Sesi Libat Urus Bersama UTP, Seri Iskandar
Sesi Libat urus ini bertujuan memberikan pemahaman mendalam mengenai Program Persekitaran Berkualiti QE 5.0 kepada pengurusan UTP. Sesi dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ir. M. Fatimie Irzaq Khamis, Pengarah LMG, yang menekankan kepentingan kerjasama strategik antara industri dan akademia.
Taklimat pelaksanaan QE 5.0 yang disampaikan oleh En. Mokhzani Aris Mohd Yusoff turut menjelaskan prinsip asas QE 5.0 serta kepentingannya dalam meningkatkan kecekapan operasi dan nilai tambah organisasi selaras dengan agenda kelestarian dan inovasi.
UTP kini diiktiraf sebagai universiti nombor satu di Malaysia dan universiti swasta terbaik di ASEAN berdasarkan THE Asia University Ranking. Kejayaan ini hasil komitmen tinggi UTP dalam R&D yang menyokong teknologi mampan. UTP juga komited untuk menjadi universiti pertama dipersijilkan QE 5.0 dan Penasihat Teknologi kepada firma swasta bagi membantu adaptasi teknologi dan digitalisasi dalam mewujudkan organisasi yang lestari. Selain itu, UTP bersedia menyertai Program Specialist QE 5.0 dan akan memohon untuk berkolaborasi dengan MPC melalui satu jalinan strategik berbentuk Memorandum of Agreement (MOA).
Secara keseluruhan, lawatan ini mencerminkan potensi besar UTP dalam memacu QE 5.0 di sektor pendidikan dan industri. Dengan kepakaran dan komitmen terhadap inovasi, UTP mampu menjadi pemangkin utama dalam mewujudkan persekitaran kerja yang produktif, efisien, dan mampan selaras dengan Agenda RMK13.
#QE5.0
#MPC
#MPCProductivity
#MalaysiaProduktif
#MemacuProduktivitiNegara
#Meneraju Teknologi, Memelihara Kelestarian, Memacu Produktiviti
Quick Share Links

Community-Based Tourism (CBT) is no longer just about preserving culture and welcoming guests — it is fast becoming a strategic lever for productivity growth in rural and local communities. At the CBT Conference & Expo 2025, organised by the Sabah Tourism Board (STB) and United Nation Development Program (UNDP) Malaysia, supported by the Malaysia Productivity Corporation (MPC) and the Tourism Productivity Nexus (TPN), over 300 delegates from all over Malaysia, and speakers from Thailand, Indonesia, and Taiwan came together to explore how CBT drives inclusive, sustainable, and productive development. What CBT Delivers for Productivity: - Higher Local Income – Villagers in CBT destinations now earn from RM2,000 up to RM5,000/month per household from tourism-related activities. - Job Creation – New employment opportunities in guiding, homestays, food, crafts, and transport. - Local Ownership – Productivity is strengthened when communities manage and co-create their own tourism offerings. - Reduced Migration – Youth are staying, innovating, and contributing locally. - Policy Dialogue – Greater alignment on regulatory reforms to support CBT infrastructure and licensing. Outcomes of the Conference: * CBT recognised as a proven model for increasing economic participation and community resilience * Commitment to regional collaboration through a CBT knowledge-sharing network * Calls for investment in digital capacity, training, and market access to improve CBT productivity MPC and TPN are proud to champion CBT as a national productivity tool, where tourism uplifts not just visitors, but the very communities that host them. #SayangiMalaysia #ProductiveTourism #TPN #MPC #MalaysiaProduktif #DrivingProductivityoftheNation

Mesyuarat Transformasi Industri Pelancongan yang berlangsung pada 25 Jun 2025 telah berjaya mencapai beberapa pencapaian penting. Antara hasil utama yang dikenalpasti ialah sejumlah isu yang dibangkitkan oleh para pemain industri sebelum ini telah mendapat maklum balas awal daripada pihak berkuasa berkaitan. Ini menandakan satu kemajuan signifikan ke arah penyelesaian isu secara inklusif. Beberapa platform juga telah dikenalpasti untuk membawa isu-isu ini ke hadapan, selaras dengan usaha meningkatkan produktiviti industri pelancongan secara menyeluruh dan berimpak tinggi. Mesyuarat ini yang dipengerusikan bersama oleh Dr. Mohamad Norjayadi Tamam, Timbalan Ketua Pengarah MPC, dan Encik Rohizam Md Yusoff, Champion TPN, turut berfungsi sebagai platform strategik yang mengukuhkan kolaborasi antara wakil industri dan agensi kerajaan dan telah dihadiri oleh 31 kementerian dan agensi serta 14 wakil industri. Perbincangan terbuka antara pelbagai pihak telah menghasilkan idea-idea bernas dalam merangka penyelesaian lebih berkesan demi merancakkan pertumbuhan sektor pelancongan negara. #SayangiMalaysia #ProductiveTourism #TPN #MPC #MalaysiaProduktif #DrivingProductivityoftheNation

