[ILTIZAM] Sesi Validasi Isu bagi Inisiatif ILTIZAM


Satu sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Ts. V Valluvan Veloo telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Kementerian Pendidikan Malaysia), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang, Bahagian Perkembangan Perubatan (Kementerian Kesihatan Malaysia), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Klinik Kesihatan Bandar Botanik.

Sesi ini bertujuan untuk validasi maklumat berkaitan contoh-contoh projek yang disertakan dalam dokumen ILTIZAM, memastikan ketepatan data, serta menyemak draf dokumen ILTIZAM terkini sebagai persediaan untuk Nota Jemaah Menteri. Maklumat mengenai projek-projek ini akan ditambah baik berdasarkan hasil perbincangan dalam sesi ini.

Quick Share Links

By ADM MPC July 23, 2025
Outcome utama daripada projek ini adalah untuk memudahkan urusan pendaftaran perniagaan yang akan membantu mengembangkan ekonomi tempatan melalui penyertaan lebih ramai usahawan terutamanya daripada kalangan PKS. Secara keseluruhannya, projek ini dijangka meningkatkan kecekapan kerajaan, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri Sarawak. #SKOProduktif #MemacuProduktivitiNegara #EODB
By Nexus MPC July 22, 2025
Tarikh: 22 Julai 2025, Selasa Masa: 10.00 pagi Platform: Microsoft Teams Perbincangan strategik antara RFBPN dan Bumiputera Retailers Organization (BRO) diadakan bagi meneroka kerjasama dalam memperkasakan usahawan peruncitan dan F&B Bumiputera melalui penerapan teknologi digital, khususnya Kecerdasan Buatan (AI). Fokus utama adalah memanfaatkan AI sebagai pemacu transformasi perniagaan yang mampan dan berdaya saing. Beberapa cabaran utama yang dikenal pasti termasuk kekangan dalam adaptasi teknologi digital, persaingan dalam pasaran atas talian, serta kesukaran usahawan mempromosikan produk dan berinteraksi secara efektif dengan pelanggan melalui platform digital. Sebagai langkah susulan, RFBPN akan melaksanakan program Retail Artificial Intelligence Smart Evolution (RAISE) yang dirangka khusus untuk membantu usahawan meningkatkan kecekapan operasi dan strategi pemasaran digital. Program ini merangkumi pendedahan, latihan, dan bimbingan praktikal, serta pemantauan keberkesanan pelaksanaannya dalam perniagaan peserta.
By Nexus MPC July 22, 2025
A coordination meeting was held to prepare for the SME AI Fest 2025, scheduled for 6 August 2025 at MPC. The session focused on coordinating key aspects of the event, including program flow, guest experience, venue arrangements, and overall logistics. As part of the planning, specific responsibilities were noted to be further refined in the upcoming site visit. The team also agreed to maintain close coordination through internal communication channels to finalise outstanding matters and resolve any logistical challenges prior to the event day. The outcome of the meeting was clearer alignment among team members on key event tasks, enhanced coordination, and a renewed commitment to deliver a professional and high-quality event that supports SME development through digital and AI adoption.
By Nexus MPC July 21, 2025
AI Productivity Proof-of-Concept (POC) : AI Dashboard Development Session, held on 21–22 July 2025 brought together nine selected automotive companies to explore the use of artificial intelligence in boosting productivity. Organised by the Automotive Productivity Nexus (AutoPN), the two-day workshop focused on the practical applications of AI in enhancing productivity, with a strong emphasis on data analytics for prudent decision-making. Key topics covered included manufacturing data utilisation, AI-powered productivity tracking, the use of ChatGPT and Google digital tools, as well as dashboard development using Looker Studio. Participants actively collaborated on mini projects and presented AI-driven solutions tailored to the specific needs and challenges of their respective operations. A special Commitment Ceremony was held on first day to recognise the involvement of these nine companies, with plaque presentations by YBhg. Datuk Zahid Ismail, Director General of MPC. The event was also attended representatives from Perodua and AutoPN’s NGC member. This session marks a significant step in integrating AI tools into manufacturing environments — a critical move towards enhancing sectoral productivity.
By Nexus MPC July 21, 2025
Program Peningkatan Kecekapan Syarikat Melalui Inisiatif AI Productivity in Context - AI for Service Innovation telah berjaya meningkatkan kecekapan dan daya saing syarikat dengan penggunaan AI tools seperti Claude, Replit, Perplexity dan NotebookLM. Program ini menyasarkan penyelesaian terhadap pelbagai isu operasi termasuk proses dokumentasi yang perlahan, penghantaran maklumat yang lambat kepada pelanggan, dan kebergantungan kepada kerja manual yang tinggi. Penerapan teknologi AI dalam operasi ini membolehkan syarikat mengoptimumkan proses harian dan membuat keputusan yang lebih pantas serta tepat. Antara kejayaan program ini termasuk pembangunan dashboard masa nyata untuk memantau kerja penyelenggaraan, yang mempercepatkan penghantaran maklumat dan mengurangkan kesilapan manual, dengan anggaran penjimatan kos operasi mencecah RM60,000 setahun. Satu lagi projek melibatkan sistem pemantauan dokumentasi QC secara masa nyata dengan amaran automatik dan penjejakan prestasi yang menjimatkan lebih RM140,000 setahun. Selain itu, automasi pendapatan maklumat daripada lukisan dan dokumen berjaya mempercepatkan proses pencarian informasi teknikal, mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pakar, serta mempertingkat kecekapan dokumentasi dan proposal — menjimatkan sehingga RM75,000 setahun melalui penjimatan masa dan peningkatan produktiviti.
