Libat Urus Memudahkan Urusan Perniagaan Dalam Melonjakkan Produktiviti Pahang Bersama Majlis Daerah Lipis | 21 November 2024
Sesi ini memberi tumpuan kepada perbincangan dan perkongsian berkenaan projek pembinaan pantas sebagai pemacu pembangunan produktif di Pahang. MPC berkongsi pendekatan pembinaan pantas yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pelaksanaan projek-projek strategik di negeri ini. Majlis Daerah Lipis turut berkongsi maklumat tentang projek-projek pembangunan berimpak tinggi di kawasan Lipis, dengan matlamat membina kerjasama yang strategik. Pelaksanaan projek melalui kaedah ini dijangka memberi impak besar terhadap peningkatan ekonomi setempat, pengurangan kos, dan mempercepatkan pembangunan infrastruktur, sekali gus menyumbang kepada produktiviti negeri secara keseluruhan. Hubungan sinergi antara MPC dan MD Lipis dijangka dapat memperluaskan kaedah pembinaan pantas di Pahang.
Quick Share Links

Sesi semakan ini bertujuan meneliti semula proses kajian Bioequivalence (BE) yang dilaksanakan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) khusus untuk produk generik, termasuk generik pertama di Malaysia. Hasil semakan ini telah mengenal pasti beberapa ruang penambahbaikan dalam aspek kecekapan pemprosesan permohonan serta pematuhan terhadap keperluan regulatori semasa, yang akan dijadikan asas kepada cadangan pelaksanaan penambahbaikan proses BE.

Sesi Sidang Media Pelaksanaan Projek Rintis Reformasi Urusan Pendaftaran Perniagaan di Sibu, Sarawak
Outcome utama daripada projek ini adalah untuk memudahkan urusan pendaftaran perniagaan yang akan membantu mengembangkan ekonomi tempatan melalui penyertaan lebih ramai usahawan terutamanya daripada kalangan PKS. Secara keseluruhannya, projek ini dijangka meningkatkan kecekapan kerajaan, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri Sarawak. #SKOProduktif #MemacuProduktivitiNegara #EODB

Tarikh: 22 Julai 2025, Selasa Masa: 10.00 pagi Platform: Microsoft Teams Perbincangan strategik antara RFBPN dan Bumiputera Retailers Organization (BRO) diadakan bagi meneroka kerjasama dalam memperkasakan usahawan peruncitan dan F&B Bumiputera melalui penerapan teknologi digital, khususnya Kecerdasan Buatan (AI). Fokus utama adalah memanfaatkan AI sebagai pemacu transformasi perniagaan yang mampan dan berdaya saing. Beberapa cabaran utama yang dikenal pasti termasuk kekangan dalam adaptasi teknologi digital, persaingan dalam pasaran atas talian, serta kesukaran usahawan mempromosikan produk dan berinteraksi secara efektif dengan pelanggan melalui platform digital. Sebagai langkah susulan, RFBPN akan melaksanakan program Retail Artificial Intelligence Smart Evolution (RAISE) yang dirangka khusus untuk membantu usahawan meningkatkan kecekapan operasi dan strategi pemasaran digital. Program ini merangkumi pendedahan, latihan, dan bimbingan praktikal, serta pemantauan keberkesanan pelaksanaannya dalam perniagaan peserta.

A coordination meeting was held to prepare for the SME AI Fest 2025, scheduled for 6 August 2025 at MPC. The session focused on coordinating key aspects of the event, including program flow, guest experience, venue arrangements, and overall logistics. As part of the planning, specific responsibilities were noted to be further refined in the upcoming site visit. The team also agreed to maintain close coordination through internal communication channels to finalise outstanding matters and resolve any logistical challenges prior to the event day. The outcome of the meeting was clearer alignment among team members on key event tasks, enhanced coordination, and a renewed commitment to deliver a professional and high-quality event that supports SME development through digital and AI adoption.

Sesi bimbingan bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) kali ini memberi fokus kepada analisis terhadap prestasi semasa dan juga ‘deep dive’ isu/permasalahan bagi projek mempercepat proses pengeluaran lesen perniagaan. Berdasarkan pemetaan proses, beberapa ‘pain points’ serta punca berlaku isu/permasalahan telah dikenalpasti. Terdapat ruang-ruang penambahbaikan yang harus diberi perhatian bagi mengurangkan birokrasi seterusnya meningkatkan kecekapan proses pengeluaran lesen perniagaan di MPKB-BRI. Sebagai outcome, beberapa cadangan awal langkah penambahbaikan/penyelesaian masalah telah dibincangkan namun perlu diteliti lebih lanjut. Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) ialah usaha meningkatkan kecekapan, ketelusan, dan keberkesanan pentadbiran melalui semakan semula peraturan, bagi meningkatkan mutu perkhidmatan awam ke arah melonjakkan produktiviti dan kesejahteraan rakyat.