Sesi ini telah dihadiri oleh YBrs. En. Alan Chua Ming Ling, Timbalan Pengarah Tanah dan Ukur (Tanah), bersama pegawai-pegawai daripada Jabatan Tanah dan Ukur (JTU). Perbincangan ini bertujuan untuk meneliti secara lebih mendalam inisiatif penambahbaikan terhadap proses permohonan tanah sedia ada, khususnya dengan matlamat untuk mengurangkan tempoh masa kelulusan permohonan tanah bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam. Dalam sesi tersebut, pihak JTU telah bersetuju untuk melaksanakan satu Bengkel Pemetaan Proses Permohonan Tanah di Sabah dalam masa terdekat sebagai langkah susulan. Bengkel ini dijangka memberi ruang kepada pemetaan semula aliran kerja sedia ada serta mengenal pasti potensi penambahbaikan yang lebih menyeluruh dan bersasar. #SabahProduktifSabahMajuJaya

Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Zahid Ismail, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan bertujuan untuk mengumpul, menganalisis serta mengkaji secara mendalam data senario dan prestasi semasa projek-projek RKB di Sabah. Dalam usaha mempertingkatkan keberkesanan perbincangan, teknologi Kecerdasan Buatan (AI) seperti ChatGPT turut dimanfaatkan bagi membantu peserta memahami isu dan mengenal pasti penyelesaian secara lebih menyeluruh dan berstruktur. Para peserta yang dibimbing dalam bengkel ini terdiri daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) Sabah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah. Selain itu, terdapat dua (2) lagi projek baharu yang sedang dalam proses pendaftaran, iaitu daripada Majlis Perbandaran Penampang (MPP) dan Majlis Daerah Putatan (MDP). Sepanjang bengkel ini, peserta terlibat secara langsung dalam aktiviti analisis mendalam (deep dive) terhadap isu dan cabaran utama yang dihadapi oleh projek masing-masing berdasarkan data semasa dan senario pelaksanaan di lapangan. Sila tonton sorotan video dan gambar semasa bengkel ini melalui Akaun Tiktok MPC SBO . #SabahproduktifSabahMajuJaya

Sesi ini telah dimulakan dengan Ucapan Alu-aluan oleh YBrs. En. Edward Binty, Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sabah . Seramai 65 orang peserta telah menghadiri sesi ini yang terdiri daripada pelbagai pemain industri yang terlibat secara langsung dalam proses permohonan PKE, PKM dan PLIK di Sabah. Sesi ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada pihak industri berkenaan isu/cabaran sebenar yang dihadapi semasa proses permohonan pas kerja tersebut. Selain mengenal pasti isu-isu semasa, sesi ini juga memberi ruang kepada peserta untuk mencadangkan penambahbaikan terhadap dasar dan prosedur sedia ada. Antara isu yang dibangkitkan termasuk kekangan dari segi masa pemprosesan, syarat permohonan, keseragaman dokumen, serta keperluan pemudahcara antara agensi terlibat. Secara keseluruhannya, sesi libat urus ini berperanan sebagai platform yang efektif untuk memperkukuh kerjasama awam-swasta dalam membentuk satu sistem permohonan pas kerja yang lebih telus, cekap dan mesra industri di Sabah. Dapatan daripada sesi ini akan diguna pakai sebagai input tambahan dalam penyediaan akhir draf garis panduan dan cadangan penambahbaikan yang komprehensif. Sila tonton sorotan video dan gambar semasa bengkel ini melalui Akaun Tiktok MPC SBO . #SabahProduktifSabahMajuJaya

