Bengkel Membangun Pelan Rangka Kerja Kecemerlangan Perkhidmatan Awam GovX Pahang 1st I 4-5 Jun 2024


Program Kecemerlangan Perkhidmatan Awam GovX Pahang 1st merupakan pendekatan baharu yang dibangunkan oleh MPC. Program GovX ini menggabung kekuatan Australian Productivity Commission Performance Indicator (ROGS) dan Business Excellence Framework (BEF) sebagai rangka kerja utama. Program ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi dan kecemerlangan agensi Kerajaan di Pahang. Program transformasi ini merupakan kesinambungan dan penambahbaikan Anugerah Pahang 1st yang merupakan kolaborasi antara MPC Pahang dan Pejabat Setiausaha Kerajaan(SUK) Pahang.

Satu bengkel telah diadakan untuk memberi pengetahuan berkaitan Kerangka Kecemerlangan Perkhidmatan Awam GovX Pahang 1st, membangunkan Kerangka GovX Pahang 1st jabatan dan membangunkan Pelan Komunikasi GovX Pahang 1st jabatan. Sebanyak 5 rangka kerja projek rintis telah dibangunkan di dalam program ini.
  
YBrs. En. Zahid Ismail juga turut berkongsi hala tuju dan kepentingan GovX Pahang 1st dalam meningkatkan produktiviti dan kecemerlangan perkhidmatan awam.

Seramai 45 orang peserta daripada Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Pejabat Tanah dan Daerah (PDT) Kuantan, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Pahang dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang telah hadir memberikan sokongan dan komitmen yang tinggi dalam bengkel yang telah diadakan ini.

Perasmian penutup bengkel telah disampaikan oleh YH Dato' Dr. Mohd Zakaria Bin Ibrahim Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pengurusan).

Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang telah memberi sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif GovX Pahang 1st dan menjemput Ketua Pengarah MPC untuk membuat pembentangan kepada YAB Menteri Besar Pahang bagi memastikan agenda GovX Pahang 1st dapat direalisasikan secara komprehensif. Ini merupakan salah satu pengisian dalam Program GovX Pahang 1st.

