Sesi Perbincangan Strategik bersama Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE) Sabah dan Usahawan Muda
Sesi Perbincangan Strategik bersama Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE) Sabah dan Usahawan Muda
Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs. En. Edward Binty, Pengarah MPC Wilayah Sabah. Beliau telah berkongsi inisiatif-inisiatif MPC yang telah dijalankan sepanjang tahun 2023 dan inisiatif yang akan dijalankan pada tahun ini.
MPC telah berkongsi mengenai inisiatif Productivity Grant
dan telah disambut baik oleh YBrs. En. Chan Loong Wei, Setiausaha Politik, Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE) Sabah. Beliau berhasrat untuk memanjangkan mengenai inisiatif tersebut kepada sektor Agro-food, Tourism
dan Professional Services.
Sesi ini turut dihadiri oleh Pegawai MPC Ibu Pejabat serta 7 orang Usahawan Muda yang terdiri daripada pengusaha-pengusaha industri.
Quick Share Links

Sesi bimbingan telah diadakan antara MPC Sarawak dengan UNIMAS dan UiTM Sarawak. Sesi tersebut merupakan perbincangan awal dalam penyediaan projek di bawah Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB). Pelaksanaan program ini merupakan sebuah kerjasama yang melibatkan institusi pengajian tinggi di Sarawak. Tuntasnya, langkah ini selaras dengan matlamat utama iaitu memperkasakan tadbir urus yang cekap, responsif dan mesra pengguna, seiring dengan aspirasi kerajaan dalam memperkasakan produktiviti negara melalui pengurangan beban peraturan dalam kalangan pemegang taruh agenda meningkatkan produktiviti negara khususnya di Sarawak. #sarawakProduktif #RKB #MemacuProduktivitiNegara

The A.I. Transformation Class 1 was successfully completed with the participation of 18 attendees representing 9 companies, marking a strong start to the programme. Organized by the Automotive Productivity Nexus (AutoPN) in strategic collaboration with Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua), this class aims to build AI competencies, enhance productivity, and embed a culture of continuous improvement within the automotive ecosystem. The module was developed in response to Perodua’s emphasis on the critical need for accurate data collection, a foundation for driving productivity improvements across the intended ecosystem. Moving forward, several potential AI projects will be identified for enterprise-level implementation, with an expected outcome of boosting operational efficiency by up to 25%.

Perbincangan ini bertujuan untuk menyelaras persiapan bengkel yang melibatkan agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja, dan beberapa Kementerian/ Agensi yang lain. Antara perkara utama yang dibincangkan adalah mengenai draf Atur Cara, senarai jemputan, dokumen berkaitan logistik dan hal-hal lain bagi persediaan Bengkel Pemetaan Proses Permohonan Ekspatriat dan Pas Kerja Malaysia di Sabah yang akan diadakan pada 21 & 22 Mei 2025 (Rabu & Khamis). Bengkel ini akan memfokuskan kepada pemetaan proses semasa dan cadangan penambahbaikan bagi memudahkan urusan permohonan ekspatriat dan pas kerja di Sabah. #SabahProduktifSabahMajuJaya

Mesyuarat Pengurusan Delivery Management Office (DMO) Bil. 4/2025 telah diadakan pada 25 April 2025. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Mazrina Mohamed Ibramsah, Timbalan Ketua Pengarah MPC. Turut hadir adalah pegawai-pegawai dari Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Ekonomi (KE), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), SIRIM dan MPC Ibu Pejabat dan Wilayah. Sebanyak dua Nexus Produktiviti telah membuat pembentangan masing-masing-masing bertajuk “Tech-Up Financing Programme” oleh AeroPN dan “Empowering Professionals through Productivity in Context Programme” oleh PSPN. Di antara perkara lain yang dilaporkan oleh Nexus Produktiviti bersama Seksyen Daya Saing Negara adalah projek masing masing sehingga bulan April 2025 bagi peringkat nasional, sektoral dan enterpris. Mesyuarat juga membentangkan status Mesyuarat Nexus Governing Committee (NGC) yang telah dija

Program Productivity in Context (PiC) ini dirangka untuk memperkukuh keupayaan daya saing sektor menerusi pendekatan produktiviti yang lebih teratur. Sektor perniagaan juga dapat memanfaatkan teknologi terkini, meningkatkan keuntungan, kecekapan serta produktiviti syarikat yang akhirnya membantu dalam peningkatan daya saing negara. PiC juga menekankan penambahbaikan dalam pengurusan, penerapan teknologi serta digitalisasi, dan inovasi proses yang mampu meningkatkan kecekapan operasi dan tenaga kerja syarikat. MPC melaksanakan kolaborasi Strategik bersama Frontier : 1. Plus Malaysia Berhad 2. Composites Technology Research Malaysia (CTRM) 3. Duopharma Biotech Berhad 4. KPJ Rawang Specialist Hospital 5. IJM Corporation Berhad 6. Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) 7. FGV Holdings Berhad 8. Prime Lux Energy Program ini menyasarkan peningkatan tahap produktiviti dan kecekapan dalam kalangan 400 vendor, pembekal dan pelanggan yang bernaung serta rantaian nilai syarikat Frontier . Inisiatif ini berupaya memberi kesan positif terhadap keseluruhan ekosistem perniagaan syarikat-syarikat terlibat, seterusnya menyokong usaha Malaysia untuk memperkukuh kedudukan dalam amalan pengurusan dan adaptasi teknologi di peringkat antarabangsa. Selanjutnya, MPC akan melaksanakan penilaian diagnostik perniagaan dan analisis produktiviti yang komprehensif berdasarkan data dan maklumat yang dikemukakan oleh syarikat-syarikat di bawah naungan Frontier . Penilaian ini akan memberi tumpuan kepada isu serta cabaran operasi yang dikenal pasti sebelum pelaksanaan inisiatif melalui pendekatan Amalan Pengurusan Moden.

One of the key challenges in adopting technology among Malaysian enterprises, particularly mid-sized and smaller companies, lies in their level of readiness and acceptance. Many businesses remain hesitant due to limited exposure to digital tools and concerns about complexity, cost, and implementation capacity. This gap continues to hinder broader digital transformation and the realization of productivity gains at the national level. To address this, the proposed A.I. for Productivity Transformation learning sessions are designed to introduce practical and accessible AI tools tailored to the needs of these companies. The sessions will focus on building understanding and confidence in using AI, enabling participants to streamline operations, improve efficiency, and embrace innovation. This initiative aims to empower more businesses to move forward in their digital journey—driving productivity transformation across sectors.

Bertemakan “Environmental, Sustainability, Economic Prosperity and Inclusive Society”, PSIEA 2025 secara rasminya telah dilancarkan hari ini di Auditorium TEGAS Digital Village, Sama Jaya High Tech Park. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Datuk Malcom Mussen Lamoh, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak yang mewakili YBhg Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak. PSIEA 2025 menyasarkan penyertaan 50 syarikat dari pelbagai sektor di seluruh Sarawak, sejajar dengan usaha memperkasakan ekosistem industri berdaya saing, mampan dan inklusif. Inisiatif ini juga merupakan platform pengiktirafan kepada syarikat tempatan yang cemerlang dalam aspek produktiviti, inovasi dan amalan lestari. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara #PSIEA2025