Bengkel ini telah dimulakan dengan Ucapan Alu-aluan oleh YBrs. En. Mohammad Zaid Yusof, Ketua Penolong Setiausaha, Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri, Sabah . Seramai 65 orang peserta mewakili 21 Kementerian, Jabatan dan Agensi peringkat Persekutuan dan Negeri telah menghadiri bengkel ini. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk membincangkan mengenai input Draf Garis Panduan Permohonan Pas Kerja di Sabah dan mencadangkan penambahbaikan bagi dasar dan prosedur semasa yang diguna pakai dalam proses permohonan PKE, PKM dan PLIK di negeri Sabah. Perbincangan telah memberi tumpuan kepada aspek seperti penyeragaman dokumen sokongan, pemendekan tempoh pemprosesan permohonan, pengukuhan peranan agensi teknikal, serta penambahbaikan mekanisme pemantauan dan penyelarasan antara agensi. Selain itu, beberapa cabaran semasa dalam pelaksanaan prosedur juga telah dikenal pasti bersama cadangan penyelesaiannya secara kolektif oleh para peserta. Secara keseluruhan, bengkel ini telah berjaya mencapai objektifnya sebagai platform libat urus pelbagai pihak berkepentingan bagi menambah baik sistem permohonan pas kerja di Sabah. Dapatan daripada sesi ini akan digunakan sebagai input dalam penyediaan draf garis panduan dan pertimbangan penambahbaikan dasar sedia ada sebelum dimuktamadkan. Sila tonton sorotan video dan gambar semasa bengkel ini melalui akaun Tiktok MPC SBO . #SabahProduktifSabahMajuJaya

Perbincangan ini bertujuan untuk membincangkan mengenai persediaan dokumen berkaitan, Atur Cara terkini, pengagihan kumpulan bagi Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang akan hadir, dan hal-hal lain bagi persediaan Bengkel Pembangunan Draf Garis Panduan dan Cadangan Penambahbaikan Dasar & Prosedur Permohonan Pas Kerja Ekspatriat (PKE), Pas Kerja Malaysia (PKM) dan Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK) di Sabah yang akan diadakan pada 16 - 17 Jun 2025 (Isnin - Selasa) dan Sesi Libat Urus Bersama Pihak Berkepentingan Mengenai Cabaran Yang Dihadapi Semasa Permohonan Pas Kerja Ekspatriat (PKE), Pas Kerja Malaysia (PKM) Dan Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK) Di Sabah pada 18 Jun 2025 (Rabu). Bengkel pertama akan membincangkan mengenai input Draf Garis Panduan Permohonan Pas Kerja di Sabah dan cadangan penambahbaikan bagi Dasar dan prosedur sedia ada yang terlibat dalam proses permohonan PKE, PKM dan PLIK di Sabah dan SLU bersama pihak berkepentingan bagi mendapatkan maklum balas, pandangan dan cabaran yang dihadapi oleh pihak berkepentingan semasa memohon PKE, PKM dan PLIK di Sabah serta cadangan penambahbaikan untuk menambah baik proses permohonan pas kerja sedia ada. #SabahProduktifSabahMajuJaya

Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Zahid Ismail, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) , serta turut dihadiri oleh En. Mohammed Alamin Rehan. Bengkel ini merupakan salah satu inisiatif utama dalam menyokong agenda reformasi sektor perkhidmatan awam di peringkat negeri Sabah. Pelaksanaan sesi ini bertujuan memberikan panduan dan bimbingan teknikal kepada agensi-agensi kerajaan dalam mengenal pasti dan menambah baik proses penyampaian perkhidmatan masing-masing. Para peserta terdiri daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) Sabah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP) yang diwakili oleh Majlis Perbandaran Penampang, Majlis Daerah Tuaran dan Majlis Daerah Putatan serta wakil daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah. Sepanjang sesi bimbingan ini, para peserta telah didedahkan kepada kaedah mengenal pasti maklumat asas dan pemetaan proses serta prosedur semasa bagi organisasi masing-masing. Mereka turut dibimbing dalam merangka penyataan masalah yang menjadi asas kepada pelaksanaan projek RKB. Satu elemen signifikan dalam sesi ini ialah penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) sebagai alat bantu dalam proses pembangunan komponen projek. Pendekatan ini membolehkan peserta memperoleh gambaran yang lebih sistematik dan berasaskan data, selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi serta tadbir urus yang cekap dan berintegriti. Sila tonton sorotan video dan gambar semasa bengkel ini melalui akaun Tiktok MPC SBO . #SabahProduktifSabahMajuJaya