Kunjungan Rasmi ke Pejabat Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah (SAGC)


Kunjungan Rasmi ke Pejabat Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah (SAGC)

Sesi ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Brenndon Keith Soh, Peguam Besar Negeri Sabah. Tujuan kunjungan ini diadakan adalah untuk membincangkan hala tuju pelaksanaan inisiatif Amalan Baik Peraturan (GRP) yang sebelum ini di bawah seliaan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) Sabah dan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah (SAGC) atas kelulusan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah.

Pengarah MPC Wilayah Sabah telah berkongsi mengenai peranan MPC dan pelaksanaan inisiatif GRP di Sabah bermula pada tahun 2021 sehingga kini. Pihak MPC akan membantu dan bekerjasama dengan pihak SAGC dalam melaksanakan Inisiatif GRP di Sabah. Pihak SAGC akan menyemak semula garis panduan GRP Sabah dan memperhalusi terma rujukan, keanggotaan, skop dan pelaksanaan GRP di Sabah mengikut kesesuaian.

#SabahProduktifSabahMajuJaya

Quick Share Links

By REGIONAL OFFICE MPC May 9, 2025
Discussions centred on key growth sectors such as agriculture and manufacturing, with a focus on ensuring the local workforce is equipped with relevant and future-ready competencies. Stakeholders acknowledged the importance of industry-driven initiatives such as the Akademi Dalam Industri (ADI), which bridges the gap between theoretical learning and hands-on industry experience. ADI is positioned as a critical enabler to enhance practical skills, nurture high-performing talent, and promote industry relevance among trainees and jobseekers. As a way forward, the session identified the Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL) as a strategic approach to certify skills gained through informal and non-formal learning. Together with initiatives like the Akademi Dalam Industri (ADI), RPEL is expected to boost workforce recognition, expand access to skill certification, and improve productivity, especially for rural and experienced workers. A follow-up engagement between MPC and MEITD is scheduled for 16 May 2025 to refine collaboration plans and outline actionable strategies. #SarawakProductive #DrivingProductivityoftheNation
By REGIONAL OFFICE MPC May 9, 2025
Namun begitu inovasi sistem digital sentiasa perlu ditambahbaik mengikut keperluan dari semasa ke semasa. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Mohd Ramesh bin Krishna, Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, KKM telah diadakan bagi membincangkan penetapan Bengkel Meningkatkan Kecekapan Proses Kerja CKAPS yang akan diadakan pada 17 Mei 2025. Justeru bengkel ini juga akan mengenalpasti langkah penambahbaikan penggunaan sistem khususnya di Sarawak, sekiranya memerlukan komponen tambahan terhadap sistem bagi mengalakkan penggunaan serta memudahcara proses kerja CKAPS Sarawak. Penggunaan kemudahan sistem juga akan memberi impak kepada peningkatan produktiviti negeri sekiranya digunakan dengan secara menyeluruh. Hasil penggunaan sistem juga akan meluaskan peluang pelaburan dan meningkatkan ekonomi negeri melalui healthcare tourism di Sarawak. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara
By MMT MPC May 7, 2025
To improve construction industry productivity through wider adoption of IBS, the Malaysia Productivity Corporation (MPC), through the Construction & Built Environment Productivity Nexus (COBEPN) held a productive brainstorming session with the participation of various stakeholders. This session aims to obtain views and feedback on the roposed amendments to the PWD Standard Form Contract 203A, specifically designed to facilitate greater IBS adoption. The session brought together key players from across the construction industry, such as representatives from KKR, JKR, CIDB, MBAM, professional architects, engineers, and IBS manufacturers, for a collaborative exchange. Structured discussions centered on three core areas: the industry IBS adoption rates, challenges under current contract terms, and recommendations on the proposed amendment. This collaborative exchange concluded with a summary, underscoring the sector's unified commitment to construction productivity and reform in Malaysia. A follow-up session is scheduled for 10 June 2025.
By wayup dmo May 7, 2025
