Potential Collaboration on SiapNiaga with Boston Consulting Group (BCG)


A discussion was held to explore a potential collaboration with Boston Consulting Group (BCS) to redesign the SiapNiaga document. The SiapNiaga team aims to leverage BCS's expertise, following previous collaboration on MPC Revamp during the 10th Malaysia Plan (10MP) period. 

BCG responded positively and expressed enthusiasm on this new mandate. They agreed to support the initiative by incorporating new expanded elements that will benefit the rakyat. BCG aims to enhance the document's content, validation of information, and communication. Specifically, BCG will assist in editing, designing, analysis, and strategy development for the SiapNiaga document. The expected outcome is a more refined and impactful document that is ready for its launch in early October.

Quick Share Links

September 10, 2025
Objektif bengkel ini adalah untuk memurnikan dan memuktamadkan draf Uniform (Hotels & Lodging Houses) By-Laws dan Garis Panduan Pengoperasian STA di Sabah bagi memastikan pelaksanaan yang seragam, berkesan dan selaras dengan keperluan industri pelancongan negeri. Bengkel ini menjadi platform perbincangan strategik melibatkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan agensi teknikal berkaitan dalam membincangkan mengenai asas-asas perundangan terlibat, kawasan-kawasan dan jenis premis penginapan yang dibenarkan bagi pengoperasian STA di Sabah, dokumen-dokumen yang diperlukan bagi permohonan dan pembaharuan lesen, aspek keselamatan, aspek kesihatan & kebersihan awam, aspek sosial & keharmonian awam, caj kadar bayaran dan maklumat lain berkaitan pengoperasian STA. Sila tonton sorotan video dan gambar bagi persidangan ini melalui Akaun Tiktok MPC SBO . #SabahProduktifSabahMajuJaya
By Nexus MPC September 8, 2025
Bengkel Konsultatif: Developing Biopharmaceutical Manufacturing Roadmap bertujuan menjadi platform perbincangan strategik untuk mengenal pasti keperluan, dasar dan inisiatif sedia ada dalam sektor biofarmaseutikal, di samping membuat semakan menyeluruh (stock take) terhadap pelaksanaan program, projek serta strategi kementerian dan agensi berkaitan. Bengkel ini juga memberi tumpuan kepada usaha menyelaras hala tuju serta mengukuhkan kerjasama merentas kementerian, agensi dan industri, termasuk penyelarasan dengan aspirasi Kementerian MITI melalui New Industrial Master Plan (NIMP) 2030, seterusnya membangunkan cadangan strategik bagi penyediaan Biopharmaceutical Manufacturing Roadmap Malaysia. Input yang diperoleh akan dijadikan asas penyediaan proposal permohonan bajet bagi pembangunan Biopharmaceutical Manufacturing Roadmap Malaysia, yang akan merangkumi justifikasi, objektif strategik, jangkaan impak serta anggaran kos pelaksanaan. Usaha ini dapat meningkatkan produktiviti sektor biofarmaseutikal melalui pemantapan inovasi, pengukuhan kapasiti pengeluaran, pembangunan bakat berkemahiran tinggi serta penciptaan ekosistem yang lebih berdaya saing di peringkat global.
By ECR MPC September 2, 2025
Objektif utama sesi ini adalah untuk menyampaikan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) kepada Kerajaan Negeri Sabah sebagai usaha menyelaras hala tuju dan pemahaman berkaitan pelaksanaan projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB). ARPA secara keseluruhannya bertujuan memperkukuh keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam melalui pemodenan sistem, pengurangan kerenah birokrasi, peningkatan kecekapan tadbir urus, serta mewujudkan budaya kerja berorientasikan hasil dan berteraskan rakyat. Sesi libat urus ini telah dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah. Ia turut merangkumi perbincangan mendalam mengenai kemajuan pelaksanaan projek uji kaji RKB di Sabah, di mana PACU secara prinsipnya menyokong penuh pelaksanaan projek tersebut. Dalam sesi ini, PACU turut menekankan kepentingan bagi semua data dan dapatan daripada pelaksanaan ini untuk direkod serta dilaporkan secara sistematik. Laporan-laporan tersebut dilihat amat penting untuk dijadikan rujukan dalam menilai keberkesanan intervensi reformasi, di samping menyediakan asas kukuh bagi pembentangan kepada pihak berkepentingan di peringkat tertinggi. Pendekatan ini dijangka dapat mempercepat transformasi perkhidmatan awam negeri Sabah agar lebih responsif, telus, dan berfokus kepada kesejahteraan rakyat.
By ECR MPC September 2, 2025
