RFBPN | Discussion on Way Forward for Retail and F&B Growth Roadmap
Date: 13 June 2025
Time: 3.00 PM
Platform: Microsoft Teams
A discussion was held to align key points with the goals of the Retail and F&B Productivity Growth Roadmap.
Moving forward, actions will focus on aligning outcomes with RFBPN’s strategic directions to ensure future initiatives support businesses in improving operations, increasing productivity and enhancing competitiveness.
Quick Share Links

Tarikh: 16 Jun 2025 Masa: 10.30 pagi Tempat: MPC Kuala Lumpur Satu perbincangan strategik antara RFBPN dan WAWASANITA dengan matlamat meneroka peluang kerjasama dalam memperkasakan usahawan melalui penerapan teknologi digital, khususnya kecerdasan buatan (AI). Dalam sesi ini, RFBPN turut memperkenalkan inisiatif Retail Artificial Intelligence Smart Evolution (RAISE) iaitu satu usaha ke arah transformasi pintar subsektor peruncitan dan F&B melalui penggunaan AI. WAWASANITA menyambut baik inisiatif ini dan menyatakan sokongan penuh terhadap pelaksanaannya. Sebagai langkah susulan, RFBPN akan menganjurkan satu sesi kesedaran berkaitan AI yang melibatkan ahli-ahli WAWASANITA. Sesi ini akan memberi penekanan khusus terhadap aplikasi praktikal penggunaan teknologi AI dalam projek-projek usahawan yang terlibat.

A productive engagement with Goodscience Sdn. Bhd., the bumiputera and local pharmaceutical manufacturing company, provided valuable insights into the end-to-end registration journey from an industry perspective. This engagement is initiative to enhancing the efficiency, productivity, and responsiveness of the pharmaceutical product registration process. Real-time feedback from industry players is critical in identifying practical challenges, validating actual processing timelines, and uncovering areas that require streamlining. The information gathered will inform evidence-based recommendations aimed at reviewing current processes and procedures, improving internal workflows, and strengthening regulatory delivery for more predictable and timely market access. The standard registration pathway for generic products is 245 working days, however, based on real-time data shared by Goodscience Sdn. Bhd., the process was completed in approximately six months (130 working days) from pre-submission to receiving approval from the Drug Control Authority (DCA). Goodscience emphasized the importance of conducting a pre-consultation session with NPRA prior to submission, as it helps companies align better with regulatory requirements, minimize submission errors, and avoid major corrections ultimately shortening the overall approval process. These proactive measures not only enhance regulatory service delivery but also support faster patient access to essential treatments, help contain national healthcare costs, and strengthen Malaysia’s position as a competitive hub for pharmaceutical investment and innovation.

A focused session was conducted to further deliberate on strategic measures to enhance productivity within the boiler industry. The session brought together industry experts to explore targeted solutions aimed at addressing operational gaps and driving performance improvements. Future efforts will also include organising a dedicated workshop or engagement session with players from the boiler industry to better understand and finalise the core problem statements, ensuring that proposed interventions are well-aligned with industry needs.

