (NCE). Perbincangan ini diperkukuh dengan analisis perbandingan tempoh dan proses pendaftaran antara Malaysia dan negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand, yang memberikan gambaran jelas mengenai potensi penambahbaikan terhadap prosedur sedia ada. Antara aspek yang diberi penekanan termasuklah penerapan digitalisasi, penyediaan senarai semak yang lebih terperinci, serta pelaksanaan penilaian yang lebih telus oleh pihak NPRA. Penekanan ini bertujuan melengkapi sistem regulatori sedia ada melalui penambahbaikan dari segi kejelasan dan kecekapan, di samping menggalakkan inovasi serta mempercepatkan akses kepada produk farmaseutikal penting. Dialog berterusan antara pihak berkepentingan merupakan elemen utama dalam memastikan ekosistem pendaftaran kekal responsif dan berpandangan ke hadapan. Kehadiran Wakil Industri: 1) Pharmaceutical Association of Malaysia (PhAMA) 2) Novartis Pharmaceuticals 3) AstraZeneca Sdn. Bhd. 4) Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. 5) Zuellig Pharma Sdn. Bhd. 6) Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

Bengkel ini telah dimulakan dengan Ucapan Alu-aluan oleh Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sabah. Seramai 65 orang peserta telah menghadiri program ini, terdiri daripada pelbagai Kementerian/ Jabatan/ Agensi Persekutuan dan Negeri serta wakil industri. Objektif utama bengkel ini adalah untuk memperkasakan perancang dasar dan pegawai pelaksana di Sabah dalam membangunkan draf projek RKB berimpak tinggi menggunakan pendekatan Generative AI . Sepanjang bengkel, peserta telah diperkenalkan kepada asas penggunaan Generative AI termasuk teknik prompt yang berkesan, serta aplikasi praktikal seperti penulisan surat rasmi, laporan, ucapan, dan slaid pembentangan. Peserta turut didedahkan kepada kaedah penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pelbagai tugasan pentadbiran termasuk penyediaan minit mesyuarat, analisis data secara ringkas, serta penilaian dokumen seperti garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP). Pada akhir bengkel, peserta telah mengaplikasikan AI bagi menjana idea projek inovasi yang relevan dengan RKB berdasarkan cabaran sebenar di jabatan masing-masing dan membangunkan cadangan penambahbaikan yang memfokuskan kepada peningkatan produktiviti jabatan. Sila tonton sorotan video dan gambar semasa bengkel ini melalui Akaun Tiktok MPC SBO . #SabahProduktifSabahMajujaya

Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh YBrs. En. Mohammad Zaid Yusof, Ketua Penolong Setiausaha, Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (PHEDNP), Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah Sesi ini bertujuan untuk membincangkan dapatan dan cadangan penambahbaikan daripada bengkel terdahulu serta membuat persiapan rapi bagi pelaksanaan Bengkel Pemurnian Draf Garis Panduan dan Prosedur Permohonan PKE, PKM dan PLIK yang dijadualkan berlangsung pada Julai 2025. Antara perkara yang dibincangkan termasuk semakan dan pengemaskinian dokumen garis panduan, atur cara bengkel, tugasan ahli jawatankuasa, dan keperluan logistik lain. Sesi ini merupakan platform penting dalam usaha menyelaras dan menambah baik sistem permohonan pas kerja di Sabah secara lebih cekap, telus dan berkesan. #SabahProduktifSabahMajuJaya

The meeting commenced with opening remarks delivered by Dr. Mazrina Mohamed Ibramsah, Deputy Director General of the Malaysia Productivity Corporation (MPC), setting the stage for the session. This was followed by a welcoming address from Dato' Ir. Abdul Rashid Musa, the AutoPN Nexus Champion, who emphasized the importance of continued collaboration to enhance productivity within the automotive sector. A key presentation was then delivered by industry representatives, focusing on efforts to support and strengthen the local automotive ecosystem. This was followed by updates from MPC’s AutoPN team, which highlighted progress under the Artificial Intelligence (AI) Transformation Programme and the Good Regulatory Practices (GRP) Programme, both of which are central to driving innovation and regulatory efficiency within the sector. The meeting concluded with closing remarks by En. Bakri Alias, AutoPN Co-Chair, who summarised the key takeaways and reiterated the commitment to strategic initiatives that will propel the sector forward in alignment with national productivity aspirations.

Sesi ini telah diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak dengan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) selaku Ketua Pegawai Reformasi (CRO) Negeri Perak. Sesi ini bertujuan untuk menyemak status pelaksanaan empat belas (14) projek RKB melalui pembentangan dari setiap ketua kumpulan projek dan mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada pihak CRO. Output: Sebanyak 8 projek dikenalpasti sebagai projek siap. Bagi keseluruhan projek RKB Perak, sebanyak 21 projek telah didaftarkan. Sehingga kini, sejumlah lima belas (15) projek RKB Perak telah berjaya disiapkan.YBhg. Dato’ turut menekankan keperluan untuk memantapkan pelaporan pelaksanaan bagi semua projek RKB, agar penyampaian laporan lebih jelas dan berkesan. Sebagai tindakan susulan, Bengkel Bimbingan #3 akan diadakan pada 11 hingga 13 Ogos 2025 bagi menyiapkan keseluruhan projek RKB Perak. #ReformasiKerenahBirokrasi #MemacuProduktivitiNegara

AeroPN Secretariat conducted a briefing session with Airod Aerospace Technology to introduce MPC key initiatives: Productivity in Context (PiC) and AI Transformation Program. The session highlighted how these initiatives aim to drive productivity improvements across administrative and production functions by leveraging modern AI tools. Following the session, Airod expressed strong interest to collaborate with MPC in executing a 3-day tailored productivity enhancement program focused on AI transformation. The initiative will include the implementation of AI-driven solutions, employee engagement, and productivity impact measurements.

This year, PSIEA 2025 has attracted the participation of 36 companies across Sarawak, representing diverse sectors including manufacturing, services, logistics, agriculture, and food & beverage. This reflects the growing commitment of Sarawak’s industries to pursue excellence, sustainability, and innovation in their operations. The session brought together expert assessors from various background to evaluate companies based on the Malaysia Business Excellence Framework (MBEF), ensuring a structured and objective assessment process. During this session, assessors provided comprehensive feedback on each company’s strengths and areas for improvement. Ultimately, the assessment outcomes aim to elevate Sarawak’s industries to higher standards of excellence, fostering competitiveness, resilience, and sustainability. #SarawakProductive #DrivingProductivityoftheNation #PSIEA2025

MPC participated in the Awareness Program for SMEs in Sarawak, which was organized with the objective of promoting investment and disseminating current information through the Malaysian Investment Development Authority (MIDA) and other agencies under the Ministry of Investment, Trade, and Industry (MITI). A collaborative effort among MITI agencies has successfully created an effective outreach and engagement session, contributing to improved work efficiency within the industry. During the event, MPC promoted the Akademi Dalam Industri (ADI) and the AI for Productivity Transformation Program to all visitors. There was encouraging interest from industry players in Sibu to participate in productivity improvement programs introduced under these initiatives. Moving forward, MPC will continue engagement with interested SME companies to further discuss participation in the ADI program and explore opportunities for technology adoption initiatives that support productivity growth. #SarawakProductive