MPC Wilayah Sabah telah berjaya menganjurkan siri pertama program AI for Productivity Transformation – Making AI Easy for Enterprises in Sabah 2025 pada 27–28 Ogos 2025 di MPC Wilayah Sabah. Seramai 17 usahawan telah mengambil bahagian dalam sesi dua hari ini yang bertujuan memperkenalkan penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) untuk memperkukuh daya saing dan produktiviti perniagaan. Antara hasil dan pengisian utama program ini termasuk: • Penghasilan rancangan perniagaan lengkap menggunakan aplikasi AI seperti Gemini, ChatGPT dan Notion. • Penyediaan penyata kewangan, unjuran aliran tunai, analisis kesihatan syarikat secara automasi dan pemasaran media sosial. • Kajian pasaran, pesaing dan pemahaman pelanggan menggunakan data berasaskan AI. • Pembangunan identiti jenama dengan rekaan poster, logo dan bahan promosi tanpa memerlukan pereka grafik. Peserta melaporkan impak positif hasil penggunaan A.I. dalam organisasi mereka termasuk penjimatan masa, peningkatan jualan, pengurangan kos dan kesilapan serta kepuasan pelanggan dan kecekapan membuat keputusan yang lebih tinggi. Peserta kini lebih bersedia mengaplikasikan teknologi AI untuk merancang, mengurus dan memasarkan perniagaan mereka secara lebih cekap dan berkesan, sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Sabah. #SabahProduktifSabahMajuJaya
By Nexus MPC September 2, 2025
MEPN conducted an online briefing with Hock Lee Heng Structural Engineering Sdn. Bhd. as part of the ongoing Project Pintar initiatives. The session served to introduce the objectives and framework of Project Pintar, while engaging the company in discussions on potential productivity improvement strategies tailored to their operations. This engagement reflects MEPN’s commitment to fostering collaboration with industry players in driving productivity growth and operational excellence within the machinery and equipment (M&E) ecosystem
By ADM MPC August 29, 2025
Sesi yang melibatkan hampir 170 peserta daripada PMKS ini membuka peluang untuk meningkatkan kesedaran dan pendedahan mengenai penggunaan teknologi, seperti Kecerdasan Buatan (AI), dalam mentransformasikan operasi perniagaan. Platform interaktif ini turut membolehkan PMKS mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program-program MPC seperti AI for Productivity Transformation Programme dan ezBE (Business Excellence Assessment). #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara
By Nexus MPC August 28, 2025
MEPN held an industry engagement session with Jimah Energy Ventures Sdn Bhd on 28 August 2025. The session explored the working nature of boiler operations and the company’s journey in adopting digital technologies to improve productivity, safety, and efficiency. Discussions focused on operational processes, integration of automation, remote monitoring, predictive maintenance, and potential future applications of unmanned boiler operations. Insights from the session will guide the development of an industry-level initiative aimed at advancing productivity and operational excellence across Malaysia’s boiler industry, benefiting both large corporations and SMEs.
By Nexus MPC August 27, 2025
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) melalui Nexus Produktiviti Logistik (LPN) telah menganjurkan “Sesi Libat Urus Memacu Produktiviti ke Arah Rendah Karbon (ESG) bersama Industri Logistik Pulau Pinang” yang dihadiri oleh wakil persatuan serta 21 syarikat logistik dengan jumlah penyertaan seramai 25 orang. Sesi ini bertujuan meningkatkan kesedaran industri logistik terhadap kepentingan pelaksanaan amalan rendah karbon selaras dengan prinsip ESG, mendapatkan pandangan, isu dan cadangan bagi memperkukuh daya saing logistik Pulau Pinang serta merangka langkah strategik dalam usaha mengurangkan jejak pelepasan karbon, mengurangkan masa menunggu kenderaan dan menyokong kelestarian alam. Sesi telah membincangkan kaedah pelaksanaan kepada pendekatan tiga fasa iaitu "Gap Analysis & Data Collection", "Proof of Concept Green Logistics" dan "Scale & Incentives" dengan sasaran penglibatan sekurangnya 10 syarikat dari sesi pertama ini. Selain itu, kolaborasi antara pihak kerajaan, industri dan technology providers dilihat penting dalam menjayakan agenda initiatif dirancang. LPN akan terus mendapatkan maklumbalas syarikat berkaitan penggunaan bahan api dan penjejakan pelepasan karbon sebagai data asas penting. Secara keseluruhan, sesi libat urus ini merangka pelaksanaan ke arah logistik rendah karbon di samping memperkukuh kerjasama strategik antara semua pihak berkepentingan
Show More