Sesi perbincangan mengenai Draf Garis Panduan dan Laporan Projek Peningkatan Produktiviti Melalui Penambahbaikan Dalam Prosedur Permohonan Pas Kerja di Sabah Secara Dalam Talian


Sesi perbincangan mengenai Draf Garis Panduan dan Laporan Projek Peningkatan Produktiviti Melalui Penambahbaikan Dalam Prosedur Permohonan Pas Kerja di Sabah Secara Dalam Talian

Perbincangan ini bertujuan untuk membincangkan mengenai persediaan dokumen berkaitan, Atur Cara terkini, pengagihan kumpulan bagi Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang akan hadir, dan hal-hal lain bagi persediaan Bengkel Pembangunan Draf Garis Panduan dan Cadangan Penambahbaikan Dasar & Prosedur Permohonan Pas Kerja Ekspatriat (PKE), Pas Kerja Malaysia (PKM) dan Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK) di Sabah yang akan diadakan pada 16 - 17 Jun 2025 (Isnin - Selasa) dan Sesi Libat Urus Bersama Pihak Berkepentingan Mengenai Cabaran Yang Dihadapi Semasa Permohonan Pas Kerja Ekspatriat (PKE), Pas Kerja Malaysia (PKM) Dan Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK) Di Sabah pada 18 Jun 2025 (Rabu). Bengkel pertama akan membincangkan mengenai input Draf Garis Panduan Permohonan Pas Kerja di Sabah dan cadangan penambahbaikan bagi Dasar dan prosedur sedia ada yang terlibat dalam proses permohonan PKE, PKM dan PLIK di Sabah dan SLU bersama pihak berkepentingan bagi mendapatkan maklum balas, pandangan dan cabaran yang dihadapi oleh pihak berkepentingan semasa memohon PKE, PKM dan PLIK di Sabah serta cadangan penambahbaikan untuk menambah baik proses permohonan pas kerja sedia ada.

#SabahProduktifSabahMajuJaya

Quick Share Links

By Nexus MPC June 25, 2025
Ranbaxy Malaysia Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat pengeluar farmaseutikal tempatan terbesar yang mengeluarkan lebih 60 jenis produk farmaseutikal New Chemical Entity (NCE), Biologik, Generik dan produk kesihatan. Sesi libat urus bersama Ranbaxy ini bertujuan bagi melihat pengalaman syarikat dalam keseluruhan proses pendaftaran produk farmaseutikal serta merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk mengenalpasti penambahbaikkan yang boleh dicadangkan dalam meningkatkan kecekapan dalaman National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA). Hasil perbincangan mendapati beberapa halangan utama dalam proses pendaftaran produk farmaseutikal perlu diberi perhatian. Proses bermula dengan pra-penyerahan, memerlukan dokumentasi lengkap seperti status GMP, akreditasi Kajian Bioequivalence, dan pematuhan senarai semak permohonan pendaftaran. Industri kemudian melalui proses saringan oleh NPRA yang mengambil masa 3 hingga 6 bulan, berbanding Singapura yang hanya memerlukan kurang daripada 3 bulan. Perbezaan ini disebabkan oleh penilaian oleh NPRA yang tidak hanya menyemak pematuhan senarai semak, tetapi juga proses pertanyaan teknikal mengenai dokumen atau data yang dikemukakan, yang memanjangkan tempoh pemprosesan dan memerlukan masa untuk diselesaikan sebelum kelulusan diberikan. PPN akan meneliti keseluruhan proses pendaftaran produk farmaseutikal untuk mengenal pasti langkah-langkah yang dapat mengurangkan beban peraturan, dengan fokus untuk mempercepatkan saringan tanpa menjejaskan kualiti atau keselamatan produk serta mengurangkan masa penilaian oleh NPRA.
June 25, 2025
Sesi ini telah dihadiri oleh YBrs. En. Alan Chua Ming Ling, Timbalan Pengarah Tanah dan Ukur (Tanah), bersama pegawai-pegawai daripada Jabatan Tanah dan Ukur (JTU). Perbincangan ini bertujuan untuk meneliti secara lebih mendalam inisiatif penambahbaikan terhadap proses permohonan tanah sedia ada, khususnya dengan matlamat untuk mengurangkan tempoh masa kelulusan permohonan tanah bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam. Dalam sesi tersebut, pihak JTU telah bersetuju untuk melaksanakan satu Bengkel Pemetaan Proses Permohonan Tanah di Sabah dalam masa terdekat sebagai langkah susulan. Bengkel ini dijangka memberi ruang kepada pemetaan semula aliran kerja sedia ada serta mengenal pasti potensi penambahbaikan yang lebih menyeluruh dan bersasar. #SabahProduktifSabahMajuJaya
June 25, 2025
Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Zahid Ismail, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan bertujuan untuk mengumpul, menganalisis serta mengkaji secara mendalam data senario dan prestasi semasa projek-projek RKB di Sabah. Dalam usaha mempertingkatkan keberkesanan perbincangan, teknologi Kecerdasan Buatan (AI) seperti ChatGPT turut dimanfaatkan bagi membantu peserta memahami isu dan mengenal pasti penyelesaian secara lebih menyeluruh dan berstruktur. Para peserta yang dibimbing dalam bengkel ini terdiri daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) Sabah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah. Selain itu, terdapat dua (2) lagi projek baharu yang sedang dalam proses pendaftaran, iaitu daripada Majlis Perbandaran Penampang (MPP) dan Majlis Daerah Putatan (MDP). Sepanjang bengkel ini, peserta terlibat secara langsung dalam aktiviti analisis mendalam (deep dive) terhadap isu dan cabaran utama yang dihadapi oleh projek masing-masing berdasarkan data semasa dan senario pelaksanaan di lapangan. Sila tonton sorotan video dan gambar semasa bengkel ini melalui Akaun Tiktok MPC SBO . #SabahproduktifSabahMajuJaya
June 25, 2025
Sesi ini telah dimulakan dengan Ucapan Alu-aluan oleh YBrs. En. Edward Binty, Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sabah . Seramai 65 orang peserta telah menghadiri sesi ini yang terdiri daripada pelbagai pemain industri yang terlibat secara langsung dalam proses permohonan PKE, PKM dan PLIK di Sabah. Sesi ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada pihak industri berkenaan isu/cabaran sebenar yang dihadapi semasa proses permohonan pas kerja tersebut. Selain mengenal pasti isu-isu semasa, sesi ini juga memberi ruang kepada peserta untuk mencadangkan penambahbaikan terhadap dasar dan prosedur sedia ada. Antara isu yang dibangkitkan termasuk kekangan dari segi masa pemprosesan, syarat permohonan, keseragaman dokumen, serta keperluan pemudahcara antara agensi terlibat. Secara keseluruhannya, sesi libat urus ini berperanan sebagai platform yang efektif untuk memperkukuh kerjasama awam-swasta dalam membentuk satu sistem permohonan pas kerja yang lebih telus, cekap dan mesra industri di Sabah. Dapatan daripada sesi ini akan diguna pakai sebagai input tambahan dalam penyediaan akhir draf garis panduan dan cadangan penambahbaikan yang komprehensif. Sila tonton sorotan video dan gambar semasa bengkel ini melalui Akaun Tiktok MPC SBO . #SabahProduktifSabahMajuJaya
June 25, 2025
