Sesi Pemetaan Isu New Deal for Business (NDFB): Penambahbaikan Proses dan Prosedur Pelan Pemajuan
Susulan daripada perbincangan isu berkaitan penambahbaikan proses dan prosedur pelan pemajuan yang diadakan pada 12 Jun di Kementerian Ekonomi, satu sesi pemetaan isu telah berjaya dijalankan pada 24 Jun. Sesi ini bertujuan untuk memahami, menganalisis, dan mencadangkan proses baharu serta mendapatkan maklum balas daripada agensi-agensi yang terlibat.
Sepanjang sesi ini, agensi-agensi yang hadir telah mengemukakan pelbagai isu teknikal dan ketidakcekapan dalam proses serta prosedur yang menjadi halangan kepada kelulusan pelan pemajuan. Antara isu yang dibangkitkan termasuk kelewatan dalam kelulusan, kekeliruan dalam keperluan dokumentasi, serta ketidakselarasan antara agensi yang terlibat. Perbincangan ini berpandukan Manual OSC 3.0 Plus sebagai rujukan untuk meningkatkan kompetensi sistem penyampaian prosedur dan proses dalam cadangan penambahbaikan pelan pemajuan.
Inisiatif penambahbaikan OSC 3.0 Plus termasuk pelaksanaan Industrial Green Lane, yang diadaptasi daripada Inisiatif E10, bagi mempercepatkan keseluruhan proses Manual OSC. Inisiatif ini bertujuan untuk mempercepatkan kelulusan pelan pemajuan dengan mengurangkan halangan teknikal dan prosedur. Hasil perbincangan juga telah bersetuju untuk mengadakan bengkel yang akan datang bersama Pihak Berkuasa Tempatan, agensi/jabatan teknikal, pemaju serta perunding profesional.
Kehadiran
1. MPC Associates
- Datuk Ar. Ezumi Harzani Ismail
- Pn. Aminah Abd Rahman
- Ir. Dr. Mohd Farid Aladdin
- Ir. Bashir Ahamed Maideen
- Pn. Mazmiha Mohamed
2. Wakil-wakil Kementerian/Agensi
- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
- PlanMalaysia
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
- Indah Water Konsortium
- Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd
- Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
- Jabatan Pengairan dan Saliran
- Jabatan Kerja Raya
- Lembaga Perancang Bandar Malaysia
- Lembaga Arkitek Malaysia
- Suhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
3. Pihak Berkuasa Tempatan
- Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya Melaka
- Dewan Bandaraya KL
- Majlis Bandaraya Seremban
4. Sekretariat NDFB Kementerian Ekonomi
5. Sekretariat NDFB MPC
6. Team NCS+GovTECH
Quick Share Links

Sesi perbincangan yang bersifat konstruktif telah diadakan bersama Pharmaceutical Association of Malaysia (PhAMA) bagi mengenal pasti peluang penambahbaikan dalam meningkatkan kecekapan proses pendaftaran produk farmaseutikal bagi kategori produk inovatif seperti Biologik dan New Chemical Entity (NCE). Perbincangan ini diperkukuh dengan analisis perbandingan tempoh dan proses pendaftaran antara Malaysia dan negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand, yang memberikan gambaran jelas mengenai potensi penambahbaikan terhadap prosedur sedia ada. Antara aspek yang diberi penekanan termasuklah penerapan digitalisasi, penyediaan senarai semak yang lebih terperinci, serta pelaksanaan penilaian yang lebih telus oleh pihak NPRA. Penekanan ini bertujuan melengkapi sistem regulatori sedia ada melalui penambahbaikan dari segi kejelasan dan kecekapan, di samping menggalakkan inovasi serta mempercepatkan akses kepada produk farmaseutikal penting. Dialog berterusan antara pihak berkepentingan merupakan elemen utama dalam memastikan ekosistem pendaftaran kekal responsif dan berpandangan ke hadapan. Kehadiran Wakil Industri: 1) Pharmaceutical Association of Malaysia (PhAMA) 2) Novartis Pharmaceuticals 3) AstraZeneca Sdn. Bhd. 4) Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. 5) Zuellig Pharma Sdn. Bhd. 6) Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

