Sesi Libat Urus Bersama Persatuan Penternak Ayam Bera Negeri Pahang I 14 Mei 2024


Sesi libat urus bersama Persatuan Penternak Ayam Bera Negeri Pahang telah diadakan bagi mengenal pasti keadaan semasa serta isu dan cabaran yang dihadapi oleh penternak dalam mematuhi peraturan dan garis panduan penternakan ayam moden. 

Antara beban peraturan dihadapi oleh setiap penternak di daerah Bera adalah kos pematuhan ladang moden yang tinggi. Selain daripada itu struktur reban yang tidak kukuh serta bentuk muka bumi ladang ayam sedia ada yang berbukit menyukarkan pertukaran ke ladang ayam moden.

MPC akan memudahcara isu ini dan akan mengadakan sesi libat urus bersama pengawal selia dan pemain industri pada penghujung pertengahan bulan Jun 2024.

#MemacuProduktivitiNegara
#PahangProduktif
#Pahang1st

Quick Share Links

By Media MPC July 17, 2025
Sesi ini telah diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak dengan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) selaku Ketua Pegawai Reformasi (CRO) Negeri Perak. Sesi ini bertujuan untuk menyemak status pelaksanaan empat belas (14) projek RKB melalui pembentangan dari setiap ketua kumpulan projek dan mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada pihak CRO. Output: Sebanyak 8 projek dikenalpasti sebagai projek siap. Bagi keseluruhan projek RKB Perak, sebanyak 21 projek telah didaftarkan. Sehingga kini, sejumlah lima belas (15) projek RKB Perak telah berjaya disiapkan.YBhg. Dato’ turut menekankan keperluan untuk memantapkan pelaporan pelaksanaan bagi semua projek RKB, agar penyampaian laporan lebih jelas dan berkesan. Sebagai tindakan susulan, Bengkel Bimbingan #3 akan diadakan pada 11 hingga 13 Ogos 2025 bagi menyiapkan keseluruhan projek RKB Perak. #ReformasiKerenahBirokrasi #MemacuProduktivitiNegara
By ADM MPC July 16, 2025
This year, PSIEA 2025 has attracted the participation of 36 companies across Sarawak, representing diverse sectors including manufacturing, services, logistics, agriculture, and food & beverage. This reflects the growing commitment of Sarawak’s industries to pursue excellence, sustainability, and innovation in their operations. The session brought together expert assessors from various background to evaluate companies based on the Malaysia Business Excellence Framework (MBEF), ensuring a structured and objective assessment process. During this session, assessors provided comprehensive feedback on each company’s strengths and areas for improvement. Ultimately, the assessment outcomes aim to elevate Sarawak’s industries to higher standards of excellence, fostering competitiveness, resilience, and sustainability. #SarawakProductive #DrivingProductivityoftheNation #PSIEA2025
By ADM MPC July 16, 2025
MPC participated in the Awareness Program for SMEs in Sarawak, which was organized with the objective of promoting investment and disseminating current information through the Malaysian Investment Development Authority (MIDA) and other agencies under the Ministry of Investment, Trade, and Industry (MITI). A collaborative effort among MITI agencies has successfully created an effective outreach and engagement session, contributing to improved work efficiency within the industry. During the event, MPC promoted the Akademi Dalam Industri (ADI) and the AI for Productivity Transformation Program to all visitors. There was encouraging interest from industry players in Sibu to participate in productivity improvement programs introduced under these initiatives. Moving forward, MPC will continue engagement with interested SME companies to further discuss participation in the ADI program and explore opportunities for technology adoption initiatives that support productivity growth. #SarawakProductive
