Program DALIA Meningkatkan Produktiviti Perniagaan

Melalui Teknologi Digital

Program Digital Acceleration for Learning and Industry Adoption (DALIA) telah mengubah landskap produktiviti perniagaan tempatan. Program inovatif ini merupakan anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) melalui Nexus Produktiviti Digital (DPN) yang direka untuk meningkatkan produktiviti melalui penambahbaikan proses dan penerapan teknologi dalam perniagaan. DALIA memperkasa peniaga tempatan untuk menerimaguna penyelesaian teknologi yang mudah diakses, dengan tujuan meningkatkan kecekapan operasi perniagaan mereka.


Program DALIA telah terbukti memberi impak positif terhadap Syarikat Prestasi Concrete, pengeluar produk konkrit prefabrikasi. Dengan tapak projek sebesar 10 padang bola sepak, mencari dan menjejaki setiap aset dan barangan merupakan tugas yang mencabar. Namun, penyelesaian teknologi digital dalam DALIA berjaya meningkatkan kecekapan operasi syarikat. Malahan, syarikat berjaya mengurangkan kos buruh sebanyak RM2000 per suku tahun dan mengurangkan masa menjejaki inventori sebanyak 50%.


Program DALIA membuka peluang kepada perniagaan untuk berkembang melalui peningkatan produktiviti yang signifikan, disertai dengan proses yang mudah dan akses kepada teknologi yang senang digunakan. Sejajar dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan daya saing globalnya dan menjadi salah satu daripada 12 negara paling kompetitif, inisiatif seperti DALIA berupaya membentuk landskap perniagaan yang lebih efisyen.

Share by: