Pameran Akademi Dalam Industri (ADi) di Program One Stop Centre (OSC) Sejahtera Sosial Daerah Hulu Perak


Program merupakan anjuran kali ketiga oleh Pejabat Pembangunan Negeri Perak dan telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Saarani Bin Mohamad, Menteri Besar Perak dan turut dihadiri oleh YB Dato' Salbiah Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Daerah di Negeri Perak.

Program ini bertujuan menghimpunkan peserta eKasih ke dalam satu platform pemadanan peluang-peluang bantuan, peningkatan pendapatan dan pemadanan pekerjaan yang disediakan oleh agensi kerajaan dan swasta. Penyertaan MPC dalam program ini bagi mempromosi Akademi Dalam Industri (ADi) yang merupakan salah satu program bagi pemadanan pekerjaan. Lebih 1,500 pengunjung hadir ke program ini yang akan turut diadakan di kesemua daerah di Negeri Perak. 

#PerakProduktif
#MemacuProduktivitiNegara

Quick Share Links

By MMT MPC May 7, 2025
Pharmaceutical Productivity Nexus (PPN) and Malaysian Organisation of Pharmaceutical Industries (MOPI) recently held a constructive discussion with Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) to explore the MyMahir – Future Skilled Talents Council (FSTC) initiative. The session, led by PPN Champion Mr. Chng Kien Peng, marked an important milestone in aligning industry needs with national talent development strategies, especially for high-skilled sectors. TalentCorp presented the objectives and framework of MyMahir-FSTC, which focuses on fostering collaboration between government, industry, and academia to identify both current and future talent demands. The initiative aims to bridge the mismatch between talent supply and industry demand, ensuring a steady pipeline of skilled professionals for Malaysia’s priority sectors. As part of the initiative, a structured needs assessment will be conducted to map job roles, identify critical skills gaps, and understand hiring challenges. This will provide valuable insights to guide future workforce strategies and help develop targeted programmes that prepare talent for real-world industry needs. MOPI will be a key member of the committee under the Pharmaceutical Council, ensuring that talent development aligns with industry requirements. PPN will actively support this initiative, aiming to enhance productivity by fostering a more skilled and capable workforce in the pharmaceutical sector.
By REGIONAL OFFICE MPC May 6, 2025
Kelab Rekreasi Timah Tasoh merupakan antara pengusaha perkhidmatan bot ronda serta pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi di Dataran Empangan Timah Tasoh, Perlis. Pada tahun 2024, kelab ini telah menerima pensijilan Malaysia Tourism Excellence (MaTEx), yang seterusnya menyumbang kepada peningkatan hasil jualan yang ketara (peningkatan jualan sebanyak 35.8%) serta memperkukuh kualiti operasi dan perkhidmatan yang ditawarkan. Bagi memastikan pertumbuhan produktiviti yang mampan dan berterusan, satu sesi perbincangan strategik telah diadakan melibatkan wakil kelab, Tourism Productivity Nexus (TPN) dan pemain industri. Sesi ini bertujuan mengenal pasti potensi penambahbaikan dan merangka inisiatif yang boleh memacu daya saing kelab dalam sektor pelancongan dan rekreasi. Antara cadangan yang dibincangkan termasuk penekanan terhadap aspek keselamatan dan bantuan kecemasan bagi menjamin kesejahteraan pengunjung, peningkatan usaha promosi dan pemasaran melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan platform media sosial, penambahbaikan sistem tempahan perkhidmatan secara digital, serta menjalin kerjasama strategik dengan pihak swasta bagi merancakkan lagi aktiviti rekreasi di kawasan Timah Tasoh. Pihak Kelab Rekreasi Timah Tasoh amat menghargai sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) dan Tourism Productivity Nexus dalam membantu mempertingkatkan kecekapan dan produktiviti perkhidmatan yang ditawarkan.
By REGIONAL OFFICE MPC May 6, 2025
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) telah mengadakan satu sesi libat urus bersama pihak berkepentingan termasuk Kementerian/Agensi di Sarawak sebagai satu keperluan dalam proses menggubal Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB). Objektif utama penggubalan akta ini adalah untuk memastikan mekanisme dan proses PSB yang lebih berkesan, selain mewujudkan ambang persetujuan yang jelas dalam pelaksanaan dasar-dasar berkaitan. Akta ini juga meneliti kepentingan penduduk serta infrastruktur yang menyokong pembangunan semula bandar mampan serta inklusif. Mekanisme yang dicadangkan akan memudahkan penglibatan komuniti dan menjamin hak serta suara penduduk dalam setiap fasa pembangunan semula. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara
By REGIONAL OFFICE MPC May 6, 2025
Sesi bimbingan ini diadakan bagi membimbing pasukan projek PKNP dalam usaha mengenal pasti punca utama kepada isu yang dihadapi serta memetakan proses kerja sedia ada bagi dua (2) projek RKB yang sedang dilaksanakan iaitu Mempercepat Proses Kelulusan Projek Pembangunan Utiliti melalui Penubuhan Agensi Penyelaras Negeri dan Transformasi Proses Kelulusan Projek Pembangunan oleh MMK: Kajian Kes Projek LUMIC, Manjung. Melalui sesi ini, pendekatan berasaskan analisis sistematik dan kolaborasi antara agensi teknikal dan bukan teknikal yang terlibat dalam proses kelulusan perlu diterapkan bagi memastikan pelaksanaan penambahbaikan yang akan dibangunkan dapat dilaksanakan dengan cekap dan mampan, selari dengan objektif RKB dalam memperkasa penyampaian perkhidmatan awam. Sebagai langkah susulan, pasukan projek PKNP akan melaksanakan pengumpulan data menyeluruh bagi setiap peringkat proses kerja yang terlibat. Dapatan daripada aktiviti ini akan digunakan untuk mengenal pasti isu sebenar di lapangan serta merangka cadangan penambahbaikan yang bersasar, praktikal dan berpotensi tinggi untuk meningkatkan kecekapan sistem sedia ada.
