Perbincangan Kemajuan Projek Pertanian Kontrak Ladang Cili Bersama GrasiCili


Peningkatan Produktiviti Subsektor Agromakanan Negeri Kelantan

Perbincangan bersama En Munir Ashim Abdullah, Pengasas GrasiCili telah dijalankan bagi membincangkan status kemajuan projek pertanian kontrak ladang cili yang sedang dibangunkan di Pasir Puteh, Kelantan di bawah inisiatif Peningkatan Produktiviti Agromakanan Negeri Kelantan.

Kerja-kerja tanah masih berjalan yang mana proses membersih dan merata tanah yang berkeluasan 10 ekar ini sedang dijalankan oleh pemilik tanah, Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd (KBCSB), anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Kerja-kerja tanah merangkumi penebangan pokok dan hutan, membersih sisa pokok, serta merata tanah yang berbukit. 

Satu mesyuarat di antara KBCSB dan PMBK bersama GrasiCili akan dijalankan dalam bulan Mei bagi membincangan perincian kerjasama dan perjanjian projek.

Projek Pertanian Kontrak Ladang Cili ini merupakan inisiatif pertanian moden yang mampu melonjakkan produktiviti dan KDNK Negeri Kelantan, selain menyediakan peluang pekerjaan baharu dan meningkatkan taraf hidup rakyat di Negeri Kelantan. 

#MPC
#MPCProductivity
#MalaysiaProduktif
#MemacuProduktivitiNegara
#KelantanProduktif

Quick Share Links

By Nexus MPC July 18, 2025
AeroPN Secretariat conducted a briefing session with Airod Aerospace Technology to introduce MPC key initiatives: Productivity in Context (PiC) and AI Transformation Program. The session highlighted how these initiatives aim to drive productivity improvements across administrative and production functions by leveraging modern AI tools. Following the session, Airod expressed strong interest to collaborate with MPC in executing a 3-day tailored productivity enhancement program focused on AI transformation. The initiative will include the implementation of AI-driven solutions, employee engagement, and productivity impact measurements.
By Media MPC July 17, 2025
Sesi ini telah diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak dengan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) selaku Ketua Pegawai Reformasi (CRO) Negeri Perak. Sesi ini bertujuan untuk menyemak status pelaksanaan empat belas (14) projek RKB melalui pembentangan dari setiap ketua kumpulan projek dan mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada pihak CRO. Output: Sebanyak 8 projek dikenalpasti sebagai projek siap. Bagi keseluruhan projek RKB Perak, sebanyak 21 projek telah didaftarkan. Sehingga kini, sejumlah lima belas (15) projek RKB Perak telah berjaya disiapkan.YBhg. Dato’ turut menekankan keperluan untuk memantapkan pelaporan pelaksanaan bagi semua projek RKB, agar penyampaian laporan lebih jelas dan berkesan. Sebagai tindakan susulan, Bengkel Bimbingan #3 akan diadakan pada 11 hingga 13 Ogos 2025 bagi menyiapkan keseluruhan projek RKB Perak. #ReformasiKerenahBirokrasi #MemacuProduktivitiNegara
By ADM MPC July 16, 2025
This year, PSIEA 2025 has attracted the participation of 36 companies across Sarawak, representing diverse sectors including manufacturing, services, logistics, agriculture, and food & beverage. This reflects the growing commitment of Sarawak’s industries to pursue excellence, sustainability, and innovation in their operations. The session brought together expert assessors from various background to evaluate companies based on the Malaysia Business Excellence Framework (MBEF), ensuring a structured and objective assessment process. During this session, assessors provided comprehensive feedback on each company’s strengths and areas for improvement. Ultimately, the assessment outcomes aim to elevate Sarawak’s industries to higher standards of excellence, fostering competitiveness, resilience, and sustainability. #SarawakProductive #DrivingProductivityoftheNation #PSIEA2025
By ADM MPC July 16, 2025
MPC participated in the Awareness Program for SMEs in Sarawak, which was organized with the objective of promoting investment and disseminating current information through the Malaysian Investment Development Authority (MIDA) and other agencies under the Ministry of Investment, Trade, and Industry (MITI). A collaborative effort among MITI agencies has successfully created an effective outreach and engagement session, contributing to improved work efficiency within the industry. During the event, MPC promoted the Akademi Dalam Industri (ADI) and the AI for Productivity Transformation Program to all visitors. There was encouraging interest from industry players in Sibu to participate in productivity improvement programs introduced under these initiatives. Moving forward, MPC will continue engagement with interested SME companies to further discuss participation in the ADI program and explore opportunities for technology adoption initiatives that support productivity growth. #SarawakProductive
By ADM MPC July 15, 2025
Bengkel ini dianjurkan oleh pihak Unit Transfomasi dan Inovasi Sarawak, yang turut melibatkan pihak PBT dan Perbendaharaan Sarawak bagi memperhalusi dan memuktamadkan Garis Panduan Memulakan Perniagaan di Sarawak yang akan digunapakai sepanjang fasa uji kaji berlangsung. Sebagai susulan, satu sidang media untuk memaklumkan pelaksanaan uji kaji memulakan perniagaan akan diadakan pada 21 Julai 2025 di Sibu, Sarawak, bagi memastikan semua pemegang taruh dan komuniti perniagaan mendapat maklumat terkini sebelum pelaksanaan rasmi pada 1 Ogos 2025. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara #EODB
By ADM MPC July 15, 2025
Dari segi komunikasi serta promosi pelaksanaan fasa uji kaji, beliau mencadangkan sesi sidang media diadakan pada 22 Julai 2025, bersempena Hari Sarawak, sebagai satu simbolik menunjukkan Sarawak komited memastikan transformasi signifikan yang akan menyumbang kepada pembangunan negara. Beliau juga komited untuk memastikan pihak MOF dalam memberi maklumbalas bagi memastikan pelaksanaan fasa uji kaji dapat dilaksanakan dengan lancar. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara #EODB
By ADM MPC July 15, 2025
Dua projek utama yang akan dilaksanakan ialah pelaksanaan sistem permohonan atas talian yang lebih mudah, cepat dan telus bagi permohonan Lesen Kenderaan Barangan ke Brunei, serta pemansuhan keperluan surat sokongan antara Sarawak dan Brunei yang dapat mengurangkan kerenah birokrasi serta memudahkan urusan rentas sempadan. Jangkaan hasil daripada inisiatif ini termasuklah pengurangan kos, masa dan tenaga kerja bagi pemain industri logistik di Sarawak, selain mempercepatkan urusan kelulusan dan meningkatkan kecekapan operasi rentas sempadan. Inisiatif ini juga dijangka memperkukuh daya saing sektor logistik dan menyumbang kepada integrasi ekonomi serantau yang lebih mantap. #SarawakProduktif #RKB #LPKPSarawak #ProduktivitiNegara
By Nexus MPC July 11, 2025
Bengkel Pembangunan Kapasiti AI bersama pemain industri ini melibatkan penyertaan daripada 20 syarikat dari negeri Perak. Bengkel ini bertujuan untuk pembangunan kapasiti pemain industri dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) serta menggalakkan penerimagunaan teknologi ini sebagai kaedah bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti proses kerja di organisasi. Peserta telah diberi pembelajaran kepada topik-topik utama berikut: ✅ Aplikasi praktikal AI dalam operasi perniagaan ✅ Strategi pengintegrasian AI untuk penambahbaikan proses kerja ✅ Alat dan rangka kerja bagi membuat keputusan dalam organisasi melalui penggunaan AI #AIProduktiviti #MemacuProduktivitiNegara
Show More