Quick Share Links

By MMT MPC May 7, 2025
To improve construction industry productivity through wider adoption of IBS, the Malaysia Productivity Corporation (MPC), through the Construction & Built Environment Productivity Nexus (COBEPN) held a productive brainstorming session with the participation of various stakeholders. This session aims to obtain views and feedback on the roposed amendments to the PWD Standard Form Contract 203A, specifically designed to facilitate greater IBS adoption. The session brought together key players from across the construction industry, such as representatives from KKR, JKR, CIDB, MBAM, professional architects, engineers, and IBS manufacturers, for a collaborative exchange. Structured discussions centered on three core areas: the industry IBS adoption rates, challenges under current contract terms, and recommendations on the proposed amendment. This collaborative exchange concluded with a summary, underscoring the sector's unified commitment to construction productivity and reform in Malaysia. A follow-up session is scheduled for 10 June 2025.
By wayup dmo May 7, 2025
AI for Productivity Transformation session held today in Selangor focused on equipping businesses with digital tools to reduce administrative work and boost productivity. Participants engaged in hands-on workshops using tools like Canva, which enables efficient content creation, Google Sites for easy website development, and Google Analytics to track and optimize website performance. These tools help businesses streamline operations and enhance their digital presence, empowering them to focus on growth rather than time-consuming manual tasks. Through the integration of AI-driven solutions, businesses can transform their operations, making them more efficient and competitive. The session highlighted how AI and digital tools can foster greater productivity, allowing businesses to innovate and succeed in an increasingly digital world. This transformation not only improves operational efficiency but also sets the stage for future success by harnessing the power of technology to optimize business processes. #AIProduktiviti
By REGIONAL+OFFICE MPC May 6, 2025
Kelab Rekreasi Timah Tasoh merupakan antara pengusaha perkhidmatan bot ronda serta pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi di Dataran Empangan Timah Tasoh, Perlis. Pada tahun 2024, kelab ini telah menerima pensijilan Malaysia Tourism Excellence (MaTEx), yang seterusnya menyumbang kepada peningkatan hasil jualan yang ketara (peningkatan jualan sebanyak 35.8%) serta memperkukuh kualiti operasi dan perkhidmatan yang ditawarkan. Bagi memastikan pertumbuhan produktiviti yang mampan dan berterusan, satu sesi perbincangan strategik telah diadakan melibatkan wakil kelab, Tourism Productivity Nexus (TPN) dan pemain industri. Sesi ini bertujuan mengenal pasti potensi penambahbaikan dan merangka inisiatif yang boleh memacu daya saing kelab dalam sektor pelancongan dan rekreasi. Antara cadangan yang dibincangkan termasuk penekanan terhadap aspek keselamatan dan bantuan kecemasan bagi menjamin kesejahteraan pengunjung, peningkatan usaha promosi dan pemasaran melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan platform media sosial, penambahbaikan sistem tempahan perkhidmatan secara digital, serta menjalin kerjasama strategik dengan pihak swasta bagi merancakkan lagi aktiviti rekreasi di kawasan Timah Tasoh. Pihak Kelab Rekreasi Timah Tasoh amat menghargai sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) dan Tourism Productivity Nexus dalam membantu mempertingkatkan kecekapan dan produktiviti perkhidmatan yang ditawarkan.
By REGIONAL+OFFICE MPC May 6, 2025
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) telah mengadakan satu sesi libat urus bersama pihak berkepentingan termasuk Kementerian/Agensi di Sarawak sebagai satu keperluan dalam proses menggubal Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB). Objektif utama penggubalan akta ini adalah untuk memastikan mekanisme dan proses PSB yang lebih berkesan, selain mewujudkan ambang persetujuan yang jelas dalam pelaksanaan dasar-dasar berkaitan. Akta ini juga meneliti kepentingan penduduk serta infrastruktur yang menyokong pembangunan semula bandar mampan serta inklusif. Mekanisme yang dicadangkan akan memudahkan penglibatan komuniti dan menjamin hak serta suara penduduk dalam setiap fasa pembangunan semula. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara
By REGIONAL+OFFICE MPC May 6, 2025
Sesi bimbingan ini diadakan bagi membimbing pasukan projek PKNP dalam usaha mengenal pasti punca utama kepada isu yang dihadapi serta memetakan proses kerja sedia ada bagi dua (2) projek RKB yang sedang dilaksanakan iaitu Mempercepat Proses Kelulusan Projek Pembangunan Utiliti melalui Penubuhan Agensi Penyelaras Negeri dan Transformasi Proses Kelulusan Projek Pembangunan oleh MMK: Kajian Kes Projek LUMIC, Manjung. Melalui sesi ini, pendekatan berasaskan analisis sistematik dan kolaborasi antara agensi teknikal dan bukan teknikal yang terlibat dalam proses kelulusan perlu diterapkan bagi memastikan pelaksanaan penambahbaikan yang akan dibangunkan dapat dilaksanakan dengan cekap dan mampan, selari dengan objektif RKB dalam memperkasa penyampaian perkhidmatan awam. Sebagai langkah susulan, pasukan projek PKNP akan melaksanakan pengumpulan data menyeluruh bagi setiap peringkat proses kerja yang terlibat. Dapatan daripada aktiviti ini akan digunakan untuk mengenal pasti isu sebenar di lapangan serta merangka cadangan penambahbaikan yang bersasar, praktikal dan berpotensi tinggi untuk meningkatkan kecekapan sistem sedia ada.
By MMT MPC May 6, 2025
Nexus Produktiviti Kimia telah mengadakan perbincangan bersama HRDCorp mengenai permohonan Special Grant bagi program Dangerous Goods Safety Advisor (DGSA) . Program DGSA ini merupakan satu program latihan dan persijilan bagi melahirkan penasihat keselamatan yang kompeten dalam pengurusan barangan berbahaya. HRDCorp mengakui bahawa program ini sangat penting kerana ia merangkumi latihan teori serta praktikal yang memenuhi piawaian antarabangsa UNECE-ADR serta dapat membantu meningkatkan peluang kerjaya peserta melalui pensijilan antarabangsa IRU Academy Geneva. Program menyasarkan seramai 500 peserta ditauliahkan sijil kompetensi DGSA dan memberi impak positif dari sudut keselamatan, pematuhan undang-undang, reputasi syarikat dan nilai ekonomi.
By MMT MPC May 6, 2025
The draft review session of the Digital Productivity Roadmap proved insightful, with valuable input from MEPN industry experts. Emphasis was placed on making the roadmap more practical and SME-friendly by incorporating affordable, easy-to-adopt technologies such as cloud-based solutions, low-cost digital tools, and scalable platforms that minimise upfront investment. This feedback will play a key role in refining the roadmap to ensure it is relevant and impactful for SMEs. The enhanced draft aims to guide businesses in embracing digitalisation in a cost-effective, sustainable way that aligns with their operational needs and growth aspirations.
By MMT MPC May 5, 2025
AeroPN, in collaboration with the Malaysia Aerospace Industry Association (MAIA), recently conducted a workshop to emphasize the urgent need to expand the local drone and Advanced Air Mobility (AAM) manufacturing ecosystem. The focus was on increasing the number of high-skilled, high-quality drone component suppliers to drive productivity and enhance the industry's global competitiveness. The workshop attracted over 60 industry players, serving as an excellent platform to explore future collaborations and strengthen partnerships between local and international stakeholders, paving the way for technological advancement and growth in the aerospace secto
Show More