Sesi Libat Urus Program Pengurusan Kecekapan Tenaga dan Pelaksanaan Piawaian Malaysia (MS) 1525 serta Pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam Selangor (UKBSS) 1986 Seksyen 38A
Sesi Libat Urus Program Pengurusan Kecekapan Tenaga dan Pelaksanaan Piawaian Malaysia (MS) 1525 serta Pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam Selangor (UKBSS) 1986 Seksyen 38A | 23 & 24 Januari 2025
Sesi libat urus produktif mengenai pengurusan kecekapan tenaga (MS1525) dan pindaan UKBSS 1986 Seksyen 28A telah diadakan untuk merangka polisi kecekapan tenaga di bangunan Kerajaan Negeri Selangor, swasta, dan industri, serta mengintegrasikan amalan ini dalam pembangunan negeri bagi keseimbangan ekonomi, sosial, dan alam sekitar. Pada masa yang sama, usaha ditumpukan untuk meningkatkan kesedaran dan pendidikan rakyat Negeri Selangor mengenai kepentingan serta manfaat penggunaan tenaga secara cekap melalui pelaksanaan program, kempen, dan insentif yang berkesan.
Semasa sesi diadakan, SEDA Malaysia telah menekankan kepentingan peranan MS1525 dalam memperkukuh kecekapan tenaga secara meluas dalam sektor pembinaan untuk mencapai keberkesanan tenaga. MPC yang diwakili oleh En. Mohd Yazid Abdul Majid pula berkongsi mengenai sumbangan inisiatif kecekapan tenaga kepada produktiviti nasional dan menyokong pelaksanaan pindaan UKBSS melalui kerjasama dengan pelbagai pihak dan mempromosikan amalan terbaik dalam pengurusan tenaga.
Suruhanjaya Tenaga pula juga telah menggariskan status semasa pelaksanaan kecekapan tenaga di bangunan awam dan komersial sambil menekankan kepentingan penguatkuasaan undang-undang untuk memastikan pelaksanaan yang lebih berkesan. MBPJ selaku PBT perintis telah berkongsi pengalaman, cabaran, dan penyelesaian mereka dalam melaksanakan inisiatif kecekapan tenaga di bangunan milik mereka.
Dalam sesi perbincangan berkumpulan, para peserta berkongsi pandangan mengenai strategi pelaksanaan, isu dan cabaran yang dihadapi, serta aspek perundangan. Antara cadangan utama adalah keperluan pindaan UKBSS dan memastikan pelaksanaannya lebih inklusif. Perbincangan juga merangkumi cadangan insentif yang dapat diberikan kepada pihak berkaitan untuk menyokong usaha kecekapan tenaga. Selain itu, strategi untuk membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi turut diketengahkan sebagai langkah penting untuk memastikan kejayaan jangka panjang.
Seterusnya, Program Pengurusan Kecekapan Tenaga dan Pelaksanaan Piawaian Malaysia (MS) 1525 dirancang akan dilancarkan pada Jun 2025.
Quick Share Links

UiTM Sarawak telah membentangkan cadangan Sistem Digital Permohonan Pembiayaan Aktiviti Akademik Pelajar di bawah inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB). Sistem ini bertujuan memudah cara proses permohonan secara atas talian, meningkatkan ketelusan penyaluran dana, serta memfokuskan pembiayaan kepada aktiviti berimpak tinggi yang menyumbang kepada pembangunan pelajar berkualiti dan relevan. Inisiatif ini selaras dengan agenda reformasi tadbir urus digital ke arah penyampaian perkhidmatan IPT yang lebih cekap, telus dan responsif. #SarawakProduktif #RKB #UiTMSarawak #ProduktivitiNegara

