Kunjungan Rasmi ke Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah dan Perkongsian Berkenaan Reformasi Karenah Birokrasi (RKB)


Kunjungan Rasmi ke Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah dan Perkongsian Berkenaan Reformasi Karenah Birokrasi (RKB)

Sesi ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Seri Hj. Rosli bin Isa, Setiausaha Persekutuan Sabah.

Pengarah MPC Wilayah Sabah telah berkongsi mengenai peranan dan fungsi MPC dalam meningkatkan produktiviti di Sabah. Beliau juga turut berkongsi inisiatif Reformasi Karenah Birokrasi (RKB) dan status semasa program tersebut di Sabah. YBhg. Dato' Seri SUP menyambut baik pelaksanaan inisiatif ini dan bersetuju program seumpama sangat bersesuaian diadakan di Sabah. YBhg. Dato Seri SUP menjemput MPC untuk membuat satu pembentangan mengenai RKB dan perkongsian status semasa program di dalam Mesyuarat Perhubungan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan Sabah yang akan datang.

#SabahProduktifSabahMajuJaya

Quick Share Links

By Nexus MPC May 27, 2025
Sesi produktif bersama National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) telah diadakan bagi memahami serta mengenal pasti peluang penambahbaikan dalam proses dan keperluan pendaftaran produk farmaseutikal. Penambahbaikan ini dilaksanakan melalui kajian menyeluruh yang memfokuskan kepada pematuhan peraturan, kelancaran aliran kerja, dan penyeragaman dokumen supaya proses pendaftaran menjadi lebih jelas, teratur, serta mudah dijadikan rujukan oleh pihak industri. Sebagai langkah susulan, PPN akan melaksanakan pemetaan proses dan tempoh semasa pendaftaran iaitu 210 hari bekerja bagi produk generik dan 240 hari bekerja bagi produk NCE/biologik bagi mengenal pasti kelewatan dalam proses dalaman NPRA. Sesi libat urus bersama pihak berkepentingan dan industri farmaseutikal juga akan diadakan bagi mengesahkan data serta berkongsi pengalaman permohonan dan cadangan penambahbaikan terhadap isu kelewatan tersebut. Di samping itu, analisa perbandingan proses dan prosedur di negara jiran seperti Thailand dan Singapura akan dilakukan. Hasil dapatan kajian akan dirumuskan dalam laporan yang mengandungi analisa, pengesyoran penambahbaikan berasaskan bukti, data, dan amalan terbaik.
By Nexus MPC May 17, 2025
A workshop was conducted to discuss the technical requirements set by the Fire and Rescue Department of Malaysia (BOMBA) for pharmaceutical plant approvals. The session brought together industry representatives and technical consultants to examine key issues and challenges affecting productivity in the pharmaceutical sector. This initiative was prompted by industry feedback highlighting significant delays in the development of pharmaceutical plants—often taking more than seven years—due to unclear and misunderstood technical requirements, particularly those related to BOMBA approvals. The discussions aimed to clarify BOMBA’s fire safety compliance procedures, identify recurring bottlenecks, and explore practical solutions to improve the overall efficiency of the approval process. Case studies were shared to provide real-world context and promote a better understanding of how technical requirements can be met without unnecessary delays. Industry participants were also facilitated and advised by experts on BOMBA requirements through the review and assessment of their construction plans. The workshop provided an important platform for sharing knowledge and offering technical guidance. It represented a positive move toward improving the pharmaceutical plant approval process while ensuring compliance with strict safety standards. Moving forward, the session will contribute to the development of practical guidelines aimed at harmonizing the approval process making it more efficient, structured, and aligned with industry needs.
By Nexus MPC May 13, 2025
Betamek R&D Centre is leading efforts to reinforce Malaysia’s commitment to energy efficiency through a structured and results-driven action plan. This initiative integrates both hardware and software enhancements, with a strong focus on measuring return on investment (ROI) and key performance indicators (KPIs) to ensure tangible outcomes. A major milestone in this effort is the deployment of locally manufactured digital power meters, demonstrating Betamek’s firm support for homegrown technology and innovation. The initiative is further strengthened by strategic partners such as Econos, Whatif, Advantech, and Solarvest EE each contributing niche expertise under the Overall Equipment Effectiveness (OEEE) framework. The Malaysia Productivity Corporation (MPC), serving as the government’s strategic partner, will facilitate industry-wide engagement, particularly among companies registered under the 14 Productivity Nexus. Through a series of briefings, events, and knowledge-sharing sessions, Betamek and its partners aim to catalyze broader adoption of smart energy solutions advancing Malaysia’s national goals in energy efficiency and sustainable development.
By Nexus MPC May 7, 2025