By ADM MPC July 15, 2025
Bengkel ini dianjurkan oleh pihak Unit Transfomasi dan Inovasi Sarawak, yang turut melibatkan pihak PBT dan Perbendaharaan Sarawak bagi memperhalusi dan memuktamadkan Garis Panduan Memulakan Perniagaan di Sarawak yang akan digunapakai sepanjang fasa uji kaji berlangsung. Sebagai susulan, satu sidang media untuk memaklumkan pelaksanaan uji kaji memulakan perniagaan akan diadakan pada 21 Julai 2025 di Sibu, Sarawak, bagi memastikan semua pemegang taruh dan komuniti perniagaan mendapat maklumat terkini sebelum pelaksanaan rasmi pada 1 Ogos 2025. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara #EODB
By ADM MPC July 15, 2025
Dari segi komunikasi serta promosi pelaksanaan fasa uji kaji, beliau mencadangkan sesi sidang media diadakan pada 22 Julai 2025, bersempena Hari Sarawak, sebagai satu simbolik menunjukkan Sarawak komited memastikan transformasi signifikan yang akan menyumbang kepada pembangunan negara. Beliau juga komited untuk memastikan pihak MOF dalam memberi maklumbalas bagi memastikan pelaksanaan fasa uji kaji dapat dilaksanakan dengan lancar. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara #EODB
By ADM MPC July 15, 2025
Dua projek utama yang akan dilaksanakan ialah pelaksanaan sistem permohonan atas talian yang lebih mudah, cepat dan telus bagi permohonan Lesen Kenderaan Barangan ke Brunei, serta pemansuhan keperluan surat sokongan antara Sarawak dan Brunei yang dapat mengurangkan kerenah birokrasi serta memudahkan urusan rentas sempadan. Jangkaan hasil daripada inisiatif ini termasuklah pengurangan kos, masa dan tenaga kerja bagi pemain industri logistik di Sarawak, selain mempercepatkan urusan kelulusan dan meningkatkan kecekapan operasi rentas sempadan. Inisiatif ini juga dijangka memperkukuh daya saing sektor logistik dan menyumbang kepada integrasi ekonomi serantau yang lebih mantap. #SarawakProduktif #RKB #LPKPSarawak #ProduktivitiNegara
By Nexus MPC July 11, 2025
Bengkel Pembangunan Kapasiti AI bersama pemain industri ini melibatkan penyertaan daripada 20 syarikat dari negeri Perak. Bengkel ini bertujuan untuk pembangunan kapasiti pemain industri dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) serta menggalakkan penerimagunaan teknologi ini sebagai kaedah bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti proses kerja di organisasi. Peserta telah diberi pembelajaran kepada topik-topik utama berikut: ✅ Aplikasi praktikal AI dalam operasi perniagaan ✅ Strategi pengintegrasian AI untuk penambahbaikan proses kerja ✅ Alat dan rangka kerja bagi membuat keputusan dalam organisasi melalui penggunaan AI #AIProduktiviti #MemacuProduktivitiNegara
By Nexus MPC July 10, 2025
Satu sesi semakan bersama industri farmaseutikal pengimport telah diadakan bagi meneliti secara menyeluruh proses pendaftaran produk farmaseutikal di Malaysia. Dalam sesi ini, Mylan Healthcare telah membangkitkan beberapa isu yang menyumbang kepada kelewatan tempoh kelulusan, antaranya had saiz muat naik dokumen dalam sistem yang terlalu kecil. Keadaan ini memaksa pemohon memuat naik dokumen secara berperingkat, mengambil masa melebihi lima hari bekerja dan berisiko menghasilkan dokumen duplikasi. Selain itu, pertukaran pegawai penilai mengikut bidang kepakaran turut menyebabkan ketidakselarasan dalam penilaian, berbeza dengan pendekatan di Singapura yang mengekalkan pegawai penilai sama sepanjang proses. Isu-isu yang dikenal pasti ini akan dijadikan asas kepada penambahbaikan sistem, khususnya dari aspek teknikal, konsistensi penilaian dan pengurusan dokumen. Dapatan ini dijangka menyumbang kepada reformasi sistem pendaftaran ke arah yang lebih cekap, telus dan kompetitif, sejajar dengan aspirasi memperkukuh daya saing industri farmaseutikal negara.
Show More