By MMT MPC May 7, 2025
The draft review session of the Digital Productivity Roadmap proved insightful, with valuable input from MEPN industry experts. Emphasis was placed on making the roadmap more practical and SME-friendly by incorporating affordable, easy-to-adopt technologies such as cloud-based solutions, low-cost digital tools, and scalable platforms that minimise upfront investment. This feedback will play a key role in refining the roadmap to ensure it is relevant and impactful for SMEs. The enhanced draft aims to guide businesses in embracing digitalisation in a cost-effective, sustainable way that aligns with their operational needs and growth aspirations.
By MMT MPC May 5, 2025
Date: 5 May 2025 Time: 10 a.m. Platform: Microsoft Teams A review session was held with experts to refine the F&B Digital Productivity Roadmap, focusing on practical feedback to strengthen its relevance and impact. Key discussions addressed challenges in digitalisation, such as platform limitations, cost, and operational issues, while emphasizing the need for a structured roadmap to guide adoption and build a robust digital ecosystem. Feedback also highlighted the importance of incorporating customer order data analytics and trend analysis to support better decision-making. #AIProductivity
By REGIONAL OFFICE MPC May 5, 2025
Satu sesi temuramah telah diadakan di MPC Sarawak bersama wakil media Sarawak Tribune dan Suara Sarawak. Sesi ini melibatkan Pengarah MPC Sarawak, Dr. Mazlina Shafi’i, yang berkongsi pandangan berkenaan pelaksanaan Premier of Sarawak Industry Excellence Awards (PSIEA) 2025, inisiatif Reformasi Karenah Birokrasi (RKB) serta penerapan Malaysia Business Excellence Framework (MBEF) di Sarawak. Sesi ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mengenai peranan MPC Sarawak dalam mendukung usaha transformasi industri dan perkhidmatan awam. Perbincangan turut merangkumi inisiatif perlaksanaan PSIEA yang sejak 2017 yang telah mengiktiraf 94 organisasi cemerlang dengan sumbangan nilai penciptaan sebanyak RM188 juta. Selain itu, inisiatif MBEF dijelaskan sebagai kerangka penambahbaikan organisasi yang menggalakkan kepimpinan berkesan, strategi mampan, dan kecekapan operasi, manakala inisiatif RKB pula sebagai usaha memperbaiki kecekapan sektor awam dengan mengurangkan kerenah birokrasi. Impak utama sesi ini adalah memperluaskan kefahaman umum terhadap usaha MPC Sarawak dalam memacu kecemerlangan industri, menggalakkan lebih banyak penyertaan untuk PSIEA 2025, dan menyokong aspirasi kerajaan negeri untuk mencapai pertumbuhan KDNK yang mampan menjelang 2030. Selain itu, sesi ini membantu mempromosikan reformasi yang bertujuan meningkatkan kecekapan sektor awam dan memperkukuh kedudukan Malaysia dalam penarafan daya saing global. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara #MBEF #RKB
By REGIONAL OFFICE MPC May 5, 2025
Mesyuarat ini bertujuan meningkatkan sinergi antara pihak negeri, wilayah dan persekutuan dalam memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan awam di Sarawak. Antara agenda utama yang dibincangkan termasuk pelaksanaan Reformasi Karenah Birokrasi (RKB) dan inisiatif Iltizam, yang menyasarkan pengurangan beban peraturan sebanyak 50%. Semua agensi telah diarahkan membuat semakan peraturan masing-masing bagi menyokong matlamat ini. Selain itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membentangkan perkembangan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang telah dilaksanakan sejak Disember 2024. Antara isu yang dibincangkan berkaitan kadar elaun wilayah serta dasar kerja rentas negeri. Pengerusi memaklumkan bahawa prestasi kewangan agensi persekutuan di Sarawak yang kurang memberangsangkan terutamanya dana pembangunan yang terpaksa dipulangkan setiap tahun akibat kegagalan komunikasi dan pelaksanaan projek. Mesyuarat juga meneliti isu ruang pejabat kerajaan di Sarawak yang membenarkan gunasama premis kerajaan antara agensi persekutuan. Isu penyewaan tanpa perjanjian turut diberi perhatian. Pembentangan lain termasuk prestasi pelaksanaan projek RMK-12 Negeri Sarawak oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan yang menekankan keperluan pemilihan kontraktor berkemahiran dan perancangan bajet yang realistik. PDRM turut membentangkan tahap keselamatan di Sarawak termasuk isu Community Learning Centre (CLC) yang merupakan pusat tidak berdaftar, menimbulkan kebimbangan keselamatan dan penyalahgunaan platform pendidikan. Mesyuarat ini telah menghasilkan pelbagai penambahbaikan strategik dalam pengurusan projek, keselamatan, dan penyelarasan dasar, demi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap serta berimpak tinggi kepada rakyat Sarawak. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara
Show More