MESYUARAT PENYELARASAN INSENTIF KEMENANGAN ANUGERAH KECEMERLANGAN INDUSTRI 2026
Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) dianjurkan oleh MITI setiap dua (2) tahun untuk mengiktiraf syarikat-syarikat yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam sektor perindustrian di Malaysia.
Penganjuran AKI disokong oleh agensi-agensi di bawah MITI yang menawarkan pelbagai insentif menarik kepada para pemenang.
AKI 2026 akan dilancarkan oleh YB Menteri MITI pada bulan Februari 2025 dan penyertaan bagi AKI 2026 akan turut dibuka bermula pada hari pelancaran tersebut.
Sehubungan dengan itu Mesyuarat Penyelarasan Insentif Kemenangan AKI 2026 MITI Dan Agensi diadakan bagi membincangkan secara terperinci mengenai cadangan insentif kemenangan AKI 2026.
Mesyuarat telah diadakan di Bilik Bunga Raya, Aras 31, Menara MITI dan di pengerusikan oleh YBhg. Datuk Hanafi Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Industri), MITI.
Quick Share Links

The meeting reinforced the importance of aligning workforce capabilities with Sarawak’s productivity agenda. MPC Sarawak shared key initiatives including the Akademi Dalam Industri (ADI) and AI for Productivity Transformation for Industry program. Both initiatives aim to enhance industrial productivity through in-house talent development and digital adoption. The committee expressed strong support, highlighting sectoral needs for skilled workers in oil and gas as well as data analytics. Members also acknowledged the relevance of these programs to the region's economic direction. Further insights were shared by Sarawak Skills, including the promotion of the Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL) program and updates on Smart Home and Smart Solar technology adoption projects. They also presented their involvement in green energy initiatives, particularly in the hydrogen sector, showcasing their commitment to future-ready, sustainable workforce development. The way forward from this meeting includes the implementation of the ADI-SKM programme in SALCRA, as well as the AI for Productivity Transformation Program in collaboration with Sarawak Skills as the designated Technology Centre. #SarawakProductive

Sesi ini turut membincangkan projek RKB yang berimpak tinggi kepada usahawan dan syarikat tempatan, melibatkan kerjasama pelbagai agensi, serta dapat mengurangkan kerenah birokrasi dalam proses pensijilan halal. Perbincangan ini juga bertujuan memperkukuh pemahaman Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) terhadap objektif dan strategi pelaksanaan inisiatif RKB, di samping memperlihatkan komitmen JAIS dalam menyokong serta melaksanakan inisiatif ini secara menyeluruh, selaras dengan usaha mempercepatkan proses pensijilan dan meningkatkan kecekapan sistem halal di peringkat negeri. #SarawakProduktif #RKB #MemacuProduktivitiNegara

Inisiatif ini bertujuan untuk memanfaatkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam meningkatkan kecekapan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan sektor awam. Perbincangan meliputi pengenalan asas kepada konsep serta aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam sektor kerajaan, termasuk cadangan modul latihan yang merangkumi penggunaan pelbagai alat AI. Alat-alat ini berpotensi membantu agensi kerajaan mempermudah tugasan harian, mengoptimumkan pengurusan data serta menyokong proses pembuatan keputusan secara lebih efisien dan berasaskan data. Inisiatif ini dilihat sebagai satu langkah strategik dalam memperkasa penjawat awam dengan kecekapan digital yang relevan dan berimpak tinggi. Inisiatif ini juga menjadi antara usaha langsung dalam menyokong agenda Sarawak Produktif, yang menekankan pendigitalan, inovasi dan peningkatan produktiviti sebagai teras kepada kemajuan sektor awam di Sarawak. # SarawakProduktif # MemacuProduktivitiNegara

Program selama tiga hari ini mengumpulkan pelbagai agensi terlibat dalam proses memulakan perniagaan di Sibu. Tumpuan utama bengkel ini adalah untuk menyemak dan mengesahkan dokumentasi penting seperti Garis Panduan, Super Form, SOP, dan senarai semak. Sepanjang tiga hari bengkel ini, peserta telah diberi pendedahan dan latihan berkaitan struktur tadbir urus pelaksanaan projek rintis EODB, selain menyelaras peranan dan tanggungjawab agensi berkaitan. Bengkel turut membincangkan pendekatan pengurusan prestasi pelaksanaan fasa pertama serta mengenal pasti indikator pemantauan yang praktikal. Beberapa sesi kumpulan kerja juga dijalankan untuk menubuhkan pasukan pemantau serta merangka strategi pelaksanaan menyeluruh berdasarkan persetujuan semua pihak. Secara keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya mewujudkan kerangka tadbir urus yang lebih jelas, memperkukuh kerjasama antara agensi, dan menyediakan landasan kukuh bagi pelaksanaan projek rintis SAB Fasa 1. Usaha ini adalah selaras dengan aspirasi nasional untuk mempercepat dan memudahkan proses memulakan perniagaan, sekaligus menyumbang ke arah peningkatan daya saing dan pertumbuhan ekonomi setempat. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara

