Sesi Libat Urus Pembangunan Bekalan Air Bersama Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Pahang | 18 Oktober 2024
Sesi libat urus pembangunan bekalan air bersama YB Dato' Mohamad Nizar bin Dato' Sri Mohamad Najib telah disampaikan oleh YH Dato’ Saiful Zaini bin Mohd Bokhari, Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang. Turut hadir adalah wakil agensi seperti BPEN, MIDA, dan Invest Pahang, termasuk MPC yang turut dijemput bagi mendengar dan meneliti perancangan tersebut.
Sesi ini menjelaskan perancangan menyeluruh untuk pembangunan bekalan air yang meliputi empat daerah utama di Pahang, iaitu Kuantan, Pekan, Temerloh, dan Bentong. Usaha ini bertujuan memastikan ketersediaan bekalan air yang mencukupi serta pembangunan infrastruktur kritikal bagi menyokong dan menarik pelaburan strategik ke Pahang.
Projek menaiktaraf tangki air Bukit Kelulut juga mula dilaksanakan dan dijangka siap pada September 2025 bagi memenuhi pembangunan Projek Pembinaan Pantas Hospital Swasta di Temerloh. Langkah ini bukan sahaja mengukuhkan kemampanan bekalan air, tetapi juga meningkatkan produktiviti dan daya saing dalam menarik pelabur domestik dan antarabangsa, sekaligus merangsang pertumbuhan ekonomi Pahang.
Quick Share Links

The second class of the Operational Excellence through A.I. Upskilling Programme, focused on Maintenance & Downtime, was successfully conducted, aimed to equip upstream automotive companies with practical AI capabilities to drive productivity improvements. This hands-on training brought together technicians, supervisors, and data collection staff from the Perodua ecosystem to explore how no-code AI tools, such as Gemini and AppSheet, can be applied to identify downtime patterns and enhance maintenance practices. Session highlights included the application of actual company data in demonstrating real-world AI usage, interactive demos on predictive maintenance, and active participation from attendees—reflecting strong interest and readiness to embed AI into daily operational processes. This initiative reaffirms the shared commitment of MPC to foster a culture of continuous improvement and position AI as a key enabler of long-term competitiveness in the automotive sector.

Lanjutan sesi libat urus berkaitan Protokol Tindakan Kawalan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang telah diadakan pada 15 April 2025, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang telah melaksanakan satu sesi pemantauan ke atas pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) kawalan HFMD di sebuah tadika yang merupakan ahli Persatuan Pengusaha Industri Pendidikan Pulau Pinang (PPIPPP). Sesi ini disertai oleh wakil-wakil dari Bahagian Kawalan Penyakit Berjangkit dan Bahagian Inspektorat & Perundangan, JKN Pulau Pinang; Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut; serta wakil dari MPC Wilayah Utara. Sesi pemantauan ini diketuai oleh Dr. Noor Farhana binti Mohd Fathil, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Kawalan Penyakit Berjangkit), JKN Pulau Pinang. Tujuan utama sesi ini adalah untuk menilai tahap pematuhan terhadap garis panduan kawalan HFMD di peringkat institusi pendidikan awal kanak-kanak, serta mengenal pasti cabaran operasi yang dihadapi oleh pengusaha tadika ekoran peningkatan kes jangkitan. Dapatan daripada sesi pemantauan ini akan dianalisis secara menyeluruh oleh pasukan JKN Pulau Pinang dan akan digunakan untuk merangka tindakan susulan yang bersifat menyeluruh dan inklusif, bagi menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh PPIPPP serta memastikan kelangsungan operasi tadika dalam suasana yang selamat dan terkawal.

Sesi Bimbingan RKB Kedah bersama MPLBP yang diketuai oleh Arkitek, Encik Muhamad Hisham Zainal Abidin sedang melaksanakan Projek Meningkatkan Pematuhan Pelesenan bagi Premis Tanpa Kelulusan melalui Caj Penguatkuasaan. Projek ini bertujuan mewujudkan sistem pelesenan yang lebih tersusun dan berkesan, sekali gus meningkatkan tahap pematuhan dalam kalangan pengusaha premis yang beroperasi tanpa kelulusan. Pendekatan ini dilaksanakan melalui pelaksanaan caj penguatkuasaan, bagi menggalakkan pemilik premis mendapatkan lesen yang sah. Pada masa ini, projek tersebut sedang berada dalam fasa ujikaji yang melibatkan sebanyak 150 buah premis di Langkawi. #MemacuProduktivitiNegara