MPC Wilayah Sarawak telah dijemput sebagai panel penilai untuk menilai projek penambahbaikan yang berinovasi dalam menyelesaikan masalah sebenar di lapangan dan memberi impak nyata kepada keberkesanan perkhidmatan. Projek yang dibentangkan menunjukkan peningkatan kecekapan operasi seperti penggunaan AI, pengurangan beban fizikal anggota, pemendekan masa respons, penjimatan kos dan sumber, serta penambahbaikan aspek keselamatan dan kebajikan. Usaha ini turut menyumbang kepada pengukuhan imej JBPM di mata masyarakat. #SarawakProduktif #InovasiPerkhidmatanAwam #ReformasiKerenahBirokrasi #MalaysiaMADANI

Community-Based Tourism (CBT) is no longer just about preserving culture and welcoming guests — it is fast becoming a strategic lever for productivity growth in rural and local communities. At the CBT Conference & Expo 2025, organised by the Sabah Tourism Board (STB) and United Nation Development Program (UNDP) Malaysia, supported by the Malaysia Productivity Corporation (MPC) and the Tourism Productivity Nexus (TPN), over 300 delegates from all over Malaysia, and speakers from Thailand, Indonesia, and Taiwan came together to explore how CBT drives inclusive, sustainable, and productive development. What CBT Delivers for Productivity: - Higher Local Income – Villagers in CBT destinations now earn from RM2,000 up to RM5,000/month per household from tourism-related activities. - Job Creation – New employment opportunities in guiding, homestays, food, crafts, and transport. - Local Ownership – Productivity is strengthened when communities manage and co-create their own tourism offerings. - Reduced Migration – Youth are staying, innovating, and contributing locally. - Policy Dialogue – Greater alignment on regulatory reforms to support CBT infrastructure and licensing. Outcomes of the Conference: * CBT recognised as a proven model for increasing economic participation and community resilience * Commitment to regional collaboration through a CBT knowledge-sharing network * Calls for investment in digital capacity, training, and market access to improve CBT productivity MPC and TPN are proud to champion CBT as a national productivity tool, where tourism uplifts not just visitors, but the very communities that host them. #SayangiMalaysia #ProductiveTourism #TPN #MPC #MalaysiaProduktif #DrivingProductivityoftheNation

Ahli Jawatankuasa Nexus Produktiviti Farmaseutikal (NGC) telah bersetuju untuk meneruskan penubuhan Sub-Committee Biopharma Manufacturing sebagai langkah strategik memperkukuh sektor farmaseutikal negara, khususnya dalam bidang biofarmaseutikal. Hasil perbincangan yang merangkumi isu-isu utama berserta justifikasi, cadangan penyelesaian, pelan tindakan dan keutamaan pelaksanaan telah dikenal pasti sebagai asas strategik untuk memperkukuh keupayaan tempatan dan mempercepatkan Malaysia sebagai pengeluar tempatan utama produk biopharmaseutikal. Pendekatan ini dijangka menyumbang secara langsung kepada peningkatan produktiviti sektor, penjanaan pekerjaan berkemahiran tinggi, dan daya saing negara dalam rantaian nilai.biofarmaseutikal dunia.

Mesyuarat Transformasi Industri Pelancongan yang berlangsung pada 25 Jun 2025 telah berjaya mencapai beberapa pencapaian penting. Antara hasil utama yang dikenalpasti ialah sejumlah isu yang dibangkitkan oleh para pemain industri sebelum ini telah mendapat maklum balas awal daripada pihak berkuasa berkaitan. Ini menandakan satu kemajuan signifikan ke arah penyelesaian isu secara inklusif. Beberapa platform juga telah dikenalpasti untuk membawa isu-isu ini ke hadapan, selaras dengan usaha meningkatkan produktiviti industri pelancongan secara menyeluruh dan berimpak tinggi. Mesyuarat ini yang dipengerusikan bersama oleh Dr. Mohamad Norjayadi Tamam, Timbalan Ketua Pengarah MPC, dan Encik Rohizam Md Yusoff, Champion TPN, turut berfungsi sebagai platform strategik yang mengukuhkan kolaborasi antara wakil industri dan agensi kerajaan dan telah dihadiri oleh 31 kementerian dan agensi serta 14 wakil industri. Perbincangan terbuka antara pelbagai pihak telah menghasilkan idea-idea bernas dalam merangka penyelesaian lebih berkesan demi merancakkan pertumbuhan sektor pelancongan negara. #SayangiMalaysia #ProductiveTourism #TPN #MPC #MalaysiaProduktif #DrivingProductivityoftheNation

