Sesi Produktif Bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang
Kunjungan hormat dan sesi produktif bersama Tuan Mohd Asri Bin Seman, Pengarah Kastam Negeri Pahang. Perbincangan adalah berkaitan pelaksanaan inisiatif SMARTGPB di Pahang dalam meningkatkan kecekapan penyampaian yang dapat memberikan manfaat kepada pejabat Kastam dan juga pemain industri. Pengarah Kastam Pahang berhasrat untuk melaksanakan inisiatif ini dengan segera serta melibatkan kesemua 25 syarikat gudang pengilangan berlesen (GPB) yang berdaftar di Pahang. Inisiatif ini adalah menyokong hasrat Kastam dalam usaha mendigitalkan perkhidmatan Kastam melalui pelaksanaan MyCustom pada 2028.
#MemacuProduktivitiNegara
#PahangProduktif
Quick Share Links

Sesi perbincangan bersama pakar industri telah diadakan bagi memperhalusi proses kelulusan keperluan teknikal dalam pembinaan kilang farmaseutikal. Perbincangan ini bertujuan memastikan setiap keperluan teknikal diteliti dengan lebih mendalam demi mempercepatkan kelulusan projek pembinaan kilang farmaseutikal di Malaysia. Sebagai langkah seterusnya, PPN akan menganjurkan Bengkel Pengharmonian Keperluan Teknikal bagi Pembinaan Kilang Farmaseutikal. Bengkel ini akan mengumpulkan input serta membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh industri, khususnya berkaitan proses mendapatkan kelulusan daripada pihak BOMBA.

Tarikh: 29 April 2025 Masa: 11.15 pagi Tempat: MPC Kuala Lumpur Sesi perbincangan bersama SAMENTA telah diadakan untuk merancang pelaksanaan Pesta AI yang bertujuan memberi kesedaran kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam mengadaptasi penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam operasi perniagaan. Kerjasama strategik ini bertujuan membantu PKS lebih bersedia menghadapi cabaran ekonomi digital. Program ini dijangka dapat memberi peluang kepada PKS untuk mempelajari dan mencuba sendiri teknologi AI melalui pendekatan yang praktikal dan inklusif. Kehadiran SAMENTA 1. Datuk William Ng, National President/ Champion RFBPN 2. En. Christopher Ng, Pengerusi, Biro Pendigitalan 3. En. Henry Tye, Pengerusi Penganjur, Pesta AI 2025 4. En. Syukri Mazli - Pegawai Khas Presiden MPC 1. Dr. Halimahton Sa'diah Let, Pengarah 2. En. Aiman Zakwan Zahari, Pengurus 3. Pn. Nor Adira Adnan, Penolong Pengurus 4. Cik Putri Nabila Mustafa Kamal

Sesi bimbingan telah diadakan antara MPC Sarawak dengan UNIMAS dan UiTM Sarawak. Sesi tersebut merupakan perbincangan awal dalam penyediaan projek di bawah Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB). Pelaksanaan program ini merupakan sebuah kerjasama yang melibatkan institusi pengajian tinggi di Sarawak. Tuntasnya, langkah ini selaras dengan matlamat utama iaitu memperkasakan tadbir urus yang cekap, responsif dan mesra pengguna, seiring dengan aspirasi kerajaan dalam memperkasakan produktiviti negara melalui pengurangan beban peraturan dalam kalangan pemegang taruh agenda meningkatkan produktiviti negara khususnya di Sarawak. #sarawakProduktif #RKB #MemacuProduktivitiNegara

A courtesy visit between the China Association of Automation (CAA) and the Machinery and Engineering Industries Federation (MEIF) was held recently at MPC Kuala Lumpur, marking a positive step towards closer collaboration between the two organisations. The meeting centered around CAA’s key focus areas in automation and digital transformation, with discussions also exploring potential collaboration opportunities with MEIF. Both parties expressed strong aspirations to work together in advancing technological capabilities and promoting industrial growth across the machinery and engineering sectors. The visit laid the groundwork for future partnerships aimed at strengthening industry innovation and productivity.

The recent meeting focused on reviewing the progress of ongoing initiatives under MEPN Working Group 4. A key highlight of the session was the introduction of a new project titled THINK: M&E (Tools for Hands-on Industrial Knowledge). The initiative targets aspiring or early-stage SMEs in machining, fabrication, or design—especially Tier 2 to Tier 4 suppliers. THINK aims to provide structured support for companies poised to adopt CAD/CAM or digital shop floor tools, helping them transition at a critical stage of operational growth. The project reflects MEPN WG4’s continued commitment to uplifting the M&E industry through timely and practical support for digitalisation.

The A.I. for Productivity Transformation session convened business leaders and innovators committed to advancing digital transformation within their organizations. Participants were introduced to the potential of Microsoft Copilot as a strategic tool to enhance operational efficiency, accelerate digital adoption, and drive sustainable growth. Through structured hands-on activities, attendees gained valuable insights into the practical application of A.I. technologies, equipping them with the knowledge to lead change effectively in an increasingly digital and competitive landscape. The session concluded with a strong call to action, inspiring participants to leverage A.I. solutions in fostering innovation and strengthening organizational productivity. This initiative marks another important step towards building a future-ready, digitally empowered nation.

The A.I. Transformation Class 1 was successfully completed with the participation of 18 attendees representing 9 companies, marking a strong start to the programme. Organized by the Automotive Productivity Nexus (AutoPN) in strategic collaboration with Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua), this class aims to build AI competencies, enhance productivity, and embed a culture of continuous improvement within the automotive ecosystem. The module was developed in response to Perodua’s emphasis on the critical need for accurate data collection, a foundation for driving productivity improvements across the intended ecosystem. Moving forward, several potential AI projects will be identified for enterprise-level implementation, with an expected outcome of boosting operational efficiency by up to 25%.

Perbincangan ini bertujuan untuk menyelaras persiapan bengkel yang melibatkan agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja, dan beberapa Kementerian/ Agensi yang lain. Antara perkara utama yang dibincangkan adalah mengenai draf Atur Cara, senarai jemputan, dokumen berkaitan logistik dan hal-hal lain bagi persediaan Bengkel Pemetaan Proses Permohonan Ekspatriat dan Pas Kerja Malaysia di Sabah yang akan diadakan pada 21 & 22 Mei 2025 (Rabu & Khamis). Bengkel ini akan memfokuskan kepada pemetaan proses semasa dan cadangan penambahbaikan bagi memudahkan urusan permohonan ekspatriat dan pas kerja di Sabah. #SabahProduktifSabahMajuJaya