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah dijemput untuk menyampaikan Taklimat mengenai pelaksanaan inisiatif Akademi Dalam Industri (ADI) serta berkongsi program-program lain selain ADI yang dijalankan oleh MPC di Mesyuarat Malaysia Water Industry Human Resources (MyWINHR) Bil. 1/2025. Mesyuarat ini menghimpunkan Ketua-Ketua Jabatan Sumber Manusia sektor air dari seluruh negeri, termasuk Sabah dan Sarawak. Program telah dianjurkan oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA) dan dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan Osman. Program dimulakan dengan taklimat oleh pihak HRD Corp, diikuti dengan sesi pembentangan ADI oleh Encik Mohd Khairil Anuar Amir Hamzah, Pengurus Kanan MPC Wilayah Utara. SADA merupakan antara syarikat di Negeri Kedah yang telah mengambil bahagian di dalam inisiatif ADI di mana seramai 20 orang bakat SADA sedang menjalani Pembelajaran Kemahiran dalam Bidang Perkhidmatan Operasi dan Rawatan Air (Tahap 2). #MemacuProduktivitiNegara

Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Dato' Salbiah Mohamed, Pengerusi JK Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, dan telah dihadiri oleh seramai 45 ahli mewakili agensi kerajaan negeri dan persekutuan. Agenda meliputi pembentangan laporan dan cadangan pelaksanaan program, kertas pembentangan dari Institut Darul Ridzuan (IDR), cadangan penambahbaikan program bagi meningkatkan produktiviti perniagaan dan lain-lain isu berkaitan keusahawanan di Negeri Perak. Sepanjang tahun 2024, keseluruhan sebanyak 256 program keusahawanan telah berjaya dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM402.2 juta, dan telah memberi manfaat kepada 110,137 usahawan merangkumi pelbagai kategori serta peringkat perniagaan. Hasil mesyuarat, sebanyak 5 fokus group dibangunkan iaitu FG Kluster Pinjaman, FG Kluster Perluasan Pasaran, FG Kluster Geran, FG Kluster Sederhana, dan FG Kluster Mikro, Penjaja Kecil & Informal. Penubuhan kumpulan ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan program-program keusahawanan yang lebih bersasar, inklusif dan bersepadu. #MemacuProduktivitiNegara

The AI Transformation Programme, titled "Generative AI: Fuelling the Next Wave of Productivity & Growth for Automotive", was successfully held at MPC KL. Organised by the Automotive Productivity Nexus (AutoPN) in collaboration with Digital Productivity Nexus (DPN), this class focused on introducing automotive industry players to the practical capabilities and strategic value of Generative AI. The session featured key topics such as understanding generative AI’s potential, productivity impact, deployment of no-code AI applications, and real-world use cases. Participants also engaged in an interactive hands-on demo using tools like Gemini and AppSheet, reinforcing the application of AI in day-to-day operations. This class was designed to spark awareness and encourage adoption of generative AI technologies as part of broader productivity transformation initiatives. The strong engagement and insightful exchanges during the session reflect growing interest among industry players to explore AI as a competitive enabler for the future of automotive manufacturing.

Sesi perbincangan bersama pakar industri telah diadakan bagi memperhalusi proses kelulusan keperluan teknikal dalam pembinaan kilang farmaseutikal. Perbincangan ini bertujuan memastikan setiap keperluan teknikal diteliti dengan lebih mendalam demi mempercepatkan kelulusan projek pembinaan kilang farmaseutikal di Malaysia. Sebagai langkah seterusnya, PPN akan menganjurkan Bengkel Pengharmonian Keperluan Teknikal bagi Pembinaan Kilang Farmaseutikal. Bengkel ini akan mengumpulkan input serta membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh industri, khususnya berkaitan proses mendapatkan kelulusan daripada pihak BOMBA.

Tarikh: 29 April 2025 Masa: 11.15 pagi Tempat: MPC Kuala Lumpur Sesi perbincangan bersama SAMENTA telah diadakan untuk merancang pelaksanaan Pesta AI yang bertujuan memberi kesedaran kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam mengadaptasi penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam operasi perniagaan. Kerjasama strategik ini bertujuan membantu PKS lebih bersedia menghadapi cabaran ekonomi digital. Program ini dijangka dapat memberi peluang kepada PKS untuk mempelajari dan mencuba sendiri teknologi AI melalui pendekatan yang praktikal dan inklusif. Kehadiran SAMENTA 1. Datuk William Ng, National President/ Champion RFBPN 2. En. Christopher Ng, Pengerusi, Biro Pendigitalan 3. En. Henry Tye, Pengerusi Penganjur, Pesta AI 2025 4. En. Syukri Mazli - Pegawai Khas Presiden MPC 1. Dr. Halimahton Sa'diah Let, Pengarah 2. En. Aiman Zakwan Zahari, Pengurus 3. Pn. Nor Adira Adnan, Penolong Pengurus 4. Cik Putri Nabila Mustafa Kamal