Sesi Libat Urus Projek Rintis GovX Pahang 1st I 23 Mei 2024


Sesi bersama Majlis Bandaraya Kuantan ini diadakan adalah untuk memaklumkan berkaitan Program Transformasi Pahang 1st yang akan dilaksanakan oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang dengan kerjasama MPC Pahang. 

MBK dipilih sebagai projek rintis dalam membangunkan pelan rangka kerja kecemerlangan perkhidmatan awam GovX Pahang 1st berdasarkan penyertaan organisasi dalam Anugerah Pahang 1st serta projek penambahbaikan yang telah dilaksanakan. Pihak MBK menyambut baik usaha ini dan akan memberikan kerjasama penuh dalam menjayakan Program tersebut

Bengkel Membangun Pelan Rangka Kerja Kecemerlangan Perkhidmatan Awam GovX Pahang 1st yang melibatkan tiga projek rintis akan diadakan pada 5-6 Jun 2024. Ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Program GovX Pahang 1st.

Quick Share Links

By REGIONAL OFFICE MPC 14 Jun, 2024
Perbincangan telah diadakan bersama Logistics Productivity Nexus (LPN) bagi persediaan siri bengkel kedua untuk Projek Peningkatan Produktiviti Logistik di Pelabuhan Kuantan. Hasil maklumat berkenaan isu dan cabaran yang dihadapi oleh industri dari bengkel pertama telah dikenalpasti dan mencadangkan beberapa penambahbaikan yang akan dibentangkan kepada pengawal selia berkaitan. Bengkel bersama pengawalselia dijadualkan akan dilaksanakan pada 11 Julai 2024. Program ini merupakan projek di bawah GovX Pahang 1st.
By REGIONAL OFFICE MPC 14 Jun, 2024
Sesi libat urus bersama pemaju dan perunding bagi projek pembangunan hospital swasta di Temerloh merupakan projek rintis inisiatif pembinaan pantas di bawah Majlis Perbandaran Temerloh (MPT). Sesi ini diadakan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan isu dan cabaran, serta penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk memastikan pelaksanaan projek ini berjalan lancar. Perbincangan lanjut berkenaan maklum balas ini akan dilakukan pada Bengkel Peningkatan Produktiviti Melalui Pengukuhan Kemahiran Dalam Projek Pembinaan Pantas di MPT yang akan diadakan pada 20-21 Jun 2024. Bengkel ini akan melibatkan penyertaan daripada agensi teknikal dan perunding yang terlibat dalam projek pembangunan di MPT. Kelancaran projek ini akan meningkatkan produktiviti dan daya saing Pahang. Ini merupakan salah satu projek di bawah GovX Pahang 1st.
By REGIONAL OFFICE MPC 13 Jun, 2024
Satu sesi perbincangan strategik telah diadakan bersama Pengarah Pejabat Tanah & Galian Pulau Pinang, YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin bagi membincangkan kerjasama dan kolaborasi yang dapat dilaksanakan bersama MPC dan PTG Pulau Pinang. Hasil perbincangan, pihak PTG berhasrat untuk bekerjasama bersama MPC dalam membuat semakan dan peraturan baharu bagi industri Rare Earth Elements (REEs) yang akan dilaksanakan oleh PTG Pulau Pinang.
By PCD MPC 13 Jun, 2024
The visit was graciously hosted by Dato' Ir. Abdul Rashid, AutoPN Champion, who showcased UMW Aerospace's innovative ESG products and their positive impacts. His presentation provided valuable insights into the company's commitment to ESG practices. Among the products highlighted during the gemba walk were Bio-Lubricants Oil, Biodegradable Hydraulic Oil, Membrane Water Filters, Automotive Battery Acid Management systems, and a Mobile Water Reclamation Plant unit. These innovations significantly reduce operational costs and overall water consumption. UMW Aerospace has developed a comprehensive ESG roadmap that includes various products and initiatives aimed at achieving sustainability goals in the short, medium, and long term. Key objectives include reducing water consumption and achieving carbon neutrality by 2030. The objective of this site visit is to gain valuable insights into the innovative strategies and practices implemented by UMW Aerospace in their commitment to ESG (Environmental, Social, and Governance) principles. Additionally, this visit provides an excellent opportunity for networking with industry leaders and peers who share a common interest in sustainable and responsible business practices. Way Forward: UMW Aerospace remains dedicated to advancing its ESG initiatives. Moving forward, the company will continue to innovate and refine its sustainable products, expand its use of renewable energy, and foster collaborations with industry partners to further enhance its environmental and social impact. Regular reviews and updates of the ESG roadmap will ensure alignment with evolving sustainability standards and objectives. Attendees: 1. Collaborative Research in Engineering Science & Technology (CREST) 2. MPC 3. Datatech Sdn Bhd
By PCD MPC 13 Jun, 2024
The session focused on exploring the transformative power of Generative AI in the retail and F&B subsector. Participants learned about the application of AI to enhance digitalization, productivity, business process automation and business intelligence. Attendees included industry players from MRCA, BRO, and MFA, as well as representatives from government agencies such as MPC and TalentCorp.
By REGIONAL OFFICE MPC 13 Jun, 2024
Sesi ini bertujuan untuk membincangkan mengenai persediaan bengkel yang akan dijalankan bersama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP). Terdapat 2 inisiatif GRP yang akan dijalankan iaitu:- i) Pembangunan Garis Panduan Penginapan Jangka Pendek (Short-Term Accommodation – STA) di Sabah; dan ii) Pembangunan Deraf Manual Proses Permohonan dan Kelulusan Permit Pembinaan di Sabah. #MemacuProduktivitiNegara #MalaysiaProduktif #MPC #SabahProduktifSabahMajuJaya
By REGIONAL OFFICE MPC 13 Jun, 2024
Sesi ini telah disampaikan oleh YBrs. Puan Jess Vum, Consultant and Trainer, Federation of Sabah Industry (FSI). Beliau telah berkongsi mengenai definisi, faktor, dan kaedah pelaksanaan ESG yang boleh diamalkan dalam sektor kerajaan. Pihak MPC berharap perbincangan Way Forward dan pelaksanaan inisiatif ini dapat dijalankan bagi meningkatkan lagi produktiviti di Sabah. #MemacuProduktivitiNegara #MalaysiaProduktif #MPC #SabahProduktifSabahMajuJaya
By REGIONAL OFFICE MPC 13 Jun, 2024
Program bual bicara ini telah dihadiri seramai 250 orang penjawat awam Persekutuan Negeri Sabah dari pelbagai jabatan dan agensi. Program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada penjawat awam Persekutuan bagi membendung ketirisan hasil dalam memastikan pembangunan negara yang lebih mapan. Pengisian program ini ialah sesi forum dimana perkongsian maklumat oleh YBrs. KPKPj Syamsul bin Osman, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Sabah dan YBrs. Encik Mohd Fahmi bin Saad, Pengarah Operasi Negeri Seksyen Siasatan Sabah, LHDNM Negeri Sabah, para peserta diberi pendedahan mengenai tatakelola dan langkah-langkah pencegahan rasuah yang berkesan.
Show More
Share by: