Penyediaan Input New Deal for Business (NDFB)
Perbincangan bersama Industri Farmaseutikal dalam mendapatkan cadangan penyelesaian bagi isu peraturan perniagaan
Lanjutan daripada sesi libat urus New Deal for Business (NDFB) bersama pemain industri di bawah Nexus Produktiviti yang diadakan pada 27 Februari 2024, sesi susulan ini dijalankan bagi mendapatkan input tambahan cadangan penyelesaian berkaitan isu dan cabaran yang dihadapi oleh industri farmaseutikal. Melalui sesi ini, dua (2) isu utama telah dibincangkan secara lebih terperinci iaitu QUEST System for Registration New Products/Drugs dan Lengthy Timeline of the Drug Listing Processes. Industri telah mengemukakan cadangan penyelesaian secara kolektif melalui Public-Private Partnership (PPP) dalam membangunkan sistem baharu QUEST5 bagi meningkatkan kecekapan dalam proses permohonan pendaftaran produk farmaseutikal. Cadangan penyelesaian ini akan dijadikan evidence based dalam penambahbaikkan peraturan perniagaan dalam meningkatkan produktiviti subsektor farmaseutikal.
Sesi ini telah dihadiri oleh 20 orang wakil pemain industri dari persatuan Malaysian Organisation of Pharmaceutical Industries (MOPI), Pharmaceutical Association of Malaysia (PhAMA) dan Malaysian Association of Pharmaceutical Suppliers (MAPS) dan sesi penutup oleh En Mohd Yazid Abdul Majid, Pengarah Bahagian Teknologi dan Pengurusan Moden, MPC.
Quick Share Links

Pelaksanaan kaedah ini dijangka dapat mengurangkan risiko kelewatan penyampaian notis, meningkatkan kadar bayaran kompaun dalam tempoh ditetapkan, serta menyokong amalan digitalisasi perbandaran ke arah perkhidmatan yang lebih efisien dan mesra rakyat. Langkah ini juga selari dengan usaha memperkukuh tadbir urus digital di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dalam menyokong matlamat Sarawak sebagai sebuah negeri pintar dan berdaya saing. #SarawakProduktif #RKB #DBKU

As a pilot, the productivity module will be introduced in Mechatronics and later expanded to other technical areas such as Electrical & Electronics, Air Conditioning, and Civil. As a way forward, a Train-the-Trainer session and a 1-day productivity workshop are also planned to ensure effective delivery. This initiative prepares future workers with the right mindset, skill sets, and competitive edge needed in high-performance industries. The upcoming Sarawak Skills Open Day (28 Oct – 1 Nov) will serve as a platform to promote this impactful initiative further. #SarawakProductive

Satu sesi simulasi telah berjaya dilaksanakan melibatkan pelaksanaan projek Ease of Doing Business (EODB) – Starting a Business Fasa 1 di Bahagian Sibu. Sesi ini melibatkan penggunaan sistem dan latihan lapangan yang berlangsung di kaunter Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terletak di UTC Sibu yang memberi peluang kepada peserta untuk memahami secara mendalam pengoperasian sistem serta isu-isu yang mungkin timbul dalam pelaksanaannya. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara #EODB

Perbincangan bersama Zecon Berhad Inisiatif ini dijangka menyumbang secara langsung kepada ekosistem pelaburan hijau, transformasi perbandaran pintar dan pencapaian matlamat Sarawak sebagai hab ekonomi digital dan mampan menjelang 2030.dan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) turut menyentuh keperluan penyelarasan pembangunan antara sektor awam dan swasta, khususnya dalam mengenal pasti lokasi sesuai untuk aktiviti pelaburan berimpak tinggi. #SarawakProduktif #KotaPetraGreenTechPark #TransformasiHijau #ProduktivitiNegara

Sesi semakan ini bertujuan meneliti semula proses kajian Bioequivalence (BE) yang dilaksanakan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) khusus untuk produk generik, termasuk generik pertama di Malaysia. Hasil semakan ini telah mengenal pasti beberapa ruang penambahbaikan dalam aspek kecekapan pemprosesan permohonan serta pematuhan terhadap keperluan regulatori semasa, yang akan dijadikan asas kepada cadangan pelaksanaan penambahbaikan proses BE.

The session together with ZICO, Shan Poornam & EEPN, MPC focused on identifying practical solutions for regulated import of recyclable materials to support the E&E industry. Discussions addressed traceability systems, regulatory concerns, and how to ensure safe and compliant operations. This initiative supports MPC’s goal to improve industry productivity by enabling a sustainable circular supply chain and positioning Malaysia as a competitive player in high-value electronics manufacturing.

Sesi Sidang Media Pelaksanaan Projek Rintis Reformasi Urusan Pendaftaran Perniagaan di Sibu, Sarawak
Outcome utama daripada projek ini adalah untuk memudahkan urusan pendaftaran perniagaan yang akan membantu mengembangkan ekonomi tempatan melalui penyertaan lebih ramai usahawan terutamanya daripada kalangan PKS. Secara keseluruhannya, projek ini dijangka meningkatkan kecekapan kerajaan, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri Sarawak. #SKOProduktif #MemacuProduktivitiNegara #EODB

Tarikh: 22 Julai 2025, Selasa Masa: 10.00 pagi Platform: Microsoft Teams Perbincangan strategik antara RFBPN dan Bumiputera Retailers Organization (BRO) diadakan bagi meneroka kerjasama dalam memperkasakan usahawan peruncitan dan F&B Bumiputera melalui penerapan teknologi digital, khususnya Kecerdasan Buatan (AI). Fokus utama adalah memanfaatkan AI sebagai pemacu transformasi perniagaan yang mampan dan berdaya saing. Beberapa cabaran utama yang dikenal pasti termasuk kekangan dalam adaptasi teknologi digital, persaingan dalam pasaran atas talian, serta kesukaran usahawan mempromosikan produk dan berinteraksi secara efektif dengan pelanggan melalui platform digital. Sebagai langkah susulan, RFBPN akan melaksanakan program Retail Artificial Intelligence Smart Evolution (RAISE) yang dirangka khusus untuk membantu usahawan meningkatkan kecekapan operasi dan strategi pemasaran digital. Program ini merangkumi pendedahan, latihan, dan bimbingan praktikal, serta pemantauan keberkesanan pelaksanaannya dalam perniagaan peserta.