Bengkel ini bertujuan untuk menganalisis cadangan penambahbaikan proses kerja dan memperkukuh penyediaan laporan projek oleh Kementerian, Jabatan dan Agensi Negeri Sabah yang terlibat dalam inisiatif RKB. Antara peserta yang hadir terdiri daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) Sabah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP), Majlis Perbandaran Penampang (MPP), dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah. Sepanjang bengkel, peserta telah mengikuti sesi perkongsian, bimbingan teknikal, dan perbincangan kumpulan yang memberi tumpuan kepada penyediaan laporan projek dan pembentangan dapatan daripada kumpulan masing-masing. Antara pengisian utama termasuklah pengenalan kepada template pelaporan RKB yang seragam, penyusunan draf laporan mengikut fasa pelaksanaan, dan pembentangan 7 projek RKB terlibat. Menariknya, bengkel ini turut mengetengahkan elemen transformasi digital menerusi pendedahan kepada penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) sebagai alat bantu dalam penghasilan laporan yang merangkumi analisis data, penyusunan naratif dan simulasi cadangan penambahbaikan. Teknologi AI dikenal pasti mampu mempercepatkan proses penyediaan laporan dan meningkatkan tahap ketepatan serta kualiti penyampaian maklumat. Secara keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya meningkatkan kefahaman, kompetensi dan kesediaan peserta dalam menghasilkan laporan yang lebih komprehensif, sistematik dan selaras dengan objektif reformasi penyampaian perkhidmatan awam. Diharapkan perbincangan dan cadangan yang dikemukakan dapat diinstitusikan secara mampan oleh agensi masing-masing, sekaligus menyumbang kepada penambahbaikan berterusan sistem pentadbiran kerajaan Negeri Sabah yang lebih produktif, efisien, telus dan responsif. Sila tonton sorotan video dan gambar semasa bengkel ini melalui Akaun Tiktok MPC SBO . #SabahProduktifSabahMajujaya

Bengkel ini telah dimulakan dengan Ucapan Alu-aluan oleh Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sabah. Seramai 65 orang peserta telah menghadiri program ini, terdiri daripada pelbagai Kementerian/ Jabatan/ Agensi Persekutuan dan Negeri serta wakil industri. Objektif utama bengkel ini adalah untuk memperkasakan perancang dasar dan pegawai pelaksana di Sabah dalam membangunkan draf projek RKB berimpak tinggi menggunakan pendekatan Generative AI . Sepanjang bengkel, peserta telah diperkenalkan kepada asas penggunaan Generative AI termasuk teknik prompt yang berkesan, serta aplikasi praktikal seperti penulisan surat rasmi, laporan, ucapan, dan slaid pembentangan. Peserta turut didedahkan kepada kaedah penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pelbagai tugasan pentadbiran termasuk penyediaan minit mesyuarat, analisis data secara ringkas, serta penilaian dokumen seperti garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP). Pada akhir bengkel, peserta telah mengaplikasikan AI bagi menjana idea projek inovasi yang relevan dengan RKB berdasarkan cabaran sebenar di jabatan masing-masing dan membangunkan cadangan penambahbaikan yang memfokuskan kepada peningkatan produktiviti jabatan. Sila tonton sorotan video dan gambar semasa bengkel ini melalui Akaun Tiktok MPC SBO . #SabahProduktifSabahMajujaya

Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh YBrs. En. Mohammad Zaid Yusof, Ketua Penolong Setiausaha, Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (PHEDNP), Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah Sesi ini bertujuan untuk membincangkan dapatan dan cadangan penambahbaikan daripada bengkel terdahulu serta membuat persiapan rapi bagi pelaksanaan Bengkel Pemurnian Draf Garis Panduan dan Prosedur Permohonan PKE, PKM dan PLIK yang dijadualkan berlangsung pada Julai 2025. Antara perkara yang dibincangkan termasuk semakan dan pengemaskinian dokumen garis panduan, atur cara bengkel, tugasan ahli jawatankuasa, dan keperluan logistik lain. Sesi ini merupakan platform penting dalam usaha menyelaras dan menambah baik sistem permohonan pas kerja di Sabah secara lebih cekap, telus dan berkesan. #SabahProduktifSabahMajuJaya