Majlis penyampaian Sijil Penghargaan Projek RKB Negeri Perak telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara diiringi bersama YB Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Turut bersama YB Dato' Mohd Zaki Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri dan YBhg. Datuk Zahid Ismail, Ketua Pengarah MPC. Majlis ini telah diadakan dengan kerjasama Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dan Pejabat SUK Negeri Perak bersempena dengan Program Madani Rakyat (PMR) 2025 Peringkat Negeri Perak. Sebanyak 7 projek telah berjaya disiapkan dengan penjanaan impak bernilai RM300 juta daripada penjimatan kos kerajaan, kos pematuhan, peningkatan kutipan hasil dengan prosedur pematuhan yang kini jauh lebih ringkas dan telus. Kejayaan 7 projek siap ini menjadi pemangkin ke atas 14 lagi projek RKB Perak yang sedang dilaksanakan untuk disiapkan mengikut perancangan pada suku ke-3 tahun ini yang akan meningkatkan lagi kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan memberi manfaat kepada rakyat dan industri. #MemacuProduktivitiNegara #ReformasiKerenahBirokrasi

Bengkel ini memberi fokus kepada aktiviti analisis data yang telah dikumpulkan oleh PBT, PDT dan agensi Negeri Perak serta penyediaan laporan projek. Peserta diberi bimbingan dalam penggunaan teknologi ChatGPT bagi membantu proses analisis data dan penyediaan laporan projek. Setakat ini, sebanyak 21 projek telah didaftarkan di bawah inisiatif RKB Negeri Perak. Daripada jumlah tersebut, 7 projek telah siap sepenuhnya, manakala baki projek lain masih dalam peringkat ujikaji dan penambahbaikan. Status kemajuan projek-projek ini akan dibentangkan kepada YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) merangkap Ketua Reformasi Birokrasi (CRO) Projek RKB Negeri Perak, pada bulan Julai 2025. #MemacuProduktivitiNegara #ReformasiKerenahBirokrasi

MPC Wilayah Utara telah menyertai Program Hari Eksport Perak 2025 yang berlangsung pada 10- 11 Jun 2025 bertempat di Hotel Casuarina Meru, Ipoh. Program ini telah dihadiri lebih 150 usahawan tempatan dan Majlis Perasmian Penutupan program telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak. Penganjuran program ini bertujuan menyokong agenda kerajaan negeri untuk melahirkan lebih ramai pengeksport dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), di samping meningkatkan kesedaran tentang peluang-peluang eksport yang tersedia. Sepanjang program berlangsung, MPC Wilayah Utara telah mempromosikan inisiatif peningkatan produktiviti seperti Akademi Dalam Industri (ADI), QE 5.0, dan eZBE kepada para pengunjung dan syarikat pempamer. #MemacuProduktivitiNegara

Tarikh: 16 Jun 2025 Masa: 10.30 pagi Tempat: MPC Kuala Lumpur Satu perbincangan strategik antara RFBPN dan WAWASANITA dengan matlamat meneroka peluang kerjasama dalam memperkasakan usahawan melalui penerapan teknologi digital, khususnya kecerdasan buatan (AI). Dalam sesi ini, RFBPN turut memperkenalkan inisiatif Retail Artificial Intelligence Smart Evolution (RAISE) iaitu satu usaha ke arah transformasi pintar subsektor peruncitan dan F&B melalui penggunaan AI. WAWASANITA menyambut baik inisiatif ini dan menyatakan sokongan penuh terhadap pelaksanaannya. Sebagai langkah susulan, RFBPN akan menganjurkan satu sesi kesedaran berkaitan AI yang melibatkan ahli-ahli WAWASANITA. Sesi ini akan memberi penekanan khusus terhadap aplikasi praktikal penggunaan teknologi AI dalam projek-projek usahawan yang terlibat.