Persidangan MyMudah @ PemudahCara Sabah Maju Jaya (SMJ) Peringkat Negeri Sabah 2024
Persidangan MyMudah @ PemudahCara Sabah Maju Jaya (SMJ) Peringkat Negeri Sabah 2024
Persidangan ini dimulai dengan Ucapan Aluan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
dan perasmian disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Panglima Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara. Turut hadir bersama adalah Yang Berbahagia Datuk Makhzan bin Mahyuddin, Setiausaha Persekutuan Sabah, Yang Berbahagia Datuk Zainuddin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Yang Berbahagia Datuk Kamaruzzaman Johari, Pengerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Setiausaha Tetap Kementerian, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Ahli Lembaga Pengarah MPC, Yang Berbahagia Encik Zahid Ismail, Ketua Pengarah MPC, , Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah-Pengarah MPC HQ, Yang Berbahagia Encik Edward Binty, Pengarah MPC Wilayah Sabah dan penjawat awam negeri dan Persekutuan serta pemain industry di Sabah.
Persidangan ini menyaksikan Peluncuran platform PemudahCara SMJ
dan diteruskan dengan acara penyampaian Sijil Anugerah Productivity Champion (PC)
kepada seramai 15 orang penerima daripada pelbagai Kementerian di Sabah. Seterusnya Anugerah Tokoh Produktiviti telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri KSN kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan jasa oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. dalam memacu inisiatif peningkatan produktiviti dalam perkhidmatan awam di Sabah yang secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan prestasi ekonomi Sabah.
Selain itu, persidangan ini juga meliputi sesi pembentangan utama bertajuk “Memacu Produktiviti Negeri Melalui Amalan Baik Peraturan” oleh Yang Berbahagia Encik Edward Binty, Pengarah MPC Wilayah Sabah. Sesi Forum Pemerkasaan Penyampaian Peraturan Kerajaan Negeri telah dikendalikan oleh YBrs. Tuan Sayed Munawar bin Sayed Mohd Mustar bersama 3 orang panel jemputan daripada Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE), Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) dan Lembaga Koko Malaysia.
Sila tonton sorotan video dan gambar bagi persidangan ini melalui Tiktok MPC SBO.
#SabahProduktifSabahMajuJaya
Quick Share Links

Sebanyak 23 projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) telah didaftarkan di bawah inisiatif RKB Negeri Perak, melibatkan penyertaan aktif daripada 20 agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Perak dalam menyokong agenda nasional untuk memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam agar lebih cekap, responsif dan berimpak tinggi. Setakat ini, 15 projek telah berjaya disiapkan dan 8 projek lagi berada pada tahap pelaksanaan 80%. Kejayaan ini didorong oleh bimbingan berterusan, kerjasama pelbagai agensi, dan komitmen tinggi pasukan dalam merangka penambahbaikan dan inovasi berasaskan data dan teknologi. Sebagai langkah susulan, status kemajuan projek akan dibentangkan kepada TSUK (Pengurusan) merangkap Ketua Pegawai Reformasi (CRO) Projek RKB Negeri Perak, pada hujung bulan Ogos 2025, dan seterusnya kepada YB SUK negeri. #MemacuProduktivitiNegara #ReformasiKerenahBirokrasi

The discussion covered the coordination of program implementation in both locations planned for September (Batch 5) and October 2025 (Batch 6). The session was also attended by Pn. Halina binti Haron Abdillah (Head of TVET Section, MEITD) and Mr. Abdul Hafidz (Sarawak Skills), who discussed the technical details and necessary support to ensure the program is executed smoothly and achieves its intended objectives. #SarawakProductive #AIforProductivity

The program aimed to promote effective business practices and foster a culture of integrated productivity, accelerate industrial transformation through the adoption of AI and digital technologies to strengthen business competitiveness, and equip the workforce with the necessary skills to leverage technology effectively—ultimately driving innovation and improving operational efficiency. Facilitated by strategic partner MIMOS Services Sdn Bhd, the program provided participants with hands-on exposure to AI tools designed to support the implementation of Proof of Concepts (POC) Projects, enabling industries to test and validate AI solutions within their operational environment. These tools are expected to help streamline processes, enhance productivity, and strengthen decision-making capabilities. Moving forward, the AI for Productivity Transformation Program Batch 4 is scheduled for September 2025, continuing the momentum to equip more industries with the knowledge, skills, and technology readiness needed to thrive in an increasingly competitive and digital-driven marketplace. #SarawakProductive #AIforProductivity

Melalui sistem baharu yang dicadangkan, semua permohonan akan dilaksanakan secara atas talian dengan membolehkan pemohon mengisi maklumat, memuat naik dokumen sokongan, dan menghantar terus kepada pegawai yang berkaitan untuk kelulusan. Proses ini akan disokong dengan aliran kerja digital yang dilengkapi notifikasi automatik kepada pemohon dan pegawai, sekali gus mengurangkan keperluan komunikasi manual. Tempoh kelulusan dijangka dapat dikurangkan daripada 31 hari kepada hanya 5 hari, tertakluk kepada pengesahan pihak pengurusan. Cadangan ini selaras dengan agenda reformasi tadbir urus digital bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan institusi pengajian tinggi. #SarawakProduktif #RKB #UiTMSarawak #ProduktivitiNegara

Melalui cadangan ini, dijangka meningkatkan bilangan peniaga berdaftar halal di Sarawak, sekaligus meningkatkan pendapatan peniaga kecil. Inisiatif ini selaras dengan agenda reformasi tadbir urus halal ke arah perkhidmatan yang lebih cekap, telus dan responsif, serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi halal yang mampan. #SarawakProduktif #RKB #JAISSarawak #ProduktivitiNegara

Sesi ini telah diadakan dengan tujuan untuk merangka hala tuju strategik bagi inisiatif pembangunan dan pelaksanaan modul latihan kesihatan mental asas kepada pengamal perubatan. Fokus utama perbincangan adalah untuk membentuk kerangka tadbir urus yang lebih telus dan terperinci. Kehadiran ke sesi ini merangkumi wakil-wakil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, termasuk Bahagian Amalan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, dan Bahagian Kepakaran Psikiatri. Sebagai langkah susulan, satu kertas konsep yang komprehensif, berserta terma rujukan (TOR) yang terperinci, akan dibangunkan. Dokumen ini akan memperjelaskan peranan dan tanggungjawab urus setia dengan lebih jelas bagi memastikan pelaksanaan inisiatif yang tersusun dan berkesan. Pelaksanaan inisiatif yang berkesan ini akan menjadi salah satu mekanisme penting untuk meningkatkan produktiviti klinik swasta melalui pemelbagaian perkhidmatan.

Namun begitu masih ada banyak peluang perlu ditambahbaik dari segi kaedah pemprosesan yang belum menggunakan platform atas talian sepenuhnya. Isu-isu berbangkit seperti penggunaan superform, pergerakan dokumen secara manual untuk pengesahan, kefahaman setiap pegawai terhadap proses keseluruhan serta kaedah pengumpulan data telah dikenalpasti dan akan ditambahbaik dalam masa terdekat. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara #EODB

AeroPN Secretariat conducted a briefing session with Airod Aerospace Technology to introduce MPC key initiatives: Productivity in Context (PiC) and AI Transformation Program. The session highlighted how these initiatives aim to drive productivity improvements across administrative and production functions by leveraging modern AI tools. Following the session, Airod expressed strong interest to collaborate with MPC in executing a 3-day tailored productivity enhancement program focused on AI transformation. The initiative will include the implementation of AI-driven solutions, employee engagement, and productivity impact measurements.