Chemical Productivity Nexus (CPN) convened a focused discussion session on the UNECE-ADR Dangerous Goods Safety Adviser (DGSA) programme, aimed at reviewing its implementation progress and assessing the impact of the certification program. The session also explored strategic actions to scale the initiative at the national level. Discussions emphasized the importance of sustained collaboration among regulatory authorities, industry stakeholders, and training provider to drive consistent adoption of UNECE-ADR standards across Malaysia’s chemical sectors. To date, 26 professionals from the chemical industry and relevant regulatory bodies have successfully attained DGSA certification through this internationally recognized program. In recognition of this achievement, an official certification ceremony is scheduled for August, which will serve to honor their accomplishments and reinforce Malaysia’s commitment to building a competent, safety-driven workforce. This initiative marks a significant step forward in the national agenda to upskill and professionalize key players involved in the transport and handling of dangerous goods.

The meeting commenced with opening remarks delivered by Dr. Mazrina Mohamed Ibramsah, Deputy Director General of the Malaysia Productivity Corporation (MPC), setting the stage for the session. This was followed by a welcoming address from Dato' Ir. Abdul Rashid Musa, the AutoPN Nexus Champion, who emphasized the importance of continued collaboration to enhance productivity within the automotive sector. A key presentation was then delivered by industry representatives, focusing on efforts to support and strengthen the local automotive ecosystem. This was followed by updates from MPC’s AutoPN team, which highlighted progress under the Artificial Intelligence (AI) Transformation Programme and the Good Regulatory Practices (GRP) Programme, both of which are central to driving innovation and regulatory efficiency within the sector. The meeting concluded with closing remarks by En. Bakri Alias, AutoPN Co-Chair, who summarised the key takeaways and reiterated the commitment to strategic initiatives that will propel the sector forward in alignment with national productivity aspirations.

Tarikh: 18 Julai 2025, Jumaat Masa: 3.00 petang Platform: Microsoft Teams Perbincangan ini diadakan susulan inisiatif kerjasama strategik antara Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) melalui Retail and F&B Productivity Nexus (RFBPN) dan Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Wanita Bumiputera Sabah (IKSnita) bagi menyokong penganjuran First ASEAN Women Best Practices Conference yang menghimpunkan wakil wanita dari negara-negara ASEAN serta delegasi kehormat pelbagai institusi dan agensi kerajaan. Fokus utama adalah penglibatan MPC dalam sesi pembentangan khas bertemakan penerapan teknologi digital seperti kecerdasan buatan (AI) dalam usaha memperkasa keusahawanan wanita. Inisiatif ini sejajar dengan peranan RFBPN sebagai pemacu produktiviti dalam subsektor peruncitan serta makanan dan minuman melalui inovasi dan transformasi digital. Hasil perbincangan, MPC telah menyatakan komitmen untuk terlibat dalam persidangan ini menerusi pengisian sesi pembentangan yang memfokuskan kepada teknologi digital sebagai pemacu utama pembangunan keusahawanan wanita. Selain itu, MPC juga akan menyertai pameran dengan membuka booth bagi mempersembahkan demonstrasi penggunaan AI dalam meningkatkan kecekapan operasi perniagaan.

Sesi ini telah diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak dengan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) selaku Ketua Pegawai Reformasi (CRO) Negeri Perak. Sesi ini bertujuan untuk menyemak status pelaksanaan empat belas (14) projek RKB melalui pembentangan dari setiap ketua kumpulan projek dan mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada pihak CRO. Output: Sebanyak 8 projek dikenalpasti sebagai projek siap. Bagi keseluruhan projek RKB Perak, sebanyak 21 projek telah didaftarkan. Sehingga kini, sejumlah lima belas (15) projek RKB Perak telah berjaya disiapkan.YBhg. Dato’ turut menekankan keperluan untuk memantapkan pelaporan pelaksanaan bagi semua projek RKB, agar penyampaian laporan lebih jelas dan berkesan. Sebagai tindakan susulan, Bengkel Bimbingan #3 akan diadakan pada 11 hingga 13 Ogos 2025 bagi menyiapkan keseluruhan projek RKB Perak. #ReformasiKerenahBirokrasi #MemacuProduktivitiNegara