Mesyuarat Penyelarasan Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan di Sarawak Bilangan 1/2025


Mesyuarat Penyelarasan Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan di Sarawak Bilangan 1/2025 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato Ahmad Nadzri Bin Mohd Hassan telah diadakan di Miri Marriott Resort & Spa.

Mesyuarat ini bertujuan meningkatkan sinergi antara pihak negeri, wilayah dan persekutuan dalam memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan awam di Sarawak. Antara agenda utama yang dibincangkan termasuk pelaksanaan Reformasi Karenah Birokrasi (RKB) dan inisiatif Iltizam, yang menyasarkan pengurangan beban peraturan sebanyak 50%. Semua agensi telah diarahkan membuat semakan peraturan masing-masing bagi menyokong matlamat ini.

Selain itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membentangkan perkembangan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang telah dilaksanakan sejak Disember 2024. Antara isu yang dibincangkan berkaitan kadar elaun wilayah serta dasar kerja rentas negeri. Pengerusi memaklumkan bahawa prestasi kewangan agensi persekutuan di Sarawak yang kurang memberangsangkan terutamanya dana pembangunan yang terpaksa dipulangkan setiap tahun akibat kegagalan komunikasi dan pelaksanaan projek.

Mesyuarat juga meneliti isu ruang pejabat kerajaan di Sarawak yang membenarkan gunasama premis kerajaan antara agensi persekutuan. Isu penyewaan tanpa perjanjian turut diberi perhatian. Pembentangan lain termasuk prestasi pelaksanaan projek RMK-12 Negeri Sarawak oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan yang menekankan keperluan pemilihan kontraktor berkemahiran dan perancangan bajet yang realistik. PDRM turut membentangkan tahap keselamatan di Sarawak termasuk isu Community Learning Centre (CLC) yang merupakan pusat tidak berdaftar, menimbulkan kebimbangan keselamatan dan penyalahgunaan platform pendidikan.

Mesyuarat ini telah menghasilkan pelbagai penambahbaikan strategik dalam pengurusan projek, keselamatan, dan penyelarasan dasar, demi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap serta berimpak tinggi kepada rakyat Sarawak.