Perbincangan bersama pihak NPRA yang dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Azuana Rami, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi) bertujuan untuk melihat penambahbaikkan yang dapat ditingkatkan dalam proses dan keperluan pendaftaran produk farmaseutikal selaras dengan amalan terbaik antarabangsa, di samping menyemak pelaksanaan hasil audit WHO GBT. Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha menyelaras kaedah dan pendekatan penilaian agar sejajar dengan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk institusi antarabangsa dan agensi tempatan. Penekanan turut diberikan kepada keperluan memperkemas proses kerja dan meningkatkan keberkesanan sistem sedia ada secara teknikal, di samping memanfaatkan penyertaan sektor swasta dalam menyokong keupayaan operasi NPRA. Selain itu, cadangan pelaksanaan sesi khas yang merangkumi pemetaan dapatan audit dan kaji selidik turut diketengahkan bagi menyokong penyediaan laporan yang dapat diterima sebagai rujukan strategik. Sebagai langkah ke hadapan, mesyuarat bersetuju bahawa penyediaan laporan yang komprehensif serta sokongan pihak ketiga yang diiktiraf berupaya meningkatkan tahap keyakinan terhadap sistem penilaian negara. Dalam masa yang sama, penting untuk memperluas strategi komunikasi dan penjenamaan berkenaan inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan agar nilai tambah yang diusahakan dapat dirasai oleh semua pihak berkepentingan. Secara keseluruhan, mesyuarat ini menzahirkan komitmen bersama untuk memperkukuh tadbir urus pendaftaran produk secara bersepadu dan proaktif.
By MMT MPC May 7, 2025
To improve construction industry productivity through wider adoption of IBS, the Malaysia Productivity Corporation (MPC), through the Construction & Built Environment Productivity Nexus (COBEPN) held a productive brainstorming session with the participation of various stakeholders. This session aims to obtain views and feedback on the roposed amendments to the PWD Standard Form Contract 203A, specifically designed to facilitate greater IBS adoption. The session brought together key players from across the construction industry, such as representatives from KKR, JKR, CIDB, MBAM, professional architects, engineers, and IBS manufacturers, for a collaborative exchange. Structured discussions centered on three core areas: the industry IBS adoption rates, challenges under current contract terms, and recommendations on the proposed amendment. This collaborative exchange concluded with a summary, underscoring the sector's unified commitment to construction productivity and reform in Malaysia. A follow-up session is scheduled for 10 June 2025.
By wayup dmo May 7, 2025
AI for Productivity Transformation session held today in Selangor focused on equipping businesses with digital tools to reduce administrative work and boost productivity. Participants engaged in hands-on workshops using tools like Canva, which enables efficient content creation, Google Sites for easy website development, and Google Analytics to track and optimize website performance. These tools help businesses streamline operations and enhance their digital presence, empowering them to focus on growth rather than time-consuming manual tasks. Through the integration of AI-driven solutions, businesses can transform their operations, making them more efficient and competitive. The session highlighted how AI and digital tools can foster greater productivity, allowing businesses to innovate and succeed in an increasingly digital world. This transformation not only improves operational efficiency but also sets the stage for future success by harnessing the power of technology to optimize business processes. #AIProduktiviti
By REGIONAL+OFFICE MPC May 6, 2025
Kelab Rekreasi Timah Tasoh merupakan antara pengusaha perkhidmatan bot ronda serta pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi di Dataran Empangan Timah Tasoh, Perlis. Pada tahun 2024, kelab ini telah menerima pensijilan Malaysia Tourism Excellence (MaTEx), yang seterusnya menyumbang kepada peningkatan hasil jualan yang ketara (peningkatan jualan sebanyak 35.8%) serta memperkukuh kualiti operasi dan perkhidmatan yang ditawarkan. Bagi memastikan pertumbuhan produktiviti yang mampan dan berterusan, satu sesi perbincangan strategik telah diadakan melibatkan wakil kelab, Tourism Productivity Nexus (TPN) dan pemain industri. Sesi ini bertujuan mengenal pasti potensi penambahbaikan dan merangka inisiatif yang boleh memacu daya saing kelab dalam sektor pelancongan dan rekreasi. Antara cadangan yang dibincangkan termasuk penekanan terhadap aspek keselamatan dan bantuan kecemasan bagi menjamin kesejahteraan pengunjung, peningkatan usaha promosi dan pemasaran melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan platform media sosial, penambahbaikan sistem tempahan perkhidmatan secara digital, serta menjalin kerjasama strategik dengan pihak swasta bagi merancakkan lagi aktiviti rekreasi di kawasan Timah Tasoh. Pihak Kelab Rekreasi Timah Tasoh amat menghargai sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) dan Tourism Productivity Nexus dalam membantu mempertingkatkan kecekapan dan produktiviti perkhidmatan yang ditawarkan.
By REGIONAL+OFFICE MPC May 6, 2025
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) telah mengadakan satu sesi libat urus bersama pihak berkepentingan termasuk Kementerian/Agensi di Sarawak sebagai satu keperluan dalam proses menggubal Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB). Objektif utama penggubalan akta ini adalah untuk memastikan mekanisme dan proses PSB yang lebih berkesan, selain mewujudkan ambang persetujuan yang jelas dalam pelaksanaan dasar-dasar berkaitan. Akta ini juga meneliti kepentingan penduduk serta infrastruktur yang menyokong pembangunan semula bandar mampan serta inklusif. Mekanisme yang dicadangkan akan memudahkan penglibatan komuniti dan menjamin hak serta suara penduduk dalam setiap fasa pembangunan semula. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara
Show More