Sesi ini telah dihadiri oleh YBrs. En. Alan Chua Ming Ling, Timbalan Pengarah Tanah dan Ukur (Tanah), bersama pegawai-pegawai daripada Jabatan Tanah dan Ukur (JTU). Perbincangan ini bertujuan untuk meneliti secara lebih mendalam inisiatif penambahbaikan terhadap proses permohonan tanah sedia ada, khususnya dengan matlamat untuk mengurangkan tempoh masa kelulusan permohonan tanah bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam. Dalam sesi tersebut, pihak JTU telah bersetuju untuk melaksanakan satu Bengkel Pemetaan Proses Permohonan Tanah di Sabah dalam masa terdekat sebagai langkah susulan. Bengkel ini dijangka memberi ruang kepada pemetaan semula aliran kerja sedia ada serta mengenal pasti potensi penambahbaikan yang lebih menyeluruh dan bersasar. #SabahProduktifSabahMajuJaya

Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Zahid Ismail, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan bertujuan untuk mengumpul, menganalisis serta mengkaji secara mendalam data senario dan prestasi semasa projek-projek RKB di Sabah. Dalam usaha mempertingkatkan keberkesanan perbincangan, teknologi Kecerdasan Buatan (AI) seperti ChatGPT turut dimanfaatkan bagi membantu peserta memahami isu dan mengenal pasti penyelesaian secara lebih menyeluruh dan berstruktur. Para peserta yang dibimbing dalam bengkel ini terdiri daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) Sabah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah. Selain itu, terdapat dua (2) lagi projek baharu yang sedang dalam proses pendaftaran, iaitu daripada Majlis Perbandaran Penampang (MPP) dan Majlis Daerah Putatan (MDP). Sepanjang bengkel ini, peserta terlibat secara langsung dalam aktiviti analisis mendalam (deep dive) terhadap isu dan cabaran utama yang dihadapi oleh projek masing-masing berdasarkan data semasa dan senario pelaksanaan di lapangan. Sila tonton sorotan video dan gambar semasa bengkel ini melalui Akaun Tiktok MPC SBO . #SabahproduktifSabahMajuJaya

Sesi ini telah dimulakan dengan Ucapan Alu-aluan oleh YBrs. En. Edward Binty, Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sabah . Seramai 65 orang peserta telah menghadiri sesi ini yang terdiri daripada pelbagai pemain industri yang terlibat secara langsung dalam proses permohonan PKE, PKM dan PLIK di Sabah. Sesi ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada pihak industri berkenaan isu/cabaran sebenar yang dihadapi semasa proses permohonan pas kerja tersebut. Selain mengenal pasti isu-isu semasa, sesi ini juga memberi ruang kepada peserta untuk mencadangkan penambahbaikan terhadap dasar dan prosedur sedia ada. Antara isu yang dibangkitkan termasuk kekangan dari segi masa pemprosesan, syarat permohonan, keseragaman dokumen, serta keperluan pemudahcara antara agensi terlibat. Secara keseluruhannya, sesi libat urus ini berperanan sebagai platform yang efektif untuk memperkukuh kerjasama awam-swasta dalam membentuk satu sistem permohonan pas kerja yang lebih telus, cekap dan mesra industri di Sabah. Dapatan daripada sesi ini akan diguna pakai sebagai input tambahan dalam penyediaan akhir draf garis panduan dan cadangan penambahbaikan yang komprehensif. Sila tonton sorotan video dan gambar semasa bengkel ini melalui Akaun Tiktok MPC SBO . #SabahProduktifSabahMajuJaya