#SarawakProduktif
#MemacuProduktivitiNegara

Quick Share Links

By MMT MPC May 5, 2025
Date: 5 May 2025 Time: 10 a.m. Platform: Microsoft Teams A review session was held with experts to refine the F&B Digital Productivity Roadmap, focusing on practical feedback to strengthen its relevance and impact. Key discussions addressed challenges in digitalisation, such as platform limitations, cost, and operational issues, while emphasizing the need for a structured roadmap to guide adoption and build a robust digital ecosystem. Feedback also highlighted the importance of incorporating customer order data analytics and trend analysis to support better decision-making. #AIProductivity
By REGIONAL OFFICE MPC May 5, 2025
Satu sesi temuramah telah diadakan di MPC Sarawak bersama wakil media Sarawak Tribune dan Suara Sarawak. Sesi ini melibatkan Pengarah MPC Sarawak, Dr. Mazlina Shafi’i, yang berkongsi pandangan berkenaan pelaksanaan Premier of Sarawak Industry Excellence Awards (PSIEA) 2025, inisiatif Reformasi Karenah Birokrasi (RKB) serta penerapan Malaysia Business Excellence Framework (MBEF) di Sarawak. Sesi ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mengenai peranan MPC Sarawak dalam mendukung usaha transformasi industri dan perkhidmatan awam. Perbincangan turut merangkumi inisiatif perlaksanaan PSIEA yang sejak 2017 yang telah mengiktiraf 94 organisasi cemerlang dengan sumbangan nilai penciptaan sebanyak RM188 juta. Selain itu, inisiatif MBEF dijelaskan sebagai kerangka penambahbaikan organisasi yang menggalakkan kepimpinan berkesan, strategi mampan, dan kecekapan operasi, manakala inisiatif RKB pula sebagai usaha memperbaiki kecekapan sektor awam dengan mengurangkan kerenah birokrasi. Impak utama sesi ini adalah memperluaskan kefahaman umum terhadap usaha MPC Sarawak dalam memacu kecemerlangan industri, menggalakkan lebih banyak penyertaan untuk PSIEA 2025, dan menyokong aspirasi kerajaan negeri untuk mencapai pertumbuhan KDNK yang mampan menjelang 2030. Selain itu, sesi ini membantu mempromosikan reformasi yang bertujuan meningkatkan kecekapan sektor awam dan memperkukuh kedudukan Malaysia dalam penarafan daya saing global. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara #MBEF #RKB
By MMT MPC May 2, 2025
The second class of the Operational Excellence through A.I. Upskilling Programme, focused on Maintenance & Downtime, was successfully conducted, aimed to equip upstream automotive companies with practical AI capabilities to drive productivity improvements. This hands-on training brought together technicians, supervisors, and data collection staff from the Perodua ecosystem to explore how no-code AI tools, such as Gemini and AppSheet, can be applied to identify downtime patterns and enhance maintenance practices. Session highlights included the application of actual company data in demonstrating real-world AI usage, interactive demos on predictive maintenance, and active participation from attendees—reflecting strong interest and readiness to embed AI into daily operational processes. This initiative reaffirms the shared commitment of MPC to foster a culture of continuous improvement and position AI as a key enabler of long-term competitiveness in the automotive sector.
By REGIONAL OFFICE MPC May 2, 2025
Lanjutan sesi libat urus berkaitan Protokol Tindakan Kawalan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang telah diadakan pada 15 April 2025, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang telah melaksanakan satu sesi pemantauan ke atas pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) kawalan HFMD di sebuah tadika yang merupakan ahli Persatuan Pengusaha Industri Pendidikan Pulau Pinang (PPIPPP). Sesi ini disertai oleh wakil-wakil dari Bahagian Kawalan Penyakit Berjangkit dan Bahagian Inspektorat & Perundangan, JKN Pulau Pinang; Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut; serta wakil dari MPC Wilayah Utara. Sesi pemantauan ini diketuai oleh Dr. Noor Farhana binti Mohd Fathil, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Kawalan Penyakit Berjangkit), JKN Pulau Pinang. Tujuan utama sesi ini adalah untuk menilai tahap pematuhan terhadap garis panduan kawalan HFMD di peringkat institusi pendidikan awal kanak-kanak, serta mengenal pasti cabaran operasi yang dihadapi oleh pengusaha tadika ekoran peningkatan kes jangkitan. Dapatan daripada sesi pemantauan ini akan dianalisis secara menyeluruh oleh pasukan JKN Pulau Pinang dan akan digunakan untuk merangka tindakan susulan yang bersifat menyeluruh dan inklusif, bagi menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh PPIPPP serta memastikan kelangsungan operasi tadika dalam suasana yang selamat dan terkawal.
By REGIONAL OFFICE MPC April 30, 2025
Sesi Bimbingan RKB Kedah bersama MPLBP yang diketuai oleh Arkitek, Encik Muhamad Hisham Zainal Abidin sedang melaksanakan Projek Meningkatkan Pematuhan Pelesenan bagi Premis Tanpa Kelulusan melalui Caj Penguatkuasaan. Projek ini bertujuan mewujudkan sistem pelesenan yang lebih tersusun dan berkesan, sekali gus meningkatkan tahap pematuhan dalam kalangan pengusaha premis yang beroperasi tanpa kelulusan. Pendekatan ini dilaksanakan melalui pelaksanaan caj penguatkuasaan, bagi menggalakkan pemilik premis mendapatkan lesen yang sah. Pada masa ini, projek tersebut sedang berada dalam fasa ujikaji yang melibatkan sebanyak 150 buah premis di Langkawi. #MemacuProduktivitiNegara
By REGIONAL OFFICE MPC April 30, 2025
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah dijemput untuk menyampaikan Taklimat mengenai pelaksanaan inisiatif Akademi Dalam Industri (ADI) serta berkongsi program-program lain selain ADI yang dijalankan oleh MPC di Mesyuarat Malaysia Water Industry Human Resources (MyWINHR) Bil. 1/2025. Mesyuarat ini menghimpunkan Ketua-Ketua Jabatan Sumber Manusia sektor air dari seluruh negeri, termasuk Sabah dan Sarawak. Program telah dianjurkan oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA) dan dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan Osman. Program dimulakan dengan taklimat oleh pihak HRD Corp, diikuti dengan sesi pembentangan ADI oleh Encik Mohd Khairil Anuar Amir Hamzah, Pengurus Kanan MPC Wilayah Utara. SADA merupakan antara syarikat di Negeri Kedah yang telah mengambil bahagian di dalam inisiatif ADI di mana seramai 20 orang bakat SADA sedang menjalani Pembelajaran Kemahiran dalam Bidang Perkhidmatan Operasi dan Rawatan Air (Tahap 2). #MemacuProduktivitiNegara
By REGIONAL OFFICE MPC April 30, 2025
Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Dato' Salbiah Mohamed, Pengerusi JK Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, dan telah dihadiri oleh seramai 45 ahli mewakili agensi kerajaan negeri dan persekutuan. Agenda meliputi pembentangan laporan dan cadangan pelaksanaan program, kertas pembentangan dari Institut Darul Ridzuan (IDR), cadangan penambahbaikan program bagi meningkatkan produktiviti perniagaan dan lain-lain isu berkaitan keusahawanan di Negeri Perak. Sepanjang tahun 2024, keseluruhan sebanyak 256 program keusahawanan telah berjaya dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM402.2 juta, dan telah memberi manfaat kepada 110,137 usahawan merangkumi pelbagai kategori serta peringkat perniagaan. Hasil mesyuarat, sebanyak 5 fokus group dibangunkan iaitu FG Kluster Pinjaman, FG Kluster Perluasan Pasaran, FG Kluster Geran, FG Kluster Sederhana, dan FG Kluster Mikro, Penjaja Kecil & Informal. Penubuhan kumpulan ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan program-program keusahawanan yang lebih bersasar, inklusif dan bersepadu. #MemacuProduktivitiNegara
By MMT MPC April 29, 2025
The AI Transformation Programme, titled "Generative AI: Fuelling the Next Wave of Productivity & Growth for Automotive", was successfully held at MPC KL. Organised by the Automotive Productivity Nexus (AutoPN) in collaboration with Digital Productivity Nexus (DPN), this class focused on introducing automotive industry players to the practical capabilities and strategic value of Generative AI. The session featured key topics such as understanding generative AI’s potential, productivity impact, deployment of no-code AI applications, and real-world use cases. Participants also engaged in an interactive hands-on demo using tools like Gemini and AppSheet, reinforcing the application of AI in day-to-day operations. This class was designed to spark awareness and encourage adoption of generative AI technologies as part of broader productivity transformation initiatives. The strong engagement and insightful exchanges during the session reflect growing interest among industry players to explore AI as a competitive enabler for the future of automotive manufacturing.
Show More