AI Productivity Proof-of-Concept (POC) : AI Dashboard Development Session, held on 21–22 July 2025 brought together nine selected automotive companies to explore the use of artificial intelligence in boosting productivity. Organised by the Automotive Productivity Nexus (AutoPN), the two-day workshop focused on the practical applications of AI in enhancing productivity, with a strong emphasis on data analytics for prudent decision-making. Key topics covered included manufacturing data utilisation, AI-powered productivity tracking, the use of ChatGPT and Google digital tools, as well as dashboard development using Looker Studio. Participants actively collaborated on mini projects and presented AI-driven solutions tailored to the specific needs and challenges of their respective operations. A special Commitment Ceremony was held on first day to recognise the involvement of these nine companies, with plaque presentations by YBhg. Datuk Zahid Ismail, Director General of MPC. The event was also attended representatives from Perodua and AutoPN’s NGC member. This session marks a significant step in integrating AI tools into manufacturing environments — a critical move towards enhancing sectoral productivity.

Program Peningkatan Kecekapan Syarikat Melalui Inisiatif AI Productivity in Context - AI for Service Innovation telah berjaya meningkatkan kecekapan dan daya saing syarikat dengan penggunaan AI tools seperti Claude, Replit, Perplexity dan NotebookLM. Program ini menyasarkan penyelesaian terhadap pelbagai isu operasi termasuk proses dokumentasi yang perlahan, penghantaran maklumat yang lambat kepada pelanggan, dan kebergantungan kepada kerja manual yang tinggi. Penerapan teknologi AI dalam operasi ini membolehkan syarikat mengoptimumkan proses harian dan membuat keputusan yang lebih pantas serta tepat. Antara kejayaan program ini termasuk pembangunan dashboard masa nyata untuk memantau kerja penyelenggaraan, yang mempercepatkan penghantaran maklumat dan mengurangkan kesilapan manual, dengan anggaran penjimatan kos operasi mencecah RM60,000 setahun. Satu lagi projek melibatkan sistem pemantauan dokumentasi QC secara masa nyata dengan amaran automatik dan penjejakan prestasi yang menjimatkan lebih RM140,000 setahun. Selain itu, automasi pendapatan maklumat daripada lukisan dan dokumen berjaya mempercepatkan proses pencarian informasi teknikal, mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pakar, serta mempertingkat kecekapan dokumentasi dan proposal — menjimatkan sehingga RM75,000 setahun melalui penjimatan masa dan peningkatan produktiviti.

Sesi perbincangan yang bersifat konstruktif telah diadakan bersama Pharmaceutical Association of Malaysia (PhAMA) bagi mengenal pasti peluang penambahbaikan dalam meningkatkan kecekapan proses pendaftaran produk farmaseutikal bagi kategori produk inovatif seperti Biologik dan New Chemical Entity (NCE). Perbincangan ini diperkukuh dengan analisis perbandingan tempoh dan proses pendaftaran antara Malaysia dan negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand, yang memberikan gambaran jelas mengenai potensi penambahbaikan terhadap prosedur sedia ada. Antara aspek yang diberi penekanan termasuklah penerapan digitalisasi, penyediaan senarai semak yang lebih terperinci, serta pelaksanaan penilaian yang lebih telus oleh pihak NPRA. Penekanan ini bertujuan melengkapi sistem regulatori sedia ada melalui penambahbaikan dari segi kejelasan dan kecekapan, di samping menggalakkan inovasi serta mempercepatkan akses kepada produk farmaseutikal penting. Dialog berterusan antara pihak berkepentingan merupakan elemen utama dalam memastikan ekosistem pendaftaran kekal responsif dan berpandangan ke hadapan. Kehadiran Wakil Industri: 1) Pharmaceutical Association of Malaysia (PhAMA) 2) Novartis Pharmaceuticals 3) AstraZeneca Sdn. Bhd. 4) Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. 5) Zuellig Pharma Sdn. Bhd. 6) Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)