AI for Productivity Transformation session held today in Selangor focused on equipping businesses with digital tools to reduce administrative work and boost productivity. Participants engaged in hands-on workshops using tools like Canva, which enables efficient content creation, Google Sites for easy website development, and Google Analytics to track and optimize website performance. These tools help businesses streamline operations and enhance their digital presence, empowering them to focus on growth rather than time-consuming manual tasks. Through the integration of AI-driven solutions, businesses can transform their operations, making them more efficient and competitive. The session highlighted how AI and digital tools can foster greater productivity, allowing businesses to innovate and succeed in an increasingly digital world. This transformation not only improves operational efficiency but also sets the stage for future success by harnessing the power of technology to optimize business processes. #AIProduktiviti
By REGIONAL OFFICE MPC May 6, 2025
Kelab Rekreasi Timah Tasoh merupakan antara pengusaha perkhidmatan bot ronda serta pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi di Dataran Empangan Timah Tasoh, Perlis. Pada tahun 2024, kelab ini telah menerima pensijilan Malaysia Tourism Excellence (MaTEx), yang seterusnya menyumbang kepada peningkatan hasil jualan yang ketara (peningkatan jualan sebanyak 35.8%) serta memperkukuh kualiti operasi dan perkhidmatan yang ditawarkan. Bagi memastikan pertumbuhan produktiviti yang mampan dan berterusan, satu sesi perbincangan strategik telah diadakan melibatkan wakil kelab, Tourism Productivity Nexus (TPN) dan pemain industri. Sesi ini bertujuan mengenal pasti potensi penambahbaikan dan merangka inisiatif yang boleh memacu daya saing kelab dalam sektor pelancongan dan rekreasi. Antara cadangan yang dibincangkan termasuk penekanan terhadap aspek keselamatan dan bantuan kecemasan bagi menjamin kesejahteraan pengunjung, peningkatan usaha promosi dan pemasaran melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan platform media sosial, penambahbaikan sistem tempahan perkhidmatan secara digital, serta menjalin kerjasama strategik dengan pihak swasta bagi merancakkan lagi aktiviti rekreasi di kawasan Timah Tasoh. Pihak Kelab Rekreasi Timah Tasoh amat menghargai sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) dan Tourism Productivity Nexus dalam membantu mempertingkatkan kecekapan dan produktiviti perkhidmatan yang ditawarkan.
By REGIONAL OFFICE MPC May 6, 2025
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) telah mengadakan satu sesi libat urus bersama pihak berkepentingan termasuk Kementerian/Agensi di Sarawak sebagai satu keperluan dalam proses menggubal Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB). Objektif utama penggubalan akta ini adalah untuk memastikan mekanisme dan proses PSB yang lebih berkesan, selain mewujudkan ambang persetujuan yang jelas dalam pelaksanaan dasar-dasar berkaitan. Akta ini juga meneliti kepentingan penduduk serta infrastruktur yang menyokong pembangunan semula bandar mampan serta inklusif. Mekanisme yang dicadangkan akan memudahkan penglibatan komuniti dan menjamin hak serta suara penduduk dalam setiap fasa pembangunan semula. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara
By REGIONAL OFFICE MPC May 6, 2025
Sesi bimbingan ini diadakan bagi membimbing pasukan projek PKNP dalam usaha mengenal pasti punca utama kepada isu yang dihadapi serta memetakan proses kerja sedia ada bagi dua (2) projek RKB yang sedang dilaksanakan iaitu Mempercepat Proses Kelulusan Projek Pembangunan Utiliti melalui Penubuhan Agensi Penyelaras Negeri dan Transformasi Proses Kelulusan Projek Pembangunan oleh MMK: Kajian Kes Projek LUMIC, Manjung. Melalui sesi ini, pendekatan berasaskan analisis sistematik dan kolaborasi antara agensi teknikal dan bukan teknikal yang terlibat dalam proses kelulusan perlu diterapkan bagi memastikan pelaksanaan penambahbaikan yang akan dibangunkan dapat dilaksanakan dengan cekap dan mampan, selari dengan objektif RKB dalam memperkasa penyampaian perkhidmatan awam. Sebagai langkah susulan, pasukan projek PKNP akan melaksanakan pengumpulan data menyeluruh bagi setiap peringkat proses kerja yang terlibat. Dapatan daripada aktiviti ini akan digunakan untuk mengenal pasti isu sebenar di lapangan serta merangka cadangan penambahbaikan yang bersasar, praktikal dan berpotensi tinggi untuk meningkatkan kecekapan sistem sedia ada.
By MMT MPC May 6, 2025
Nexus Produktiviti Kimia telah mengadakan perbincangan bersama HRDCorp mengenai permohonan Special Grant bagi program Dangerous Goods Safety Advisor (DGSA) . Program DGSA ini merupakan satu program latihan dan persijilan bagi melahirkan penasihat keselamatan yang kompeten dalam pengurusan barangan berbahaya. HRDCorp mengakui bahawa program ini sangat penting kerana ia merangkumi latihan teori serta praktikal yang memenuhi piawaian antarabangsa UNECE-ADR serta dapat membantu meningkatkan peluang kerjaya peserta melalui pensijilan antarabangsa IRU Academy Geneva. Program menyasarkan seramai 500 peserta ditauliahkan sijil kompetensi DGSA dan memberi impak positif dari sudut keselamatan, pematuhan undang-undang, reputasi syarikat dan nilai ekonomi.
Show More