By Nexus MPC July 18, 2025
Sesi perbincangan yang bersifat konstruktif telah diadakan bersama Pharmaceutical Association of Malaysia (PhAMA) bagi mengenal pasti peluang penambahbaikan dalam meningkatkan kecekapan proses pendaftaran produk farmaseutikal bagi kategori produk inovatif seperti Biologik dan New Chemical Entity (NCE). Perbincangan ini diperkukuh dengan analisis perbandingan tempoh dan proses pendaftaran antara Malaysia dan negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand, yang memberikan gambaran jelas mengenai potensi penambahbaikan terhadap prosedur sedia ada. Antara aspek yang diberi penekanan termasuklah penerapan digitalisasi, penyediaan senarai semak yang lebih terperinci, serta pelaksanaan penilaian yang lebih telus oleh pihak NPRA. Penekanan ini bertujuan melengkapi sistem regulatori sedia ada melalui penambahbaikan dari segi kejelasan dan kecekapan, di samping menggalakkan inovasi serta mempercepatkan akses kepada produk farmaseutikal penting. Dialog berterusan antara pihak berkepentingan merupakan elemen utama dalam memastikan ekosistem pendaftaran kekal responsif dan berpandangan ke hadapan. Kehadiran Wakil Industri: 1) Pharmaceutical Association of Malaysia (PhAMA) 2) Novartis Pharmaceuticals 3) AstraZeneca Sdn. Bhd. 4) Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. 5) Zuellig Pharma Sdn. Bhd. 6) Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
July 18, 2025
Bengkel ini bertujuan untuk menganalisis cadangan penambahbaikan proses kerja dan memperkukuh penyediaan laporan projek oleh Kementerian, Jabatan dan Agensi Negeri Sabah yang terlibat dalam inisiatif RKB. Antara peserta yang hadir terdiri daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) Sabah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP), Majlis Perbandaran Penampang (MPP), dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah. Sepanjang bengkel, peserta telah mengikuti sesi perkongsian, bimbingan teknikal, dan perbincangan kumpulan yang memberi tumpuan kepada penyediaan laporan projek dan pembentangan dapatan daripada kumpulan masing-masing. Antara pengisian utama termasuklah pengenalan kepada template pelaporan RKB yang seragam, penyusunan draf laporan mengikut fasa pelaksanaan, dan pembentangan 7 projek RKB terlibat. Menariknya, bengkel ini turut mengetengahkan elemen transformasi digital menerusi pendedahan kepada penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) sebagai alat bantu dalam penghasilan laporan yang merangkumi analisis data, penyusunan naratif dan simulasi cadangan penambahbaikan. Teknologi AI dikenal pasti mampu mempercepatkan proses penyediaan laporan dan meningkatkan tahap ketepatan serta kualiti penyampaian maklumat. Secara keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya meningkatkan kefahaman, kompetensi dan kesediaan peserta dalam menghasilkan laporan yang lebih komprehensif, sistematik dan selaras dengan objektif reformasi penyampaian perkhidmatan awam. Diharapkan perbincangan dan cadangan yang dikemukakan dapat diinstitusikan secara mampan oleh agensi masing-masing, sekaligus menyumbang kepada penambahbaikan berterusan sistem pentadbiran kerajaan Negeri Sabah yang lebih produktif, efisien, telus dan responsif. Sila tonton sorotan video dan gambar semasa bengkel ini melalui Akaun Tiktok MPC SBO . #SabahProduktifSabahMajujaya
July 18, 2025
Bengkel ini telah dimulakan dengan Ucapan Alu-aluan oleh Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sabah. Seramai 65 orang peserta telah menghadiri program ini, terdiri daripada pelbagai Kementerian/ Jabatan/ Agensi Persekutuan dan Negeri serta wakil industri. Objektif utama bengkel ini adalah untuk memperkasakan perancang dasar dan pegawai pelaksana di Sabah dalam membangunkan draf projek RKB berimpak tinggi menggunakan pendekatan Generative AI . Sepanjang bengkel, peserta telah diperkenalkan kepada asas penggunaan Generative AI termasuk teknik prompt yang berkesan, serta aplikasi praktikal seperti penulisan surat rasmi, laporan, ucapan, dan slaid pembentangan. Peserta turut didedahkan kepada kaedah penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pelbagai tugasan pentadbiran termasuk penyediaan minit mesyuarat, analisis data secara ringkas, serta penilaian dokumen seperti garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP). Pada akhir bengkel, peserta telah mengaplikasikan AI bagi menjana idea projek inovasi yang relevan dengan RKB berdasarkan cabaran sebenar di jabatan masing-masing dan membangunkan cadangan penambahbaikan yang memfokuskan kepada peningkatan produktiviti jabatan. Sila tonton sorotan video dan gambar semasa bengkel ini melalui Akaun Tiktok MPC SBO . #SabahProduktifSabahMajujaya
Show More