Bengkel ini telah dimulakan dengan Ucapan Alu-aluan oleh YBrs. En. Mohammad Zaid Yusof, Ketua Penolong Setiausaha, Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri, Sabah . Seramai 65 orang peserta mewakili 21 Kementerian, Jabatan dan Agensi peringkat Persekutuan dan Negeri telah menghadiri bengkel ini. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk membincangkan mengenai input Draf Garis Panduan Permohonan Pas Kerja di Sabah dan mencadangkan penambahbaikan bagi dasar dan prosedur semasa yang diguna pakai dalam proses permohonan PKE, PKM dan PLIK di negeri Sabah. Perbincangan telah memberi tumpuan kepada aspek seperti penyeragaman dokumen sokongan, pemendekan tempoh pemprosesan permohonan, pengukuhan peranan agensi teknikal, serta penambahbaikan mekanisme pemantauan dan penyelarasan antara agensi. Selain itu, beberapa cabaran semasa dalam pelaksanaan prosedur juga telah dikenal pasti bersama cadangan penyelesaiannya secara kolektif oleh para peserta. Secara keseluruhan, bengkel ini telah berjaya mencapai objektifnya sebagai platform libat urus pelbagai pihak berkepentingan bagi menambah baik sistem permohonan pas kerja di Sabah. Dapatan daripada sesi ini akan digunakan sebagai input dalam penyediaan draf garis panduan dan pertimbangan penambahbaikan dasar sedia ada sebelum dimuktamadkan. Sila tonton sorotan video dan gambar semasa bengkel ini melalui akaun Tiktok MPC SBO . #SabahProduktifSabahMajuJaya
June 25, 2025
Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Zahid Ismail, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) , serta turut dihadiri oleh En. Mohammed Alamin Rehan. Bengkel ini merupakan salah satu inisiatif utama dalam menyokong agenda reformasi sektor perkhidmatan awam di peringkat negeri Sabah. Pelaksanaan sesi ini bertujuan memberikan panduan dan bimbingan teknikal kepada agensi-agensi kerajaan dalam mengenal pasti dan menambah baik proses penyampaian perkhidmatan masing-masing. Para peserta terdiri daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) Sabah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP) yang diwakili oleh Majlis Perbandaran Penampang, Majlis Daerah Tuaran dan Majlis Daerah Putatan serta wakil daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah. Sepanjang sesi bimbingan ini, para peserta telah didedahkan kepada kaedah mengenal pasti maklumat asas dan pemetaan proses serta prosedur semasa bagi organisasi masing-masing. Mereka turut dibimbing dalam merangka penyataan masalah yang menjadi asas kepada pelaksanaan projek RKB. Satu elemen signifikan dalam sesi ini ialah penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) sebagai alat bantu dalam proses pembangunan komponen projek. Pendekatan ini membolehkan peserta memperoleh gambaran yang lebih sistematik dan berasaskan data, selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi serta tadbir urus yang cekap dan berintegriti. Sila tonton sorotan video dan gambar semasa bengkel ini melalui akaun Tiktok MPC SBO . #SabahProduktifSabahMajuJaya
June 25, 2025
Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh YBrs. En. Mohammad Zaid Yusof, Ketua Penolong Setiausaha, PHEDNP, JKM Sabah. Hasil dapatan Bengkel Pemetaan Proses Permohonan Pas Kerja Ekspatriat (PKE), Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK) dan Pas Kerja Malaysia (PKM) di Sabah telah dikongsikan dan terdapat beberapa input yang telah ditambahbaik. Sesi ini juga membincangkan persediaan dokumen berkaitan, atur cara terkini, kemas kini tugasan setiap jawatankuasa, dan hal-hal lain yang berkaitan dengan persiapan Bengkel Pembangunan Draf Garis Panduan dan Cadangan Penambahbaikan Prosedur Permohonan PKE, PKM dan PLIK di Sabah serta Sesi Libat Urus Bersama Pihak Berkepentingan Mengenai Cabaran yang Dihadapi Semasa Permohonan PKE, PKM dan PLIK di Sabah yang akan diadakan pada bulan Jun 2025. Turut hadir bersama adalah YBrs. Puan Adriana Andrew, Ketua Bahagian Ekspatriat, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dan beliau telah memberikan beberapa cadangan penambahbaikan agar bengkel dapat dijalankan dengan lancar dan produktif. #SabahProduktifSabahMajuJaya
June 25, 2025
MPC SBO dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (PHEDNP), Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah telah melaksanakan program Peningkatan Produktiviti Melalui Penyelarasan Dasar Penggajian Pekerja Bukan Pemastautin & Penambahbaikan Tadbir Urus Pas Kerja Malaysia dan Ekspatriat di Sabah oleh Pekerja Bukan Pemastautin (Non-Resident Employee) di Sabah. Sesi ini telah dimulakan dengan Ucapan Alu-aluan daripada Pengarah SBO dan Ucapan Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj. Ag. Shahminan Datuk Hj. Ag. Sahari, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, JKM Sabah . Sesi ini dihadiri oleh seramai 75 orang peserta daripada 21 Kementerian / Jabatan / Agensi Persekutuan dan Negeri. Sesi libat urus ini memfokuskan kepada 3 jenis Pas Kerja di Sabah iaitu Pas Kerja Ekspatriat, Pas Kerja Malaysia dan Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK). Bengkel ini telah mengenal pasti pain point dalam struktur tadbir urus dasar penggajian pekerja bukan pemastautin di Sabah, proses kelulusan Pas Kerja Ekspatriat, Pas Kerja Malaysia dan Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK); senarai isu & cabaran yang dihadapi oleh agensi pelulus/kawal selia; dan senarai cadangan strategi penambahbaikan struktur tadbir urus dan kerangka kerja yang diselaraskan mengguna pakai konsep end-to-end dan penilaian berasaskan risiko. Seterusnya, bengkel siri ke-2 akan memfokuskan pembangunan draf dasar penggajian pekerja bukan pemastautin yang diseleraskan, dan rangka kerja kelulusan permohonan Pas Kerja Ekspatriat, Pas Kerja Malaysia serta Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK) yang diperkasakan dengan amalan terbaik single window platform, serta konsep berasaskan risiko dan akauntabiliti. #SabahProduktifSabahMajuJaya
Show More