MPC pelawa syarikat dan usahawan mohon Geran Produktiviti

18 Mac 2024

Perbadanan Produktiviti Malaysia; MPC mempelawa syarikat dan usahawan yang layak, mengemukakan permohonan bagi Geran Produktiviti.


Permohonan dibuka sehingga 14 April ini, dengan had pembiayaan maksimum RM350,000.


Ketua Pengarah MPC, Zahid Ismail berkata, projek terpilih harus memberi penambahbaikan berkekalan kepada produktiviti pelanggan dan kecekapan operasi.


Geran Produktiviti turut menggariskan fokus MPC pada Penyelidikan dan Pembangunan untuk pengkomersilan, seterusnya mendorong industri ke arah rantaian nilai lebih tinggi.


Ini sejajar sasaran pertumbuhan produktiviti 3.8 peratus setahun bawah Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kedua Belas.


Geran tersebut juga bertujuan menyokong aspirasi kerajaan dalam meningkatkan perbelanjaan sektor swasta dalam Penyelidikan dan Pembangunan selain meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Inovasi Global di tangga 20 teratas.


Pelaksanaaan geran berupaya menyumbang kepada peningkatan tahap produktiviti syarikat sebanyak 30 peratus dan 20 peratus bagi pekerja mahir sepanjang tempoh RMKe-12.



Maklumat lanjut mengenai geran layari https://www.mpc.gov.my/productivity-grant atau gp@mpc.gov.my.


Sumber :  Berita RTM

Share by: