Sesi Bimbingan Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Bersama Bahagian Koridor Infrastruktur dan Sistem Maklumat Geospatial (BKI-GIS), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan


Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Bagi Meningkatkan Produktiviti Negeri

Sesi bimbingan bersama Bahagian Koridor Infrastruktur dan Sistem maklumat Geospatial (BKI-GIS) ini telah diadakan bagi meneliti pelaksanaan projek meningkatkan kecekapan proses permohonan permit hak akses dan penggunaan tanah infrastruktur utiliti di negeri Kelantan. 

Projek ini kini berada di Fasa ke-2, di mana pemetaan proses semasa telah dikenalpasti dan dianalisa. Pemetaan proses adalah satu langkah wajib bertujuan mengenal pasti titik kelemahan (pain points) serta punca permasalahan yang dihadapi bagi membolehkan proses penambahbaikan dapat dilaksanaan secara menyeluruh.

Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) ialah usaha meningkatkan kecekapan, ketelusan, dan keberkesanan pentadbiran melalui semakan semula peraturan, bagi meningkatkan mutu perkhidmatan awam ke arah melonjakkan produktiviti dan kesejahteraan rakyat.

Quick Share Links

By ADM MPC August 25, 2025
Langkah seterusnya dalam penambahbaikan sistem penyampaian notis kompaun, DBKU akan melaksanakan beberapa tindakan utama, iaitu mendapatkan nombor telefon Orang Kena Kompaun (OKK) untuk ujikaji penghantaran notis kompaun melalui WhatsApp rasmi DBKU, menambah baik kandungan penulisan notis kompaun bagi mendapat kelulusan pihak pengurusan sebelum digunakan dalam ujikaji, serta mengeluarkan kenyataan media setelah DBKU bersedia untuk menginstitusikan kaedah baharu tersebut. Langkah ini diyakini akan memperkukuh keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam, di samping menyokong agenda RKB dalam memodenkan sistem pengurusan bandar raya. #SarawakProduktif #RKB #MemacuProduktivitiNegara
By ADM MPC August 25, 2025
Hasil daripada bengkel ini, dua (2) projek baharu untuk RKB yang berpotensi telah dikenal pasti daripada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). Projek-projek ini akan dijadikan asas kepada pembangunan intervensi bersasar dalam sesi seterusnya, sekali gus menyokong agenda reformasi untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam. #MemacuProduktivitiNegara #ReformasiKerenahBirokrasi #RKB2025
August 25, 2025
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan status terkini berhubung penyediaan draf manual yang akan menjadi rujukan utama dalam proses permohonan dan kelulusan permit pembinaan di Sabah. Mesyuarat dimulakan dengan Ucapan Alu-aluan daripada YBhg. TPr. Stanley Chong, Timbalan Setiausaha Tetap (TSUT) I, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP). Beliau menegaskan bahawa penyediaan manual ini amat penting untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan negeri khususnya dalam pengurusan permit pembinaan dan berharap Draf Manual Proses Permohonan dan Kelulusan Permit Pembinaan di Sabah ini dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Status Draf Manual kini di peringkat semakan dan verifikasi, di mana terdapat beberapa data serta maklumat daripada jabatan dan agensi berkaitan yang masih diperlukan bagi melengkapkan kandungan. Proses verifikasi ini adalah penting agar manual yang dimuktamadkan benar-benar komprehensif dan boleh dijadikan rujukan oleh semua pihak berkepentingan termasuk pemohon dan pengawal selia. Sebagai langkah susulan, mesyuarat telah bersetuju untuk mengadakan bengkel akhir pada hujung bulan September 2025. Bengkel ini akan menjadi platform untuk memuktamadkan draf manual setelah semua data dan maklumat berjaya diperoleh dan diverifikasi. Semua ahli TWG turut diingatkan untuk segera mengemukakan maklumat yang diperlukan agar proses pemuktamadan manual dapat dilaksanakan mengikut jadual. #SabahProduktifSabahMajuJaya
August 25, 2025
Bengkel ini telah dimulakan dengan Ucapan Alu-aluan oleh Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sabah. Seramai 100 orang peserta telah menghadiri program ini, terdiri daripada wakil Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), 25 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan 35 Pejabat Daerah di seluruh Sabah. Objektif bengkel adalah untuk memperkasakan perancang dasar dan pegawai pelaksana dalam membangunkan draf projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) menggunakan pendekatan Generative AI. Sepanjang bengkel, peserta telah diperkenalkan kepada asas penggunaan teknologi Generative AI, termasuk kemahiran menghasilkan prompt yang berkesan dan aplikasinya dalam tugasan seperti penulisan surat rasmi, laporan, ucapan dan bahan pembentangan. Latihan praktikal telah dilaksanakan melibatkan aktiviti prompting bagi menyenaraikan perkhidmatan yang berinteraksi dengan orang awam, menjana idea projek inovasi, menilai potensi cadangan, merancang aktiviti secara sistematik, menyediakan jadual pelaksanaan (seperti carta Gantt), menyusun hasil projek yang disasarkan, serta menghasilkan bahan promosi. Peserta turut menggunakan AI untuk pelbagai kegunaan lain yang bersesuaian dengan keperluan jabatan masing-masing. Selain itu, peserta juga didedahkan kepada aplikasi AI dalam tugas pentadbiran seperti penyediaan minit mesyuarat, analisis data secara ringkas serta penilaian dokumen seperti garis panduan dan SOP. Sebagai langkah pengukuran impak, peserta turut mengira kos pematuhan sebelum dan selepas pelaksanaan cadangan projek bagi menilai keberkesanan inisiatif yang dicadangkan. Bengkel ini telah memberi pendedahan holistik dan bersifat praktikal dalam merangsang penggunaan teknologi bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam di Sabah. Sila tonton sorotan video dan gambar semasa bengkel ini melalui Akaun Tiktok MPC Sabah . #SabahProduktifSabahMajujaya
August 25, 2025
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sabah dengan kerjasama Jabatan Tanah dan Ukur Sabah telah menganjurkan Bengkel Pemetaan Proses Permohonan Tanah. Bengkel ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Sr Bernard Liew Chau Min, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam melalui penambahbaikan peraturan dan proses permohonan tanah yang lebih efisien, telus, dan mesra pengguna. Inisiatif ini juga dirangka bagi mengurangkan halangan birokrasi yang dihadapi oleh pemohon serta pihak berkepentingan. Usaha ini dijangka memberi impak positif terhadap pembangunan ekonomi Sabah secara menyeluruh serta memperkukuh kepercayaan masyarakat terhadap sistem pentadbiran tanah negeri. Sila tonton sorotan video dan gambar semasa bengkel ini melalui Akaun Tiktok MPC Sabah . #SabahProduktifSabahMajujaya
August 25, 2025
Objektif bengkel ini adalah untuk menyemak dan memperkemas kandungan draf Garis Panduan dan Prosedur Permohonan PKE, PKM dan PLIK di Sabah untuk dijadikan dokumen akhir yang boleh dijadikan rujukan dan panduan bagi tujuan pelaksanaan dan pemantauan. Bengkel dimulakan dengan sesi perbincangan dan pemurnian draf garis panduan oleh para peserta, diikuti dengan sesi pembentangan hasil perbincangan tersebut. Seterusnya, sesi perkongsian oleh TalentCorp berkaitan sistem Xpats Gateway telah membantu menambah pemahaman terhadap sistem sokongan digital yang relevan dengan proses permohonan pas. Fasilitator dari MPC turut membentangkan output bengkel bagi merumuskan penambahbaikan yang disyorkan secara kolektif. Penutup bengkel disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj. Ag. Shahminan Datuk Hj. Ag. Sahari, JP, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri Sabah . Secara keseluruhan, bengkel ini berjaya mencapai objektif pemurnian dan pemuktamadan garis panduan, yang bakal menjadi instrumen utama bagi penyeragaman proses dan pemantauan pelaksanaan permohonan PKE, PKM dan PLIK di Sabah. Sila tonton sorotan video dan gambar semasa bengkel ini melalui Akaun Tiktok MPC Sabah . #SabahProduktifSabahMajujaya
August 25, 2025
Objektif bengkel ini adalah untuk menambah baik, menyelaras dan memurnikan draf Garis Panduan serta Prosedur Permohonan PKE, PKM dan PLIK di Sabah. Ini bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan sistem penyampaian berkaitan pas kerja profesional dan ekspatriat di negeri ini. Bengkel ini turut menumpukan kepada penelitian semula kandungan draf garis panduan dan prosedur sedia ada, selain memperkemas proses permohonan agar lebih jelas, telus dan responsif terhadap keperluan semasa industri serta dasar kerajaan. Inisiatif ini juga bertujuan menyelaraskan peranan pelbagai agensi yang terlibat supaya pemprosesan permohonan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, efisien dan berintegriti. Seramai 70 orang peserta daripada 21 kementerian, jabatan dan agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri telah menghadiri bengkel ini. Sepanjang bengkel, peserta telah dikongsikan dengan Draf Garis Panduan dan Prosedur Permohonan PKE, PKM dan PLIK di Sabah, dengan fokus kepada penambahbaikan aspek prosedur permohonan, struktur pelaksanaan serta terma rujukan yang berkaitan. Hasil dapatan daripada bengkel ini akan dijadikan asas kepada penyediaan versi akhir garis panduan dan prosedur permohonan PKE, PKM dan PLIK yang lebih komprehensif, sistematik dan selaras dengan keperluan pelaksanaan di Sabah. #SabahProduktifSabahMajujaya
By Nexus MPC August 21, 2025
Bengkel ini telah menghimpunkan wakil-wakil dari kerajaan, agensi teknikal, pihak berkuasa tempatan dan industri dari negeri Kedah bagi meneliti prosedur pembangunan ladang ayam moden sama ada ladang baharu mahupun sedia ada di negeri Kedah. Perbincangan telah mengenal pasti kekangan utama termasuk proses kelulusan yang panjang, kos pematuhan yang tinggi, serta keperluan merujuk agensi teknikal utama yang berkaitan bagi memastikan standard operasi ladang moden dapat dipenuhi. Hasil dapatan bengkel dan cadangan penambahbaikan antaranya termasuk cadangan untuk membangunkan garis panduan khas berasaskan risk-based analysis, mewujudkan pelan setara pembangunan ladang moden bagi mengurangkan kos profesional, serta mengkaji semula kos pematuhan dan fi tambahan yang membebankan. Sebagai langkah susulan, satu bengkel lanjutan akan dijalankan khusus untuk menyemak semula keseluruhan prosedur pembangunan ladang dan merangka garis panduan baharu yang lebih praktikal. Hasil bengkel ini akan dijadikan dokumen dasar dan dibentangkan kepada EXCO Kerajaan Negeri Kedah bagi pertimbangan dan pelaksanaan Ini bagi memastikan proses pembinaan dan naiktaraf ladang moden di Kedah dapat dipermudahkan dan memastikan kelestarian bekalan ayam yang terus mencukupi.
Show More