Sesi perbincangan bersama DOSM bertujuan meneliti semula metodologi pengiraan produktiviti negeri dan subsektor penjagaan kesihatan swasta serta meneroka analisis komparatif produktiviti MPC dan DOSM mengikut item di bawah kod 86 (kesihatan swasta) dan nisbah modal buruh (negeri). Hasil Perbincangan PHPN Analisis mendapati kumpulan aktiviti hospital menunjukkan tahap produktiviti melebihi purata nasional. Walau bagaimanapun, prestasi produktiviti kumpulan lain di bawah aktiviti kesihatan kemanusiaan yang berpeluang untuk ditingkatkan telah memberi impak kepada produktiviti keseluruhan subsektor penjagaan kesihatan. Selain itu, ruang-ruang penambahbaikan metodologi pengumpulan data produktiviti hospital swasta terutamanya pendapatan pakar perunding sambilan juga turut diketengahkan. SPPE* Metodologi pengiraan produktiviti DOSM akan diperincikan lagi bersama pihak MPC bagi tahap produktiviti negeri dengan mengambil kira semua pemboleh ubah dan diselaraskan dengan dapatan data-data lain. Hala Tuju Seterusnya PHPN Perbincangan lanjutan akan diadakan bagi simulasi pengumpulan data produktiviti dengan kerjasama beberapa hospital swasta terpilih untuk pengiraan tahap produktiviti bersama DOSM. MPC MPC dan DOSM bersetuju untuk mengadakan mesyuarat berkala bagi perincian data produktiviti negeri agar data yang dikeluarkan lebih tepat dan komprehensif bagi membantu Pejabat MPC Wilayah membangunkan intervensi produktiviti di masa hadapan.

Sesi libat urus strategik Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bersama Malaysian Consortium Of Mid-Tier Companies (MCMTC) telah diadakan untuk berbincang tentang pelaksanaan Program AI Productivity in Context. Program ini bertujuan membantu syarikat-syarikat di bawah Malaysian Consortium Of Mid-Tier Companies (MCMTC) meningkatkan produktiviti melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) secara lebih menyeluruh dan praktikal dalam operasi harian. Sepanjang sesi, wakil MCMTC turut berkongsi pandangan dan cabaran yang dihadapi syarikat ahli dalam usaha untuk bergerak ke arah transformasi digital. Pihak MPC pula menekankan peranan teknologi dan pengurusan data yang baik untuk memacu inovasi dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan sektor pembuatan berteknologi tinggi di Malaysia. Kedua-dua pihak bersetuju untuk terus bekerjasama rapat bagi memastikan program ini memberi manfaat yang maksimum kepada syarikat yang terlibat.

Sesi Semakan Laporan Maklum Balas AKI 2024 bersama Asiaflex Products Sdn Bhd telah diadakan bagi membincangkan penambahbaikan laporan untuk penyertaan dalam Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2026. Sesi ini diadakan untuk membantu Asiaflex membuat persediaan yang lebih rapi dan bersaing dengan lebih yakin pada penganjuran AKI yang akan datang. Sesi ini juga menjadi platform perkongsian idea dan pandangan antara pasukan MPC dan Asiaflex untuk mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam setiap kriteria dalam Business Excellence. Asiaflex berhasrat untuk menjadi sebuah organisasi yang lebih baik dan berdaya saing, selaras dengan matlamat syarikat untuk terus maju dalam industri.

Sesi libat urus ini telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan Program AI Productivity in Context dan memahami kepentingan penggunaan teknologi serta pengurusan data yang baik bagi memacu inovasi dan menyumbang kepada pertumbuhan industri secara keseluruhan. Dalam sesi ini, Jimah Power Plant turut berkongsi pandangan serta cabaran yang dihadapi dalam usaha bergerak ke arah transformasi digital. Selain itu, sesi ini turut membincangkan langkah persediaan Jimah Power Plant untuk menyertai Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2026 dengan memahami kriteria Malaysia Business Excellence Framework (MBEF) sebagai panduan utama. Jimah Power Plant mendapatkan input yang penting untuk mengatur strategi bagi bersaing dalam AKI 2026.

MEPN Working Group 4 convened an online program development session to further discuss and refine the upcoming Risk Workshop Series. The session focused on aligning content with industry needs, confirming key themes, and strengthening delivery strategies to support M&E companies in building resilient, risk-aware operations. This collaborative effort marks a critical step toward enhancing sector-wide preparedness and productivity. The series aims to equip SMEs with comprehensive risk management strategies, introduce advanced financial innovations to improve resilience, and foster digital transformation through solutions such as MES and ERP. It also seeks to align SME practices with sustainability goals for competitive advantage and strengthen collaboration among SMEs, financial institutions, technology providers, and policymakers.